MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Mei 2009

Sesudah Dr Harun Din & Hadi membisikkan sesuatu kepada Nik Aziz..


Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Sebenarnya apa keributan yang berlaku didalam PAS, sesudah Nik Abduh membongkar kerja-kerja pembantu sesat kepada ayahndanya yang juga Mursyidul Am PAS, kini Ketua Dewan Ulamak PAS Ustaz Mat Daud Iraqi menyentuh perihal masalah politik wang pula didalam PAS, Ya benar ketua Dewan Ulama tersebut hanya memberitahu pemberian baju dan jemputan makan sahaja, tetapi sebenarnya ia sudah boleh dikatakan rasuah pun dalam konteks rasuah...


Namun untuk memastikan ini tidak dibincangkan oleh ahli musuh parti, Umno juga dijadikan punca, inilah sifat PAS sejak dahulu hingga sekarang sekiranyanya terdapat kecacatan pada rumahnya disalahkan tuan rumah yang lain.


Untuk meredakan kekalutan dalaman parti, Nik Aziz di Kota Bharu khabarnya terpaksa mengumumkan penangguhan penyertaan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap baru parti yang bertaraf dewan seperti dinikmati oleh kelompok pemuda dan ulamak PAS.


Seperti biasa PAS akan menyalahkan UMNO kerana terpaksa menangguhkan cadangan tersebut. Namun begitu Hu Pang Chaw yang sekarang merupakan Ketua kelab Penyokong PAS menyatakan "kelewatan itu berpunca daripada "masalah dalaman" PAS dan sesetengah pemimpin PAS yang "tidak serius" berhubung penyertaan ahli bukan Islam.Klik di sini


Nampaknya Tok Guru sendiri terpaksa bermain silap mata kerana takut rahsia dalaman terbongkar, jika Hu Pang Chow lebih jujur mengatakan ia berpunca dari konflik dalaman PAS mengapa UMNO dikambinghitamkan, adakah ini strategi politik Islam yang selalu dilaungkan oleh pemimpin PAS?


Timbul persoalan apakah sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh pimpinan tertinggi PAS sekarang, sehingga membuatkan Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am berkunjung ke Kota Bharu untuk berjumpa Nik Aziz sebelum sidang media yang mengumumkan penangguhan penyertaan kaum bukan islam ditangguhkan.


Dalam tempoh ini juga ketua Pemuda PAS perak Mohamad Zawawi Abu Hassan di Perak cuba menongkah arus parti apabila meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Kenyataan beliau ini menyebabkan ada pihak didalam PAS kurang senang dengan kenyataan tersebut.


Pelbagai andaian boleh dibuat ekoran tindakan ketua Pemuda PAS Perak tersebut, mungkin didalam PAS kini seolah-olah ada golongan sudah menyedari wujud kumpulan yang cuba memecahbelahkan perpaduan umat Islam hasilnya parti PAS sendiri bergolak dan umat Islam di Malaysia tetap kekal bermusuh.


Persoalan kedua ialah apakah bisikkan yang cuba difahamkan kepada Nik Aziz oleh Hadi Awang dan Harun Din sehingga membuatkan Nik Aziz terpaksa memikirkan banyak perkara sebelum dinyatakan dalam sidang medianya di S.U.K kota Bharu.

Sebagai makluman, tingkat 1 pejabat Menteri Besar telah mewawarkan pada sidang media itu Nik Aziz akan membicarakan perkara yang penting.klik sini


Dengan tarikh muktamar yang sudah hampir tiba, detik ini pergolakan dalaman PAS semakin hebat, sekian banyak cerita dalaman cuba dikambus oleh pimpinan parti, lagi banyak gosip-gosip tersiar di media dan mulut.


Saat ini Anwar Ibrahim cuba mengelakkan diri dari terpalit namanya dengan mana-mana tokoh didalam PAS kerana dikhuatiri boleh menyebabkan tokoh2 tersebut kehilangan undi dan sokongan sewaktu muktamar nanti. Namun adakah mungkin ini yang menyebabkan pimpinan parti termasuk Nik Aziz menjadi kelu dan mencari idea untuk meredakan pergolakan dalaman parti yang kalut umpama ribut musim tengkujuh.


Seandainya ribut yang membawa ombak itu kuat nescaya pantai akan berubah kerana terhakis, namun sekiranya benteng dibina terlebih awal mungkin kehadiran ribut ombak hanya mampu membawa percikan air sahaja ke tepi pantai. Agaknya mungkin ini yang cuba difikirakan oleh Nik Aziz sekarang, siapa tahu...

sumber - tomyampoktek




Tiada ulasan: