Jangan kata orang luar malah kalangan ahli PAS yang rasional sendiri mengakui mereka agak terkejut melihat serangan bertalu-talu yang semakin sengit dihalakan Nasharudin Mat Isa.
Ini semata-mata kerana merasa Timbalan Presiden PAS itu nampak semacam bersungguh-sungguh nak menjayakan idea rundingan perpaduan dengan UMNO.
Apa yang dikatakan sangat menusuk hati kalangan puak yang anti perpaduan ialah komen Nasharudin Rabu yang menilai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PAS ikhlas untuk berunding ‘adalah satu langkah ke depan’.
Sebenarnya dari sudut politik tidak ada sesuatu baru atau mengemparkan yang dikatanya semasa dikerumuni oleh para wartawan di lobi parlimen sejurus kenyataan Perdana Menteri yang dibuat selepas satu acara di Putrajaya itu tersebar menerusi SMS.
Malah beliau secara terang dan jelas kata perkembangan itu akan dirujuknya kepada Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang ketika itu berada di luar negara.Katanya beliau tidak ada kuasa menentukan apa-apa dalam hal berkenaan.
Beberapa jam sebelum itu pula Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali telah mengumumkan syarat yang mewajibkan PKR dan DAP turut serta jika parti itu hendak duduk semeja dengan UMNO/BN bincang soal perpaduan.
Ini sebagai tambahan kepada syarat yang disuarakan oleh Haji Hadi sebelumnya yang menetapkan kerajaan ‘ meluaskan’ demokrasi baru PAS sedia duduk berunding.
Baik Haji Hadi,Mustapha maupun Nasharudin juga sekata bahawa tidak timbul soal PAS nak bergabung dengan UMNO.
Tidak timbul langsung soal putar belit laporan mana-mana media media mengenai pendirian mereka.
Sumber-sumber dalaman parti itu yang dihubungi Agendadaily untuk mengulas hal berkenaan sendiri tidak nampak kenapa Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan puak Erdogan perlu ‘ melompat’ hingga menampakan seolah parti itu sudah retak kerana isu berkenaan.
Mereka juga sependapat dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak bahawa kenyataan Nik Aziz desak Nasharuddin letak jawatan dan masuk UMNO itu agak melulu.
"Kita perlu adil kerana bukan kuasa Nasharudin atau Hadi menentukan pembentukan kerajaan perpaduan, sebaliknya terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan.
"Terlalu awal untuk suruh letak jawatan, saya dengar apa dikatakan (Nasharudin) apabila orang pandang baik kepada kita (PAS) baguslah, apakah Nasharudin dah buat kerajaan perpaduan?'' kata Azizan.
Malah laporan yang mengatakan adanya desakan mereka yang pro-perpaduan diminta tidak datang berkempen masa pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan juga mencetuskan rasa kurang senang dikalangan sebahagian ahli parti itu.
Mereka merasa apa yang perlu puak-puak itu over react sampai begitu sekali dalam isu ini.
Agendadaily difahamkan salah satu kebimbangan yang timbul ialah isu perbincangan perpaduan ini digunakan oleh puak dalam parti yang sebagai alasan untuk menghentam Haji Hadi dan Nasharudin semata-mata kerana kecewa tewas dalam pemilihan jawatan semasa Muktamar PAS baru-baru ini.
Bukan rahsia lagi Nik Aziz begitu kecewa sekali bila anak didiknya Datuk Husam Musa tewas ditangan Nasharuddin dalam pemilihan Timbalan Presiden.
Husam aadalah antara mereka yang dalam kumpulan Erdogan yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adalah diketahui umum puak Erdogan berhasrat untuk menguasai kepimpinan PAS melalui pemilihan jawatan itu.Namun hasrat itu berkecai.
Lebih mengecewakan Menteri Besar Kelantan itu bila sebilangan lagi orang-orang kanan beliau dari negeri itu tewas dalam pemilihan jawatan Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber-sumber parti itu berkata ini membuatkan Nik Aziz merasa seolah parti itu telah menolak kepimpinannya selaku Musyridul Am.
“Maka isu perpaduan ini digunakan sepenuhnya terhadap Haji Hadi dan Nasharudin,”katanya.
Sumber-sumber itu mengakui biasanya dalam keadaan apa juga polimek dihadapi oleh PAS keadaan tidaklah segawat yang dialami sekarang.
“Bila tak puashati atas sebab lain maka isu perpaduan inilah jadi saluran luahan rasa itu,”katanya.
Menurutnya andaian itu ibarat sudah terang lagi bersuluh bila melihat pada nama-nama kalangan pemimpin PAS yang lantang bersuara menentang idea untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Ada dikalangan ahli parti itu menilai kenyataan Nik Aziz desak Nasharudin letak jawatan boleh menjejaskan imej Timbalan Presiden PAS itu yang baru sahaja berjaya mempertahankan jawatannya.
Mereka tidak nampak apa dosa besar Nasharudin hingga perlu dihina seteruk itu.
Bagi mereka jika ada yang syak wasangka UMNO ada udang disebalik batu memberi reaksi positif pada idea Haji Hadi,niat tindak tanduk puak dalam parti yang menentangnya tidak kurang mencurigakan.
sumber - agendadaily
1 ulasan:
Dari sehari ke sehari kita berpolemik tentang kerajaan perpaduan, mulanya saya begitu menaruh harapan supaya ia menjadi kenyataan dimana pemimpin Melayu dan beragama Islam boleh duduk semeja berbincang mengenai masalah ummah. Walaupun cadangan ini datang dari Presiden PAS tetapi perkara yang elok wajib kita sokong.
Tetapi terbalik pula penerimaan segelintir penyokong PAS terutama N.Ajis dan Husam 'Chicken Run'. Sanggup melabelkan siapa yang menyokong idea berkenaan sebagai 'boneka UMNO'. Astafirull'ah Alazim....
Kini kegembiraan saya dah semakin pudar lantaran sikap segelintir pemimpin PAS tu, lebih lagi ada syarat yang perlu dipatuhi oleh UMNO untuk berbincang mengenai kerajaan perpaduan ni. Kalau begini la sikap PAS terhadap ideanya sendiri, lebih elok kita tak menyambut salam yang diberikan. Akhirnya UMNO juga yang dipersalahkan.
Lebih baik mereka bergabung selamanya dengan pihak kafir harbi disebelah sana. Kalau kata orang utara, Dah naik cemuih tengok gelagat depa ni....
Kalau mahu juga, suruh Hadi Awang kemukakan dulu apa bentuk kerjasama yang mereka mahukan untuk berbincang dengan UMNO.
Jangan nanti nama UMNO yang jadi busuk pula......
Catat Ulasan