MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Mei 2009

Penanti : Dr Mansor calon muka lama

Oleh : Gelagat Anwar

Pengumuman Anwar Ibrahim semalam tidak mengejutkan langsung. Dr Mansor sememangnya ‘player’ di dalam politik PKR buat sekian lama. Master-strategist.

Menyediakan laporan pencapaian PKR di setiap Bahagian, seluruh negara adalah antara kerja buat Dr Mansor. Dalam banyak perbincangan - Dr Mansor dirujuk sebagai ‘trouble-shooter’ kepada usaha memantapkan perjalanan politik PKR.

Entah bagaimana, nama Dr Mansor dicicirkan sekejap dari arus perdana politik Negara. Dalam gemerlapan pencapaian cemerlang PKR dalam PRU yang lalu, Dr Mansor bagaikan ‘outcast’ dan muncullah nama-nama lain yang lebih junior dan tidak terbukti pencapaiannya.

Jamaluddin Radhi, Osman Jailu, Fairus, Zahrain Gemok - lebih mendominasi suasana politik PKR. Merekalah ‘players’ kepada PKR, pasca PRU yang lalu. Yang sebat perempuan ada. Yang terlibat dengan konspirasi sesama sendiri ada. Macam-macam hal.

Pemilihan Dr Mansor lebih kepada usaha ‘istinjak politik’ yang dimulakan oleh PKR. Sudah tidak boleh ada wajah mediocre dalam PKR. Mereka memulakan gerakan untuk ‘membersihkan’ PKR daripada sebarang elemen kekotoran dan najis politik. Anwar sudah tidak boleh menerima kekotoran dan najis ini - kecuali ‘najis mughalazah’ yang dilakukannya sendiri. Itu hal lain. Itu konspirasi. Yang kena pada batang hidung orang lain - najis politik yang perlu dibersihkan.

Dr Mansor tidak boleh lagi memainkan peranan ‘di pinggiran’ dalam PKR. Dia mesti cepat di arus perdanakan, sekaligus menggantikan Fairus yang merosakkan sama sekali ‘prestasi’ PKR di Pulau Pinang. Anwar sudah tidak lalu menanggung malu dengan segala macam petaka politik yang mungkin berlaku lagi.

Soalnya, orang PKR Pulau Pinang patut malu dan merasakan diri mereka dihina oleh Anwar. Dengan barisan kepimpinan sedia ada pun, tidak ada seorang pun yang layak menggantikan Fairus. Bayangkan, seorang TKM yang tidak mempunyai minda hebat pun, tidak mampu digantikan oleh kepimpinan sedia ada. Harapan apa lagi yang tinggal di Pulau Pinang. Membawa masuk orang lain - adalah suatu indikasi bahawa PKR Pulau Pinang - hopeless.

Dr Mansor punya tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan imej baik PKR di Pulau Pinang. Sedang Anwar akan berlaga di mahkamah di atas kes seks luar tabie - politik Pulau Pinang mesti berada di dalam keadaan ‘top form’. Tidak perlu ada sebarang ‘kekacauan’ politik dalaman di home ground Anwar.

Anwar cukup yakin, Penanti adalah kubu kuatnya buat sekian lama. Walaupun pada asasnya tidak ‘risau’, Anwar masih lagi berhati-hati dengan strategi yang mungkin dibawa oleh pihak lawan. Anwar kena pastikan lompong politik yang ada mesti diisi dengan sebaiknya. Prestasi Fairus di Penanti pun sebenarnya ‘di bawah skala memuaskan’. Justeru, untuk memenangi semula hati pengundi yang panas hati dengan prestasi dan senyum kambing Fairus memang memerlukan kerja kuat.

Nasib baik, kes SPRM telah membebaskan Fairus - sekaligus membuktikan agenda ‘konspirasi dalaman’ PKR tidak menjadi. Fairus sebenarnya punya alasan kukuh untuk membuka segala cerita konspirasi dalaman yang ada. Nasib baik, Anwar cepat ‘neutralize’ Fairus dengan apa juga cara. Biarlah mereka sahaja yang tahu dengan ‘political bargaining’ dan politik air muka - Fairus. Anwar memang cekap bab ‘neutralizing’ orang ini.

Dr Mansor akan berada di dalam ‘mainstream’ politik Pulau Pinang jika menang di Penanti. Guan Eng sengaja menjolok media dengan statement kekecewaannya kepada PKR, sebagai asas untuk menampilkan ‘cerita’ di media perdana. Sudahlah tidak banyak yang dilakukan di Pulau Pinang - justeru, rakyat mesti disajikan dengan politik murahan pada setiap masa.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: