MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Mei 2009

Kenapa anak Nik Aziz tewas ?

KOTA BHARU: Nik Abduh Nik Abdul Aziz merupakan salah seorang yang berpengaruh dalam PAS namun beliau tewas dalam pemilihan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan minggu lalu.

Beliau yang juga anak tunggal kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz tewas ekoran penulisan kontroversi dalam blognya yang bertajuk 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS' baru-baru ini.

Dalam artikel tersebut Nik Abduh, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwa bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ekoran penulisan tersebut beliau dihukum, apabila perwakilan PAS memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman sebagai Ketua Pemuda PAS Kelantan yang baru.

Latiff memenangi jawatan tersebut dengan memperoleh majoriti 22 undi.

Ketewasan Nik Abduh yang juga ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat ditangan Latiff semakin jelas apabila ayahnya mengadakan sidang media sehari sebelum pemilihan parti Sabtu lalu.

Dalam sidang media tersebut, Nik Aziz mengkritik komen anaknya yang dikatakan telah menyebabkan perpecahan di kalangan ahli parti.

Nik Abduh yang kalah pada perebutan itu, menyifatkan kekalahannya adalah disebabkan kelantangan beliau bersuara dan menghasilkan beberapa tulisan yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu.

Perkara tersebut berlaku ketika Nik Aziz menunaikan umrah di Mekah.

Ekoran daripada penulisan kontroversi menerusi tulisan dalam blognya yang bertajuk 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas', mengakibatkan pelbagai reaksi dan kritikan dilemparkan segelintir pemimpin PAS terhadapnya.

Disebabkan tulisan kontroversinya itu juga beliau dihadapkan ke tribunal Dewan Ulama PAS Kelantan dan selain turut ditegur bapanya sendiri.

Bagaimanapun, Nik Abduh yang juga ahli Jawatakuasa PAS pusat berkata beliau akan terus mengkritik dalam blognya bagi menyedarkan ahli-ahli parti.

"Saya tewas kerana kritikan mengkritik menerusi blog dan saya perlu membayarnya dengan harga yang mahal. Saya harap barisan kepimpinan yang baru dipilih ini akan membawa Pemuda PAS ke tahap yang lebih tinggi,"katanya kepada pemberita sebaik keputusan pemilihan diumumkan.

Sama seperti ayahnya,beliau yang berusia 39 tahun ini dilihat sebagai seorang pemimpin yang suka menyendiri dan kurang mendampingi masyarakat.

Karier politik Nik Abduh dilihat agak malap jika walaupun ramai yang menjangkakan beliau bakal menyerlah kerana pengaruh yang dimiliki oleh ayahnya.

"Saya percaya Nik Abduh tewas kerana kenyataan yang dibuat oleh ayahnya sendiri," kata seorang perwakilan yang enggan dikenali.

"Ia menunjukkan Nik Aziz tidak senang dengan tulisan anak lelakinya itu.

"Lebih memburukkan keadaan, calon Ketua Pemuda PAS Kelantan, zaki Ibrahim secara tidak langsung telah mengkritik Nik Abduh berikutan pertembungan antara proulama dan kumpulan Erdorgan menjelang pemilihan parti.

"Ini menunjukkan demokrasi masih wujud dalam PAS dan tidak kira sama ada anda anak seorang ulama yang berpengaruh atau tidak," katanya.

sumber - mstar


Tiada ulasan: