MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Jun 2009

Isu Kambing Japnapari : MSO menjawab Kickdefella



Oleh MSO

HARI ini (01/06/09) satu lagi catatan mengenai saya dipsotingkan dalam blog Kickdefella. Apa yang dapat saya rumuskan hari ini dia cuba menimbulkan cerita binatang bertanduk dan berkaki empat peliharaan Rasulullah itu. Cerita lama yang tidak relevan dengan isu pertandingan dalam muktamar hari ini. Tetapi bila sudah terdesak apa-apa pun boleh digunakan, hatta tahi kelawar sekalipun.


Cerita ini ditimbulkan dengan maksud nak damagekan saya. Tujuannya mempamerkan niat jahat saya kepada si baju petak-petak merah. Kenapa Kickdefella berbuat begini, tentu ianya atas arahan bosnya itu.

Dia percaya orang akan tidak menyakini apa yang saya tulis apabila saya digambarkan sebagai lanun, perompak dan pencuri. Saya perlu dibusukkan sebusuk-busuknya. Kalau saya tidak didamagekan, tentu orang percaya apa yang saya perkatakan. Bila dilanunkan, maka hilanglah keyakinan umum kepada saya! Di sini tektik reverse psikologi digunakan. Mereka yang tidak cekap akan mudah menerima apa yang disogokkan.

Dan dalam masa yang sama si baju petak-petak merah kena gambarkan sebagai malaikat, Superman ataupun Robin Hood. Kena lukis secukup-cukupnya. Walaupun kentutnya busuk perlu dikatakan wangi. Kalau tidak kata begitu maka akan mislah syuru, atau si penghidu itu akan dikatakan sebagai anak luar nikah.

Dalam tulisan hari ini ada beberapa isu yang ditimbulkan membayangkan kejahatan saya.

1. Saya bermusuh dengan si baju petak-petak merah kerana tidak mendapat komisyen kambing.

Saya minta Kickdefella atau sesiapa saja buktikan bila masa saya mengugut si baju merah petak-petak untuk mendapat komisyen. Sila nyatakan bukti dalam bentuk apa-apa saja. Apa yang berlaku ialah saya meminta si baju petak-petak merah selesai pertikaian mengenai kambing yang bermula dari harga yang mahal seperti mana disebut oleh si baju petak-petak merah. Itu saja. Saya meminta dia berbuat begitu kerana saya tidak mahu terlibat dengan projek JV itu.

Kalau dia berjumpa dengan Mohd Amin Pepet saya kira kerja saya sebagai orang tengah sudah selesai dan saya juga tidak akan berbalah sehingga berlarutan seperti hari ini. Saya tidak akan sampai dianggap ‘bermusuh’ dengan si baju petak-petak merah. Apakah dengan berbuat begitu ianya ditafsirkan sebagai ugutan? Murahnya nilai kepercayaan si baju merah petak-petak kepada saya.

Dijelaskan Mohd Amin bukan sahabat saya. Saya kenal Mohd Amin serentak dengan si baju merah petak-petak mengenalinya. Ini semua sudah saya ceritakan dalam catatan saya sebanyak lapan siri itu yang disiarkan pada tahun 2007, boleh rujuk. Menuduh saya bersahabat baik dengan Mohd Amin adalah pembohong besar si baju merah petak-petak. Mungkin sama bohong dengan kalau saya mengatakan dia berkesedudukan dengan seorang perempuan.

2. Saya mengugut si baju petak petak merah dan jika ugutan itu tidak dipenuhi saya akan menulis buku memburukannya. Katanya saya berjanji? Berjanji dengan siapa? Sekaligus Kickdefella kena turunkan bukti mengenai ugutan itu, bila dan apa kata-kata yang saya lemparkan yang berupa ugutan itu. Apakah bila ada orang hantar mesej atau komenter pada blognya beliau terus mempercayai yang akhirnya menimbulkan perbalahan yang tidak sepatut berlaku ini?

3. Saya juga digambarkan memfitnah si baju merah petak-petak kahwin dengan Cina dan akan tunjuk saksi dan surat nikah. Sekali lagi saya minta Kickdefella menjelaskan saya mengatakan ini di mana dan berjanji dengan siapa. Nampaknya Kickdefella menggunakan tektik cuba memerangkapkan saya dengan sesuatu yang saya tidak kata dan minta bukti daripada saya, dan bila saya gagal mengeluarkan bukti maka saya dianggap sebagai berbohong.

Mengenai isu si baju merah petak-petak kahwin satu lagi ini saya cukup berhati-hati dan menjaga maruahnya. Saya tidak pernah menulis mendedahkan hal ini kepada sesiapa dan di mana-mana juga walaupun saya ada diberikan maklumat mengenainya. Apa lagi kalau saya berjanji dan mengugut untuk mendedahkan saksi dan surat nikah. Tidak pernah berlaku sama sekali. Dari mana Kickdefella mengutip semua ini ataupun dari tafsiran akal kreatifnya saja?

4. Kickdefella mengheret saya supaya berhadapan dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia, syarikat yang terlibat menguruskan projek kambing itu. Katanya, Zulkfeli Yaacob bersedia berhadapan dengan saya dan blognya sedia menjadi penganjur. Untuk apa? Kalau Zulkefli nak jelaskan, beliau boleh jelas sendiri. Saya tidak ada apa-apa persoalan mengenai akademi itu dan projek kambing. Saya tidak menafikan apa-apa dokumen yang disiarkan itu sebagai benar belaka. Dan saya tidak mempertikaikan semua itu dari dulu lagi, sebab ia tidak ada kena mengena dengan saya.

Dokumen itu tidak pun menunjukkan saya ada kepentingan dan perlu mengugut sesiapa untuk mendapatkan apa-apa.

Apakah tujuan dokumen itu disiarkan nak menunjukkan akademi membuat pembayaran kepada Mohd Ammin? Kemudian saya mendapat wang darinya? Begitu? Atau Kickdefella nak tunjukkan dia mempunyai bukti? Bukti apa, ianya tidak relevan dengan tuduhan dan dakwaan ke atas saya. Kenapa tidak sama membongkar dokumen yang harus dibayar kepada Mohd Amin?

Dokumen yang didedahkan itu juga bukan berupa rahsia, saya juga ada menyimpannya satu kopi. Apa yang patut Kickdefella dedahkan ialah perjanjian awal yang dipersetujuan oleh kedua pihak. Cuba kaji dan selidik perjanjian itu. Itupun saya tidak perlu mempertikaikan kerana saya tidak ada kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Sebaliknya kalau audit meneliti betul-betul segala dokumen, termasuk pembinaan kandang, pembelian kambing mungkin ada pihak yang akan ditangkap oleh SPRM kerana menyelewerng dan menyalahgunakan kuasa. Bayaran dibuat ke atas sesuatu tidak memadai dengan apa yang ada. Maksudnya harganya berlipat kali ganda. Si baju petak-petak merah pernah memberi tahu saya, dah saya kata rundinglah ana tidak tahu menahu soal harga kambing ini.

Saya cadangkan kepada Kickdefella membawa segala dokumen itu kepada pihak SPRM biar dia siasat ketelusan mengenai projek itu terutamanya mengenai pembinaan prasaranannya daripada menuduh saya berkepentingan dengan projek berkenaan.

Kickdefella tidak perlu mendedahkan dokumen yang tidak ada kena mengena dengan saya kerana ia menyemakkan ruangan blog saja. Penjenguk yang tidak faham akan keliru dan menganggap dokumen itu sebagai relevan dan bukti sahih dan sekaligus akan mengatakan saya jahat. Sekerat nama saya pun tidak ada dalam dokumen berkenaan, usahkan Mohd Sayuti Omar, Sayuti atau Mohd atau Omar pun tidak ada. Jadi untuk apa didedahkan?

Dalam posting itu juga Kicdefella telah menyiarkan satu SMS saya kepada si baju petah-petah merah sebagai menguatkan dakwaan itu. SMS itu juga tidak disiar sepenuhnya. Sebenarya banyak SMS saya yang ada dalam simpanan si baju merah petak-petak yang saya kirimkan kenapa tidak disiarkan sepenuhnya.

Kalau kita hendak tegakkan kebenaran, jangan tekakkan di sebelah kanan sementara kita abaikan sebelah kiri dan membiarkan sebelah kiri terus dengan pembohongan, kepincangan dan kepalsuan. Kita kena bersikap adil. Kita dituntut berbuat begitu.

Ini bunyi SMS yang saya hantar kepada si baju petak-petak merah dan dipetik separuh saja oleh Kickdefella dengan motif Allah s.w.t. saja yang tahu;

“As’kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr.”

SMS itu bukan setakat itu saja ia ada sambung lagi. Saya siarkan sepenuhnya SMS berkenaan;

A’kum biarpun anggapan sdr kepada saya, saya takkan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritik pada sdr. (Ini yang Kickdefella tidak masukan) Ini kerana saya berpegang pada janji, di mana saya akan berhenti apabila berlaku salah satu, sdr jumpa dgn Mohd Amin atau Tok Guru larang saya. Semalam tok guru dengan penuh rendah diri minta saya hentikan serang sdr. Katanya ba’la (cukuplah) hentam Gusam. Cukup la.
From: 0192336996 01/11/2007 8:39 am


Dan satu lagi SMS dari saya; “Apabila tok guru menyanyangi sdr, saya kena terus menyanyangi sdr. Semoga harapan saya untuk melihat sdr berjaya akan tercpai. Selamat berjuang. Wassalam. From: 0192336996 01/11/2007 8:37 am

SMS ini saya kirimkan kepada si baju merah petah-petah selepas Tok Guru meminta saya berhenti menghentamnya pada suatu malam saya berjumpa dengan Nik Aziz di rumah Kelantan, di Kuala Lumpur. Untuk membuktikan saya akur kepada janji saya mengirimkan SMS itu dan berhenti mengkritiknya.

Kickdefella kena berlaku adil, kenapa tidak siar SMS-SMS lain dari si baju petak-petak merah itu? Kenapa harus memilih SMS tertentu saja. Ini saya turunkan SMS dari si baju petak-petak merah kepada saya. Di mana dalam SMS ini dia menghina saya dan saya balasnya sehinggalah saya rasa dia amat bodoh dan kebudak-budakan dan saya tidak membalasnya selepas itu.

“Penulis bisa (hebat – MSO) kadang kala ingat tuhan tidak ada. Boleh tulis ikut sedap. Kerana dunia sanggup godam duit rakyat. Insyallah mana yang mahal dan rugikan rakyat kita tolak w pun tak disenangi. Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan. Ya Allah bantulah hamba Mu mengatasi orang yang zalim walau siapa dia.” – From 0199804975 7:17 pm 7/12/07

Apa yang hendak diceritakan si baju petak-petak merah dalam SMS ini ialah kononnya saya mengugut beliau dan saya memakan duit rakyat. Saya nak tanya siapa yang ada ‘mulut besar’ untuk membaham duit rakyat? Siapa yang berkuasa ke atas balak, tanah, kawasan getah klon, buat bandar baru Tunjung dan sebagai. Apakah saya sebagai penulis cabut atau Exco? So macam mana saya boleh makan duit rakyat? Dan apakah bila saya suruh dia berjumpa dengan Mohd Amin itu satu ugutan? Mudah sekali tohmahannya.

Ini satu lagi SMS dari si baju petak- petak merah:

Bismilah. Insyallah ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina. Ambo hanya mampu berdoa atas segala aniaya demo. Allah tetap akan penuhi janji bila tiba masanya.” From: 019804975 8.09 pm 10/26/07.

Seperti saya sebut bila masa saya ugut beliau dan tagihkan wang komisyen. Ini tuduhan paling keji beliau ke atas saya. Dengar apa pula balasan dari saya kepadanya;

“Sham (panggilan manja saya kepadanya) demi Allah ana tak nak satu sen pun. Ana tak sangka anta masih belum kenal siapa ana. Tanyalah Tok Guru apa yang ana lakukan. Ana merayu pd anta tamatkan kisah ini demi masa depan dan harapan rakyat pd anta.”

