MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Jun 2009

Mengapa Dewan Ulama bersidang di muzium?


Jimadie Shah Othman | Jun 4, 09 10:43pm

Keputusan Dewan Ulama PAS mengadakan muktamar tahunan mereka di Muzium Shah Alam ditimbulkan seorang perwakilannya hari ini.

Perwakilan dari Perak, Ibrahim Zakaria sempat menimbulkan persoalan itu ketika membahaskan ucapan dasar ketuanya, Datuk Mohamad Daud pagi tadi.

"Kenapa muktamar ulama ni dibuat di muzium?" katanya disambut gelak ketawa kira-kira 200 perwakilan yang bersidang hari ini.

Ibrahim bagaimanapun tidak memanjangkan persoalannya itu, sebalik terus berhujah supaya ulama diberikan peranan penting dalam negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat.

"Jangan sampai kerajaan tergugat baru nanti nak panggil," tambahnya.

Perkara yang ditimbulkan Ibrahim itu ternyata mendapat perhatian ketuanya yang baru, Datuk Harun Taib ketika menyampaikan ucapannya dalam sidang sehari pagi tadi.

"Ada yang tanya, kenapa muktamar kita diadakan dalam muzium? Adakah sini saja tempat yang layak bagi Dewan Ulama?," katanya disambut ketawa kecil perwakilan.

"Dalam muzium ini, orang tidak letak benda-benda tidak penting. Mereka letak yang penting, yang cantik dan yang bermutu. Itulah tafsiran saya," katanya ringkas.

Analoginya di penghujung petang tadi ternyata menceriakan yang berwajah serius sebelum itu.

sumber - malaysiakini

1 ulasan:

EMANG berkata...

bukan kah muzium sebagai TEMPAT PENINGGALAN SEJARAH?

apakah PAS akan diMUZIUMkan?

Muzium tempat-tempat yang sudah ketinggalan zaman yang hanya diingati oleh generasi baru..

apakah PAS akan terkubur?