MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Jun 2009

Husam 'selewengkan' Wasilah - Ramli Abd. Halim


Oleh : Ramli Abd Halim

WALAUPUN apa pun pandangan saya terhadap Husam Musa ekoran ketidak-hadiran pada program Hujah TV9, orang Pas akan anggap negatif dan berpandangan kerana ada dendam dalam hati, berdasarkan andaian dan maklumat yang tidak tepat, kononnya antara kami ada semacam ketidak-sehaluan.


Saya akui memang atas nama politik, kami tidak sehaluan, terutama selepas saya bekerja dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) yang merupakan jabatan khusus yang diwujudkan dengan para pegawainya terdiri dari perlantikan politik (dilantik secara kontrak), kecuali pegawai tadbirnya yang merupakan hanya satu-satunya kakitangan penuh di jabatan berkenaan.

Keberadaan saya dalam organ Kerajaan Pas Kelantan itu menjadikan saya boleh kenal warna dan bau Pas sebenar berbanding dengan semasa sebelumnya yang mana Pas pada saya serba molek dan serba harum semerbak belaka.

Selepas itu, tidak menyokong secara total apa yang Pas progam dan laksanakan serta tidak menerima semua apa yang dikatakan oleh pimpinan utama Pas bagi saya adalah lebih kena dan lebih amat patut bagi saya.

Bagaimanapun perubahan persepsi dan minat saya terhadap Pas tidak ada kaitan langsung dengan Husam atau mana-mana tokoh Pas dalam bentuk peribadi. Saya guna ilmu agama tak seberapa saya dalam menilai apa sebenarnya Pas dan orang Pas, terutama barisan pemimpinnya. Al-Quran bersama terjemahan dan Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III & IV serta Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III & IV menjadi rujukan mutlak saya.

Husam terus menapak maju dalam kepimpinan Pas kerana tentulah baginya Pas itu pekerjaan dan punca rezekinya manakala saya lebih memilih menjadi 'orang atas pagar' dalam berpolitik dan lebih komitmen sebagai pengamal media yang kena berkecuali. Itu perbezaan kami yang ketara. Saya lebih tua dan lebih dulu Pas dari dia sebeum saya mufarakah dari menyokong Pas kerana pada saya, mufarakah dari menyokong Pas yang taksub dan jumud adalah lebih baik bagi saya.

Dengan merdekakan diri dari menjadi penyokong yang taksub dan jumud, maka seandainya Pas berbuat sesuatu yang pada perkiraan saya betul....saya akan kata betul, kalau Umno buat perkara betul....saya juga kata betul manakala yang tak betul.....tidak kira parti mana yang melakukannya, saya akan kata tidak betul. Itu yang ustaz saya semasa saya bersekolah agama dulu ajar.

Pandangan saya bersifat peribadi dan untuk menjadi bahan renungan serta pertimbangan umum agar yang baik dijadikan teladan, yang tidak baik dijadikan sempadan.

Saya tidak perlukan sokongan/penyokong seperti orang politik kerana ramai atau sedikitnya sokongan terhadap pandangan saya, ianya tidak dapat beri faedah apa-apa.

Penyokong saya juga tidak dapat faedah apa-apa. Saya tak boleh remkinkan kawasan balak (misalnya) dan apa-apa projek kepada sesiapa yang menjadi penyokong saya.

Juga saya dilihat tidak sebulu dengan Husam ekoran penarikan balik permit Mingguan Wasilah yang dimodali dan diurusterbit oleh syarikat proksi Husam, kononnya kerana Umno dah beli saya sampai sejuta nilainya.

Walhal orang Umno tidak pernah percayakan saya kerana mereka anggap saya orang Pas kerana ketika menjadi ketua biro kepada sebuah akhbar harian (taukehnya adalah Tengku Adenan Tengku Mansor) banyak laporan dari Kelantan adalah yang melabakan Pas, malah ada bahagian-bahagian Umno yang hantar memo ke HQ supaya saya digugurkan dari kedudukan sebagai ketua biro.

Tidak ramai yang tahu keadaan sebenar berhubung isu Mingguan Wasilah. Melalui agennya saya difahamkan Husam mahu terbitkan Mingguan Wasilah sebagai sebuah akhbar umum dan semi ilmiah, bukannya sebagai akhbar politik. Itulah puncanya kenapa saya boleh setuju Mingguan Wasilah diterbitkan oleh syarikat proki Husam.

