MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jun 2009

Kenapa tok guru..emosi kepada Nasha ?

Oleh MSO

SAYA rasa bukan saja saya, orang lain juga terkejut dengan apa yang berlaku di Kota Bharu Kelantan pagi ini mengenai kenyataan atau luahan perasaan berapai Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.


Saya berharap media masa salah lapor mengenai maksud dan kata-kata sebenar Tok Guru Nik Aziz itu. Menurut laporan protal berita, beliau sebagai berkata Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa perlu letak jawatan sebagai timbalan presiden Pas dan ahli parlimen Bachok sekiranya Nasharudin masih berhasrat meneruskan rundingan dengan Umno.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," begitulah kata-kata Nik Aziz dipetik.

Saya harap ia salah lapor, iya saya harap sangat-sangat ia salah lapor dan satu provokasi saja.

Kalaulah benar begitu maksud Nik Aziz, saya kira ia satu kenyataan yang kurang manis dan sungguh malang sekali yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tua bertaraf separuh wali berjawatan Mursyidul Am Pas. Kenyataan begitu beremosi. Cara itu ialah tidak bijaksana dan berhemah sama sekali dan berkadas dengan usia.

Mengenang aksi Tok Guru itu lakunya tidak ubah seperti tindakan seorang bapak menghalau anaknya keluar rumah kerana anaknya dikatakan nak bernikah dengan gadis yang tidak diingininya. Tindakan itu selalunya dilakukan oleh orang-orang zaman dulu yang kurang ilmu diplomasi dan siasahnya.

Kenyataan itu tentulah melukai hati dan mengaibkan Nasharudin Mat Isa. Kenapa sampai ke situ sekali Nik Aziz melepaskan kata-katanya? Besar mana dan sebesar mana kuasa Nasharudin sebagai timbalan presiden Pas berbanding dengan kuasa dia sebagai Mursyidul Am? Nik Aziz nampak langsung tidak menghormati kepada perwakilan Pas yang memberi mandat kepada Nasharudin dalam muktamar lalu.

Media juga melaporkan Nik Aziz sebagai berkata, Pas Kelantan kesal kerana beri peluang kepada Nasharudin bertanding di Bachok dan menganggap Nasharudin sebagai sampah yang menyusahkan. Kenapa begitu sekali? Apakah tidak ada tindakan lain yang lebih lunak yang boleh dilakukan Nik Aziz?

Sekali lagi cara Nik Aziz itu tidak ubah seperti sikap seorang ayah yang terlalu marah kepada si anak sehingga mengungkit-ungkitkan sesutau yang diberikan kepada anaknya. Apakah sikap begitu betul dan bijaksana dilakukan oleh seorang ayah? Di manakah kecerdikan dan pengalaman seorang bapa kalau menghembuskan kemarahan di tempat terbuka begitu?

Saya yakin sekiranya Tok Guru memanggil Nasharudin dan bercerita secara baik meminta dia kosongkan kerusi Bachok, Nasharudin akan lalukan. Demi penghormatannya kepada Mursyidul Am Pas dia akan berhenti. Tetapi apakah begitu caranya. Kenapa bila Ibrahim Ali 'poting' punggung Nik Aziz tidak sepatah haram pun mengecam Ibrahim Ali? Anih.

Begitu juga kalau Nik Aziz panggil Nasharudin dan minta supaya dia serahkan jawatan timbalan ketua Pas kepada orang baju petak-petak merah Nasharudin akan akur. Siapalah Nasharudin hendak menderhaka kepada Tok Guru. Tetapi kenapa Nik Aziz tidak berbuat begitu? Walaupun beliau mengatakan kemarahan itu tidak ada kena mengena dengan kekalahan anak ayam didiknya itu, tetapi seluruh orang tahu. Itik ayam pun tahu apa yang berlaku.

Mungkin ada sebahagian orang di Kota Bharu suka dan gembira dengan kata-kata Nik Aziz itu. Mungkin ada yang memuji, bagus Tok Guru... atau berkata, "jangan main dengan tok guru kawe, dia tidak kira sapa, bila dia marah, bukit gunung pun dia akan sepak". Nasihat dan pujian itu rasanya tidak betul. Tok Guru perlu disejutkan bukan ditambah hangatkan dengan kata-kata berunsur hasutan begitu.

