MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Mei 2009

Penanti: PAS Pulau Pinang mahu perjanjian Pakatan dikaji semula

KEPALA BATAS: Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hanya ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini semata-mata demi memelihara amalan demokrasi yang sihat.

Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau berkata peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota DUN Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.

Mujahid berkata Pakatan Rakyata wajib mengambil kira suara-suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.

"Keputusan cadangan ini diutarakan berdasarkan prinsip demokrasi perwakilan dan bukan untuk memberi gambaran wujud masalah dalaman pakatan," katanya.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lepas atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Pada 28 April lepas, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding di Penanti

sumber - mstar

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS PP TERASA SEPERTI DI PINGGIRKAN. ANWAR TAMAK HALOBA SMPI DH X KENAL SAPE KWN SAPE LWN. SEMUA DIA TELAN!

ladybird berkata...

Jeffry,
Kita tunggu dan lihat sahaja la dengan tektik anuwar ni...bukan apa saya selalu berpegang dengan kata2 orang tua. "Orang Tamak Selalu Rugi"