Mingguan Wasilah dibawah saya (kini permitnya dipindah milik kepada Saudara Yusri Yusoff) mock-up yang dihantar ke KDN bagi dapatkan permit adalah dalam wajah akhbar mingguan umum, bukannya akhbar politik.

Ianya pula diterbitkan oleh syarikat milik saya secara invidivu, bukannya diterbitkan oleh organ parti macam Harakah. Saya tidak tahu apa status akhbar berkenaan dibawah Saudara Yusri sekarang. Bagi saya Mingguan Wasilah asal sudah menjadi sebahagian dari sejarah, termasuk sejarah peribadi saya.

Terbukti janji pengisian kandungan penerbitan Mingguan Wasilah tidak ditepati , menyebabkan timbul masalah antara saya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sering hubungi saya kerana Mingguan Wasilah diterbitkan tidak ikut mock-up asal.

Mungkin yang melakukannya adalah orang yang diberi tugas mengurus-terbit Mingguan Wasilah (barangkali kerana anggap terlalu pandai atau kerana sengaja mahu langgar peraturan) telah memuatkan isi kandungan tanpa merujuk kepada saya selaku tuanpunya permit tentang apa yang boleh dan yang tidak boleh disiarkan.

Mungkin mereka sangka Mingguan Wasilah kepunyaan Husam, walhal permitnya kepunyaan saya dan apa-apa pun KDN akan hubungi saya. Bila saya tegur, ada yang kata siapa saya untuk ambil peduli dan menyibuk tentang Mingguan Wasilah. Sekarang bila permit Mingguan Wasilah ditukar milik kepada Saudara Yusri, saya sudah tidak ambil peduli langsung, sudah tidak menyibuk lagi.

Demi kerana kepentingan permit Mingguan Wasilah dan permit-permit saya yang lainlah, maka saya terpaksa tarik balik permit, terutama apabila Ahmad Awang isytiharkan ketika berucap pada Muktamar Agung Pas ddi PUTIKPengkalan Chepa bahawa Pas ada satu lagi akhbar mingguan yakni Mingguan Wasilah.

Ianya ibarat suatu letupan bom nuklear buat saya kerana boleh menjejaskan reputasi saya di mata KDN, malah permit KDN boleh ditarik balik atau diharamkan. Ucapannya itu disiarkan secara live melalui internet.

Tambah dilihat saya tidak sebulu dengan saya apabila Husam menghantar surat untuk menyaman saya kerana kandungan blog lama saya ramliabdulhalimmelayu@blogspot.com yang musnah seminggu sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-12. Blog itu turut menggunakan masshead seperti yang saya gunakan sekarang.

Husam mahu saman kerana ada bahan yang diposting boleh cemarkan imejnya. Apa yang diposting sebenarnya bukan saya yang tulis tetapi yang dihantar oleh penjenguk blog melalui rungan komen yang mana saya tidak pandai untuk menyekatnya agar tidak tertera di screen kerana saya bukan pandai sangat dalam hal-hal yang berkaitan dengan teknikal. Kerana itu saya tidak gentar bila dia mahu saman.

Itu antara kenapa saya akan dilihat tidak sebulu dengan Husam jika saya memberi komen atau padangan tntang beliau walhal dalam hati kecil saya, belum pernah saya bermusuhan dengan sesiapa, saya bukan seorang yang pendendam, termasuk kepada seorang wakil rakyat yang pernah anggap saya 'sakit otak' kerana apa yang saya buat selaku Pengarang di PUKn tidak selari dengan apa yang diharapkannya.

Kalau saya rasa nak marah, lazimnya saya akan tulis cerpen dan luahkan segalanya, maka segala rasa marah atau kecil hati akan selesailah, ianya tidak akan lagi berada dalam kepala dan perasaan saya.

Tak ramai orang yang faham dengan fe'el perangai saya kecuali ibu, bapa, bini dan sahabat yang mungkin boleh faham sikit-sikit fe'el saya adalah Haji Mohd. Sayuti Omar (MSO) yang walaupun banyak perkara kami tidak sekepala sebenarnya tetapi beliau adalah sahabat yang masih akrab hingga kini berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain.

Berhubung dengan ketidak-hadiran Husam dalam Program Hujah TV9, bagi saya ianya tidak pelik kerana kalau hadir pun belum tentu hujahnya boleh menang dari sudut hakikat dengan lawan berhujahnya, kecuali di mata orang Pas fanatik dan taksub: kalau Husam lawan dengan sesiapa pun di muka bumi ini akan dilihat Husam menang dan lebih hebat.

Saya pernah hadir dalam majlis perdebatan antara Husam-Annuar Musa dan Husam-Khairy Jamaluddin. Ketika perdebatan Husam-Annuar anjuran Markaz Siswazah Kelantan (kalau tidak silap saya) di Kuala Lumpur, saya masih dengan UPkn. Namun saya cuba berkecuali dalam menilai hujah kedua-duanya.

Pada saya Husam gagal dalam perdebatan itu, malah telah meninggalkan majlis agak awal atas alasan ada tugas lain yang lebih penting. Rasanya cd perdebatan itu dipasarkan dan cuba nilai secara berkecuali, siapa antara keduanya yang lebih hebat.

Waktu itu Annuar Musa tidak ada apa-apa jawatan selepas Umno/BN sekali lagi kalah teruk pada pilihanraya umum ke-10 kerana aura Anwar Ibrahim selepas mengalami kekalahan yang amat teruk pada pilihanraya umum di Kelantan kerana aura Tengku Razaleigh Hamzah.

Demikian juga dengan perdebatan Husam-Khairy di balai Islam Lundang, Kota Bharu. Husam gagal sehingga beliau menjadi sangat emosial manakala Khairy masih mampu rileks dan bersahaja. Macam mana pun pada mata orang Pas, dalam kedua-dua perdebatan itu, Husam lebih hebat, Husam yang menang dan lawannya yang menonye.

Saya juga saksikan kemunculan Husam pada program tv bercorak berdebatan yang dipengerusikan oleh Johan Jaafar. Hujah Husam banyak yang bercelaru dan kalau ibarat si pemburu mahu lepas tembakan, bidikan senapangnya tidak banyak yang menepati sasaran. Kalau istilah orang media, tidak ada benda baru yang mahu diintrokan dalam penulisan berita joka mahu dipetik hujah-hujahnya.

Secara tulus ingin saya tegaskan bahawa saya tak pernah nampak Husam pernah menang dalam perdebatan yang disertainya. Kehebatannya berbentuk lebih besar bunyi dari gendang. Besar bunyi dari gendang pada pemerhatian saya semacam suatu tradisi dalam Pas dalam memberi penilaian terhadap ketokohan rokoh-tokoh mereka.

Saya yakin jika Husam muncul pada progran Hujah TV9, apatah lagi berdepan dengan Ezam Mohd. Noor, Husam sedia tahu beliau terpaksa menambah koleksi kegagalannya berhujah yang akhirnya tetap akan terserlah di mata para penyokong Pas yang fanatik, taksub dan jumud.

Tetapi rasanya ketidak-hadirannya itu juga secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi TV9 itu sendiri yang mana mahu tidak mahu mungkin Husam akan diesenarai-hitamkan untuk tidak boleh muncul disalur tv berkenaan dan saluran-saluran tv yang bernaung di bawah bumbung yang sama bagi tempoh-tempoh tertentu.

Husam akan dilihat tidak menghargai dan menghormati peluang yang diberikan oleh stesen tv berkenaan kerana penonton yang tidak tahu duduk perkara sebenar akan menganggap TV9 hanya promo kosong untuk tarik minat tontonan.

Saya tidak tahulah kalau pihak pengurusan boleh menjadi terlalu baik dengan Husam untuk tidak ambil sebarang tindakan. Kalau artis yang berbuat demikan, sudah pasti kena gam.

Dalam sikap dan sifat mudah tersenyumnya, CEO TV9 Encik Bukhari Che Muda ada ketegasan dan prinsipnya. Kita tunggu dan lihat apa kenyataan yang bakal dibuat oleh anak kelahiran Pasir Puteh yang sebelumnya merupakan antara orang kuat TV3 sebelum mengetuai operasi TV9, berhubung kes Husam tidak muncul pada saat-saat akhir dalam program stesen tv terajuannya!.

sumber - melikapakjangak


Tiada ulasan: