MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jun 2009

Nurul Izzah tidak perlu bimbang - Saiful Bukhari

SHAH ALAM – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan meminta Nurul Izzah tidak bimbang berhubung kes perbicaraan ayahnya yang bakal berlangsung pada 1 hingga 24 Julai ini.

Menurutnya, kebimbangan Nurul Izzah jika terdapat campur tangan politik terhadap institusi kehakiman negara adalah tidak berasas kerana beranggapan melalui campur tangan politik menyebabkan kes ini sering tertangguh hingga kini.

"Keadaan ini banyak memberi kelebihan kepada ayahnya dan bukan saya,” katanya.

Saiful berkata, dia tidak berminat mahu mempertikai keputusan mahkamah ini tetapi ia jelas menunjukkan ada campur tangan politik dalam kes perbicaraan tersebut.

“Tetapi, disebabkan ia memberi kelebihan kepada pihak mereka, maka mereka hanya berdiam sahaja.

“Tun Abdullah yang pada ketika itu Perdana Menteri memberi secukup-cukupnya ruang dan keadilan pada mereka tetapi malangnya mereka masih tidak bersyukur,” katanya dalam blog yang ditulisnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan di muka surat depan Sinar Harian Sabtu lalu berhubung kerisauan Nurul Izzah kerana wujudnya kepincangan dalam sistem kehakiman negara.

“Kesemua hakim bersetuju bahawa kejadian liwat memang berlaku, tetapi bapanya diberi kemenangan atas faktor teknikal.

“Jika mahkamah tidak adil, mengapa bapanya menerima kelebihan-kelebihan ini,” katanya.

Dalam pada itu, yang terbaru, mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan daripada pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Jun ini bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

qeith berkata...

akum,

yeah Izzah..why you worry..if you are in the right..Allah swt will always be on your side..she already learn alot from her father...dah mula ikut perangai..