MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Mei 2009

Pemimpin PKR ada isu di hotel Jawi - Aminah

May 27, 09 4:59pm
Walaupun mendakwa menerima ugutan melalui telefon, Aminah Abdullah tidak mudah mengundur. Beliau malah terus menyerang PKR dengan mendakwa pemimpin kanan parti ada isu di sebuah hotel.

Calon bebas itu menambah, Bernama melaporkan, beliau akan membongkar satu peristiwa yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?" katanya, dikenali juga sebagai Kak Min.

"Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah," Aminah dipetik berkata selepas berkempen mengedar posternya dengan simbol kunci menjelang pilihanraya kecil DUN Penanti, Ahad ini.

Menurut agensi berita itu, Aminah berkata beliau telah memaklumkan kes Zahrain, sekarang ahli parlimen Bayan Lepas, kepada penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tapi tiada tindakan diambil. Saya ada faktanya," Aminah dilaporkan berkata.

Beliau diminta mengulas kenyataan Zahrain semalam bahawa PKR sedang menimbang tindakan undang-undang jika bekas pemimpinnya itu terus membuat pelbagai dakwaan terhadap parti itu.

Aminah menambah, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kerana beliau berada di pihak yang benar.

Mengenai ugutan yang dibuat oleh seorang pemanggil yang tidak
dikenalinya, Aminah menyifatkan orang itu sebagai pengecut kerana membuat panggilan ke telefon bimbitnya daripada pondok telefon awam.

"Kalau mereka berani, pakailah telefon yang saya boleh hubungi mereka balik. Apa nak takut pada Kak Min?" katanya.

Isnin lepas, Aminah mendakwa ditawarkan ganjaran RM80,000
dan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran jika
menarik diri daripada bertanding.

Jika berjaya mengalahkan calon PKR Mansor Othman, beliau mendakwa ditawarkan pula jawatan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang.

Aminah juga menafikan tuduhan dua wakil PKR, Cheah Kah Peng dan Lim Eng Nam, bahawa beliau memerangkap mereka untuk datang ke
rumahnya di Jelutong.

"Memang hubungan Kak Min dengan kedua-duanya adalah baik dan mereka selalu dijemput untuk datang makan di rumah atau apabila Kak Min membuat jamuan atau pada hari raya.

"Tetapi, pertemuan pada 13 Mei itu bukan Kak Min yang jemput
mereka, seorang daripada mereka yang menghubungi Kak Min," katanya.

sumber - malaysiakini

4 ulasan:

Nyahdotcom berkata...

salam nyahh..teruskan perjuangan mu wahai kak min.mak sentiasa berada di belakang kak min.lawan tetap lawan nyahh..bongkar mesti bongkar..dorang dah kecut tu nyahhh..tapi control ego je..auwww...after that buat statment macam orang bodoh pulak..eeii gerammm mak ni nyahh..salam perjuangan dari kami kaum nyah seMALAYSIA...

PAKMALAU berkata...

Masih kah kau ingat ???masihkah kau ngaaaat??? tak kan lupa kot dato'? dihotel Jawi?? ok Kak Min tolong bisik2 sikit kot dato' kita lupa!!

shahsin berkata...

Hidup Kak Min. Hapuskan lelaki dayus macam Abang Min

cik kiah berkata...

Auww nyah...

Aku sokong Kak Min.Meh kita sama2 vote Kak Min. Moga2 Kak Min beroleh kemenangan.Nanti senanglah nyah nak 'tembak' bang nuar.auw..