MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Mei 2009

Kes saman Anwar terhadap Dr M didengar 30 Julai

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff.

Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok.

Mahkamah Persekutuan pada 6 Jun membenarkan permohonan Anwar untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir adalah tidak sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.

Pada 23 Disember 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said mewakili Dr Mahathir.

sumber: Berita Harian Online


Tiada ulasan: