MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Jun 2009

Ejen Amerika Syarikat berkeliaran di Iran

TEHERAN - Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menempatkan sekumpulan ejen perisikannya di Iran, tetapi setakat ini masih kurang jelas sama ada mereka memberi bantuan kepada gerakan protes di negara republik Islam itu.

Perkara itu dibangkitkan oleh bekas penasihat keselamatan AS, Brent Scowcroft dan beliau menganggap laporan kehadiran ejen perisikan itu sebagai benar.

"Mereka ada di Iran dan sesiapa mungkin tahu, tetapi tiada perkaitan jelas sama ada mereka membantu kumpulan protes," Scowcroft.

Beliau menganggap AS boleh melakukan pelbagai perkara di Iran, tetapi tetap mempunyai batas yang perlu difahami.

"Kita tidak mengawal Iran dan kerajaannya, tetapi kita boleh melakukan sesuatu untuk mengubah situasi yang ada dan kita akan melakukan yang terbaik bagi mempengaruhi tindakan Iran di rantaunya," kata beliau.

Sementara itu semalam, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mula membandingkan Presiden AS, Barack Obama dengan bekas Presiden George W Bush dan beliau menggesa Obama segera meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan berbaur campur tangan.:

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Majlis Syura Ulama Iran yang menyiasat aduan berkaitan penipuan undi dalam pilihan raya lalu mendapati tiada sebarang kes penyelewengan besar yang boleh dikaitkan.

Majlis itu juga menganggap proses pengundian pada kali ini adalah yang paling bersih dalam sejarah Iran sejak Revolusi Islam 1979.

sumber - sinar harian


Tiada ulasan: