MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jun 2009

Moderate Muslim : Gay is Okay

Prof. Dr. Siti Musdah Mulia (kanan) Pengarah UIN, Jakarta 'memfatwakan' Islam tidak mengharamkan homoseksual. Pendapatnya bersandarkan pendapat majoriti sarjana Muslim Moderat. Foto di atas Dr Siti Musdah bersama Paula Dobriansky, Penolong Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat setelah beliau menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa (International Women of Courage Award) 2007 di Washington DC. Siti Musdah juga merupakan Ketua Muslimat Nahdlatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur)

Oleh PochongMenulis, AIDCclub

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh puak Muslim Moderate apabila mereka mengiktiraf golongan gay dan menyatakan kelompok itu diakui oleh agama Islam. Di Indonesia apabila ada desakan perbincangan oleh Arus Pelangi ( sebuah pertubuhan bagi golongan Gay dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia mengenai isu homokseksual), kelompok yang menggelarkan diri mereka sebagai Islam sederhana (Islam moderate ) ini mengatakan homoseksual adalah lumrah dan sebahagian ciptaan Tuhan.


Kelompok Islam moderat ini juga menurut laman ini seolah-olah ingin mengatakan Islam sebenarnya menerima perilaku homoseksual dan orang yang menolak homoseks adalah golongan yang berfikiran sempit dalam agama Islam.

Bagi mengukuhkan lagi kenyataan golongan Islam Moderat ini, Siti Musdah Mulia merujuk Surah al-Hujurat (49) ayat ke 3, beliau menyatakan, salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual.

Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety)


Musdah Mulia juga mengatakan, kandungan ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal dari Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).


Adakah ini sebenarnya yang diperjuangkan oleh kelompok Islam Moderat atau dikenali juga kelompok Islam Liberal, kerana kelompok ini merasakan apa yang dikatakan Islam mengenai perilaku gay dan homokseksual adalah tidak tepat.

Kita mengetahui bahawa antara ciri kelompok Muslim Moderate ialah memperjuangkan prinsip hak asasi manusia yang seolah-olah membenarkan manusia bebas daripada aturan yang mengikat mereka. Selain itu kelompok golongan Muslim Moderat juga menerima konsep Ijtihad (pentafsiran semula); memperjuangan isu Feminisme (hak wanita); bersikap toleransi dan menolak keganasan; dan kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). klik di sini.

Dalam Islam secara jelas , soal homoseksual sudah jelas hukumnya. Meskipun, sejak dulu lagi terdapat golongan homoseksual, namun ajaran Islam tetap tidak berubah, dan tidak mengikuti hawa nafsu kaum homo atau kumpulannya.

Tidak pernah ada di kalangan ulama atau guru agama yang berani menghalalkan tindakan homoseksual, sepertimana yang dilakukan Musdah Mulia dari UIN Jakarta itu.

Nabi Muhammad saw bersabda, “Siapa saja yang menemukan lelaki pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut.” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki). Imam Syafii berpendapat, pelaku homoseksual harus direjam (dilempari batu sampai mati) tanpa membezakan apakah pelakunya masih bujang atau sudah menikah.


Malah kisah Nabi Luth sebenarnya memberi bukti Allah menolak perilaku kegiatan homokseksual. Jadi sekiranya kelompok Muslim Moderate dapat menerima kelompok ini adakah mereka ini ingin membuat tafsiran semula apa yang telah ada didalam kitab Al Quran?

Kita mengetahui kolompok ini saban hari akan memperlakukan pelbagai wacana dan perbincangan agar idea mereka ini diterima tetapi sedarkah idealisme yang mereka sedang bawa itu adalah tidak selari dengan ajaran Islam.


Siapa sebenarnya Musdah Mulia ini yang berani mengatakan homokseksual diterima Islam ini? Beliau sebenarnya adalah Prof. Dr. Siti Musdah Mulia dan merupakan Pengarah UIN, Jakarta. Beliau memberi pendapat begitu kerana bersandarkan pendapat majoriti sarjana Muslim Moderat. Di atas keberanian beliau menerima 'Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa '( International Women Courage Award pada tahun 2007) oleh Paula Dobriansky, Penolong Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Siti Musdah juga merupakan Ketua Muslimat Nahdlatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur).

Gus Dur dan Anwar Ibrahim merupakan sahabat baik. Mereka berdua dinobatkan oleh John Esposito sebagai "Muslim Moderate"



Anwar Ibrahim Muslim Moderate 2005



Jika begitu bagaimana pula dengan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu ini, kerana kita mengetahui bahawa Anwar Ibrahim juga pernah dianugerahkan "Muslim Moderate 2005".

Pemberi anugerah itu adalah CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Penaja CSID pula adalah IRI, NED dan USAID. Bermakna CSID, IRI, NED dan USAID adalah alat Amerika untuk merosakkan Islam secara halus melalui perantaraan orang Islam sendiri.

Sebab itu tidak hairan semasa Anwar menerima anugerah "Muslim Moderate" tetamu yang menyaksikan adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Dan kelompok ini sebenarnya banyak memberi bantuan kepada pelbagai pertubuhan untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan memberi bantuan kepada organisai gay dan lesbian antarabangsa. Di Indonesia Arus Pelangi sebuah Pertubuhan yang dianggotai oleh golongan gay dan perlaku hubungan sejenis mendapat sokongan dari kelompok hak asasi manusia di negara tersebut.

Ia ditubuhkan pada 15 Januari 2006 dan aktif memperjuangkan hak golongan Gay dan hubungan sejenis. Dan sering mengadakan hubungan dengan pertubuhan gay di Thailand dan Filipina dan mengadakan hubungan dengan organisasi antarabangsa.

Keberanian Musdah Mulia membela kelompok gay dalam Persidangan mengenai Homoseksual anjuran kumpulan ini telah menyebabkan tokoh ini dipuji oleh kumpulan ini kerana memberi imej positif kumpulan homoseksual dan dianugerahi 'Yap Thiam Hien Human Right Award' pada Desember 2008.

sumber - pochongmenulis


artikel lain berkaitan :

. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

2 ulasan:

Unknown berkata...

nak funding dari negara dan institusi barat, kena liberal dan ikut kehendak mereka. kalau tidak, macamana nak survive.

kalau nak harap derma dari ahli, mana bisa cukupnya.

sama juga apa yang anwar sedang lakukan. tak ada ongkos, mana boleh jalan.

Tanpa Nama berkata...

ANWAR NI BYK SUMBER DIA BLEY DPT. PETIK JARI JEK..BERIBU2 YG SANGGUP SAPOT DIA. ASALKAN DIA BERFIKIRAN ANTI ISLAM!!..GILOSS PUNYE MANUSIA!! KEHKEHKEH