Saya malas ulas panjang dan mahu melihat perkembangan seterusnya apa yang berlaku. Saya juga malas nak kemukakan apa-apa penawar di sini. Biarlah semua orang mabuk gadong, kerana ada orang nak menoton bagaiman kalau orang mabuk gadong, jalannya terhuyu-hayang dan langkahkan peka.

Yang jelasnya Umno bertepuk tangan melihat situsi dalam Pas kini. Umno tidak payah kerja keras, musuh sudah berlaga sama sendiri. Api sudah makin marak. Mungkin kali ini rezeki Umno pula untuk menyapu Kelantan pada pilihan raya umum ke 13!

Dalam posting sebelum ini saya sudah berikan ingatan, jangan sampai Pas ada dua mazhab- "Mahzab Haji Hadi" dan "Mazhab Nik Aziz". Nampaknya apa yang saya bimbangkan itu sudah nak menjadi. Benih sudah mulai nak tumbuh.

Duhai ahli dan penyokong Pas, ramai-ramailah solat hajat minta selamatkan Pas. Berdoa dan bermunajaklah. Sebab kalau tidak kena gaya Pas mungkin akan berpecah dua. Mungkin satu lagi parti baru serpihan dari Pas akan wujud!

Iya.. saya sudah membayangi ini sejak beberapa bulan lalu. Berdoalah selagi masih ada waktu. Kita diminta berdoa.

Kepada Nasharudin Mat Isa banyak-banyaklah bersabar. Jangan terasa hati dengan apa yang Tok Guru kata. Anggaplah ianya nasihat berguna. Betapa kalau Nasharudin betul pun dan cuba jelaslah namun ia tidak akan dilihat baik lagi.

Dan sekiranya difikirkan perlu, boleh dipertimbangkan permintaan Mursyidul Am Pas itu. Iya kalau orang sudah tidak sukakan kita, tunggu apa lagi. Sekiranya saya jadi Nasharudin saya akan serahkan surat mengosongkan kerusi parlimen Bachok kepada Nik Aziz. Sedarlah diri kita hanya menumpang belas kasihan orang, bila orang benci maka kita kena tahu bila masa kita perlu keluar dari rumah itu...

Kerusi timbalan presiden mungkin tidak perlu kerana kerusi itu ditentukan oleh ahli Pas. Apa yang perlu diingat kuasa memilih dalam parti antara ahli biasa di cawangan Kampung Tok Naga, Kuala Terengganu sama saja dengan undi seorang Mursyidul Am Pas.

sumber - msomelayu


1 ulasan:

Unknown berkata...

Tuan Guru Nik Aziz.
Mungkin Tuan Guru telah gagal membuat sebarang pencapaian tentang isu kerajaan perpaduan.

Namun kegagalan Tuan Guru tidak semestinya akan menjadi kegagalan nasha atau pun org lain.

Tuan Guru jgnlah mementingkan diri dengan tidak membenarkan kaum melayu bersatu. Jika PAS bule bersatu dengan India serta Cina. Kenapa tidak dengan kaum melayu sendiri?

Tuan Guru adalah salah seorang tokoh yg dihormati, namun sejak kebelakangan ini nampaknya Tuan Guru lebih mementingkan perjuangan yg berlandaskan kebencian terhadap satu puak yg lain.

Haji hadi Awang & Nasharuddin telah dilantik memalui pemilihan undi yg dianggap demokratik. Namun Tuan Guru inginkan mereka (Nasha) meletak jawatan atas alasan mereka ingin menjayakan ape yg Tok Guru telah gagal dahulu. Inikah konsep demokrasi yg diamalkan Tok Guru?

Adakah Tok Guru ingin mengikuti jejak langkah Anwar yg sengaja memecat wakil rakyat yg dipilih rakyat? serta menggantikan mereka dengan pilihan mereka sendiri? kalau sendiri nak pilih tanpa pk mandat rakyat.. serupa takyah undi.