Apa yang si baju petak-petak merah balas selepas itu, ini dia:

“Teruskan kemuliaan demo. Tuhan tak dok saja.” From: 0199805975 8: 23pm 10/26/07.

Ini pula balasan daripada saya: “InsyaAllah Tuhan juga sedang memerhati demo.”

Saya mula berbahasa kasar dengannya apabila dia tidak lagi tahu berbahasa lembut dengan saya.

Daripada SMS ini menampakan si baju petak-petak merah alim, tawaduk, jujur, zuhud dan ikkhas. Kadang dia memulakan SMS dengan doa bagi menunjukkan dia alim. Inilah saya katakan munafik, munafik jenis unta bengkok kaki. Tahu macam mana unta bengkok kaki?

Dan ini SMS daripadanya pula;

“Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu, manusia tak tahu. Demo mulia. Ambo tak tahu hal demo. Ada menteri mana demo boleh peraugut, buatlah. Tuhan beri tangan boleh tulis lagi, loh la,” – From: 0199805975 8:37 10/26/07.

Dia meletakan saya sehina-hinanya. Satu tuduhan dan sikap yang tidak terduga sama sekali boleh keluar dari hati seorang pembantu kepada ulama bertahun-tahun yang saya anggap sebagai sahabat, bukan kawan... tetapi sahabat!

Kata-katanya sangat kesat dan langsung tidak menggambarkan profesional dan ketamdunan. SMS dan kata-kata inilah menyebabkan saya kecewa dengannya. Kecewa amat sangat dan akhirnya membawa kepada kritikan bertubi-tubi saya demi melihat dia berubah perangai dan fiilnya sebab dia bakal menjadi pemimpin.

Itulah SMS terakhir dan saya tidak membalasnya. Saya tidak menghubunginya lagi. Bagaimana pun dua tiga bulan lepas ada lagi SMS dari beliau yang masuk juga kurang senonoh bunyinya. Kalau perlu akan saya catatkan di sini suatu masa nanti.

Perkataan dan ayat-ayat dalam SMS-SMS si baju merah petak-petak itu boleh direnung dan dikaji. Siapakah yang emosi dan benarkah saya melakukan ugutan? Apakah dalam SMS itu ada unsur-unsur ugutan? Saya tidak tahu dari celah mana yang menyebabkan dia merasakan saya mengugutnya.

Mengenai bagaimana sikap saya terhadap krisis antara Akademi Keluarga Bahagia dengan Mohd Amin itu, Kickdefella boleh bertanya kepada salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya. Saya pernah menyebutkan kepada ahli lembaga Pengarah itu agar jangan melayan Mohd Amin yang membuat tuntutan bukan-bukan. Apakah makna dan erti kata-kata saya itu?

Hanya mereka yang ingin kebenaran, tidak diselaput oleh kanta sentuh ketaksuban yang tebal dapat menerima penjelasan ini. Dan saya tidak kesal kalau ada juga yang enggan menerimanya kerana saya faham dalam dunia politik siapa ada kuasa dan kedudukan akan lebih didengar daripada mereka yang tidak memiliki apa-apa kuasa keduniaan.

Sudah menjadi lumrah dunia manusia suka kepada pujian dan tidak suka kepada kritikan meskipun ianya bertujuan baik.

Namun saya tetap akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai penulis.

[Kepada Sdr Kickdefella dengan ini saya memohon maaf jika bahasa dan corak penulisan saya beremosi dalam menjawab dakwaan dan singgung sdr. Sebagai hamba-Nya saya tetap lemah dalam segala-galanya. Salam ] [wm.kl. 9:00 am 02/05/09]

sumber - MSO

1 ulasan:

Pejuang berkata...

Timbalan Perdana Menteri memberi amaran kepada UMNO, Bahawa kita cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Hingga kehari ini UMNO masih lagi belum mendapat sokongan yang menggalakkan terutama nya dari kaum bukan melayu.

Sebenarnya sokongan melayu sedikit sebanyak sudah mula ber ansur2 pulih. Ini memandangkan kebanyakan orang melayu sudah mula sedar bahawa hanya parti melayu sahaja yang patut menerajui pemerintah di Tanah Melayu ini.