MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jun 2009

Antara Anwar & Najib, siapa lebih hebat ekonomi ?

Oleh UNTA BELANG, Malaysia-Instinct

Ramai orang tak tahu yang Anwar Ibrahim terpaksa mengambil 'kelas tiusyen' sewaktu dipilih menjadi Menteri Kewangan dulu gara-gara ketidakmampuannya memahami 'apa itu ekonomi' dan bagaimana hendak mentadbir kementeriannya

Unta Belang difahamkan, seorang profesor telah dihantar khusus untuk mengajar Anwar mengenai masalah ekonomi dan kewangan bagi membolehkan beliau dapat menjalankan tugasnya secara efisien.

Namun itulah Anwar, dengan ilmu baru sekangkang kera khususnya dalam bidang ekonomi, dia cuba menunjuk jaguh di pentas di dalam negeri dan antarabangsa kononnya dialah pakar, dialah 'sifu' apabila membicarakan tentang cara menguruskan kewangan negara

Ini berbeza dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bab ekonomi jangan main-main dengan beliau. Subjek ekonomi dan perniagaan memang di celah gigi beliau, apatah lagi beliau sendiri adalah lulusan dalam bidang ekonomi industri daripada universiti terkenal di England iaitu University Of Nottingham.

Namun watak di antara mereka berdua jauh berbeza. Najib tidak perlu berpidato sampai nak runtuh rostrum semata-mata nak menyakinkan masyarakat yang dialah mahaguru dalam menguruskan kekayaan negara.

Namun kalau dibandingkan prestasi antara Anwar dan Najib ketika mengambil alih Kementerian Kewangan ternyata bagai langit dan bumi.

Anwar kalau dilihat prestasinya lebih kepada keupayaan untuk 'bercerita dan beretorika' sedangkan Najib lebih kepada praktikal dan berpijak di bumi yang nyata.

Kalau anda masih ingat, Anwar masih menuduh Pakej Ransangan Ekonomi yang digerakkan oleh Najib baru-baru ini sebagai menyalahi peraturan Parlimen, sebagai menjawabnya, Speaker Parlimen berkata, itulah kalau orang selalu keluar dewan!

Nampaknya Anwar dan team penasihat ekonomi masih berfikiran krisis ekonomi sekarang sama seperti krisis ekonomi 97/98.

Anwar masih melihat IMF sebagai jalan terbaik kepada negara untuk berhutang dan menyelamatkan ketidaktentuan ekonomi global.

Apakah kita mahu menjadi seperti Pakistan hari ini ( yang terpaksa menaruh simpati IMF atau negara jiran seperti Indonesia yang meminjam IMF 97/98, yang masih kesannya sampai kini masih terasa antaranya bagaimana IMF membankrapkan PERTAMINA dan bank-bank Indonesia.

Sedangkan Najib ketika itu telah menjelaskan bahawa kedudukan kewangan domestik amat kuat, bank-bank masih kuat walaupun Anwar mempersoalkan pembelian bank Indonesia oleh Maybank, tatkala industri kereta di Amerika memberhentikan pekerjanya, Proton dan Perodua masih terus bergerak ke depan.

Bajet Anwar yang susut dan mengecil berbanding bajet kerajaan + pakej ransangan RM7 Billion, menampakkan kelemahan Anwar mengurus ekonomi negara.

Anwar mahu meletakkan kita kaku, terduduk, terdiam, dan terserah kepada serangan ekonomi global, kerajaan pula menyuntik RM7 Billion supaya seluruh rakyat dan perusahaan boleh terus berpusing.

Hari ini Najib sekali lagi menunjukkan kematangannya dalam menguruskan ekonomi negara apabila mengumumkan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham sedia ada akan ditingkatkan kepada 70 peratus daripada 49 peratus pada masa ini dalam usaha meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai satu destinasi penyenaraian dan pelaburan.

Ini baru Menteri Kewangan 'bertaraf dunia', bukan Menteri Kewangan yang terpaksa diberi kelas tiusyen kerana hanya tahu bercakap tapi tak tahu apa itu rugi, apa itu laba!

sumber - malaysia-instict


2 ulasan:

ladybird berkata...

Selalunya orang yang pandai bercakap ni, dia tak pandai buat kerja...

Tanpa Nama berkata...

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 .

Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK.Semasa di MCKK , Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad .

Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu ( Sastera ) .

TIDAK PULA TERCATIT Anwar mendapat pendidikkan dari mana-mana Mahhad tahfis,atau mana mana pondok atau madrasah islamiah? Atau berguru dengan guru-guru pondok …yang bertaraf ulamak tersohor..samada ulamak tempatan atau mana-mana ulamak luar negara,sebaliknya yang kita tahu Anwar dan rakan2 hanya pengasas Yayasan Anda Akademik untuk pelajar pelajar tercicir,manakala Allahyarham Ust Fadzil Nor dari PAS Pula dengan Yayasan Budi di Jalan Kuala Kedah satu masa dulu.

Inilah saja asas secara ringkas yang dimiliki oleh anak kelahiran Tok Kun ini sebelum menonjol diri dalam arena politik Antarabangsa sehingga ia tersingkir dari Kerajaan yang ada.

Tetapi hari ini anak kelahiran Tok Kun ini kehebatannya mengalahkan alim ulamak dan mufti yang ada bila berbica tentang Islam dan agama,begitu juga bila berbica hal ekonomi semasa dan dunia mengalahkan pakar pakar ekonomi yang bertaraf Antarabangsa?
Yang peliknya semuanya akur dan tunduk padanya lebih lebih lagi yang memiliki ilmu melebihi darinya,terutama dalam bidang Agama yang bertaraf Ulamak dan mufti? Sehingga membiar Anwar membicara hal-hal agama sesuka hati.

Hari ini rakyat begitu keliru..siapa sebenarnya Anwar? Ulamakah dia?atau muftikah dia…apakah Anwar mengambil alih atau bersuara hal-hal Agama bagi pihak mufti atau ulamak yang ada? Siapa pula yang memberi mandat padanya atau mentauliahkan imu agama yang dia ada?