MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jun 2009

Kes liwat Anwar, tidak mustahil demonstrasi jalanan - Naib Ketua AMK


SHAH ALAM – Demonstrasi jalanan mungkin tercetus sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah berhubung kes melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amirudin Shaari berkata, walaupun suasana politik pada 1998 berbeza namun AMK tetap akan mengkaji kesesuaian mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya itu jalan terbaik mengutarakan suara mereka.

“Perhimpunan jalan raya akan diadakan berdasarkan keperluan rakyat kerana ia adalah suara sebenar rakyat, sebab itu kerajaan amat takut dengan perhimpunan jalan raya.

“Contohnya, dua perhimpunan besar sebelum pilihan raya iaitu Bersih dan Hindraf berjaya merobah suasana politik negara,” katanya pada sesi lawatan dan dialog di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Anwar disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan mengenai jenayah seks luar tabii tanpa kerelaan dan perbicaraan mengenai kes liwatnya didengar bermula pada 1 hingga 24 Julai.

Ditanya perhimpunan jalanan ini boleh menyebabkan masyarakat terkandas dan mengalami kesulitan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves berkata, apa yang dilakukan hanyalah satu wadah alternatif kepada rakyat.

“Perhimpunan ini adalah manifestasi kebebasan bersuara dan juga satu memorandum rakyat kepada kerajaan. Jika kita diberi permit untuk berhimpun di kawasan lapang, sudah tentu kita akan adakannya di situ.

”Tetapi masalahnya adalah permit tidak diberikan, malah ramai ‘orang-orang Bukit Aman’ turun dan menyebabkan perhimpunan kita jadi sering ‘tidak aman’,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat perhimpunan adalah lumrah manusia dan salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kumpulan lain.

“UMNO juga wujud selepas perhimpunan besar-besaran di jalanan menentang Malayan Union,” katanya.

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia berkata, keadaan di negara luar berbeza kerana polis menjaga perjalanan perhimpunan dan bukannya menimbulkan provokasi seperti di Malaysia.:

sumber - sinar harian

Tiada ulasan: