MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mei 2009

Kemelut laga kepimpinan PAS, Anwar terlibat - Setiausaha PAS Kelantan




KOTA BHARU – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan kesal dengan sikap golongan tertentu di dalam parti berhubung isu cadangan membentuk kerajaan perpaduan dengan meletakkan kesalahan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.


Takiyuddin berkata, golongan berkenaan sepatutnya turut melontarkan rasa ketidakpuasan hati berhubung isu tersebut kepada Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jangan hanya persoalkan Presiden tetapi tanya juga Anwar. Cadangan itu diputuskan secara bersama oleh pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat. Bukan cadangan Pas sahaja.

“Anwar juga ada bersama Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din sewaktu memberikan penerangan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu beberapa bulan lepas,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sehubungan itu beliau turut mempertikaikan sikap golongan tertentu yang hanya menyerang Presiden dan Timbalannya berhubung isu pembentukan kerajaan perpaduan.

“Anwar turut terlibat dalam hal ini. Jadi serangan itu tidak boleh diletakkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden sahaja.

“Nasharuddin hanya menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Timbalan Presiden. Beliau melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan itu juga membidas sikap golongan itu yang tidak membincangkan isu tersebut dalam mesyuarat rasmi dan hanya bercakap di belakang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya wujud soal keraguan di kalangan ahli dan pemimpin parti itu tentang ‘hubungan sulit’ Pas-UMNO sebelum ini.

Mohd Amar berkata, soal keraguan yang menjadi asas untuk Husam menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden itu tidak pernah timbul.

Husam sebelum ini membayangkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang ‘hubungan sulit’ Pas-UMNO berikutan itu, Dewan Ulama Pas menegaskan bahawa dua jawatan tertinggi parti, Presiden dan Timbalan Presiden mesti disandang oleh golongan ulama.

Takiyuddin berkata, golongan terbabit sepatutnya lawan orang yang mencetuskan isu tersebut dan bukannya menyerang Nasharuddin.

“Nik Aziz dalam amanatnya kepada pemimpin Pas sebelum menunaikan umrah berkata, jika kita nak tukar pemimpin yang dah ada kita kena tanya diri kita apakah kita mempunyai lebih keistimewaan atau kelebihan berbanding pemimpin yang sedia ada. Adakah kita mampu buat lebih daripada beliau,” katanya.

Sambil menyokong kenyataan Mohd Amar dan Dewan Ulama supaya dua jawatan tertinggi itu kekal disandang oleh golongan ulama bagi memastikan Pas tetap dengan asas perjuangan asalnya, Takiyuddin berkata, walaupun ia tidak tercatat dalam perlembagaan parti namun ia tetap dilaksanakan.

Katanya, situasi itu dalam bahasa undang-undang ia disebut sebagai ‘convention’ dan ia suatu benda yang diterima walaupun tidak tercatat dalam perlembagaan dan juga tidak boleh dipertikaikan oleh mereka yang waras.

Menurut beliau, Muktamar Pas tahun 1982 membuktikan golongan ulama telah membawa kejayaan kepada Pas, jadi kenapa perlu ditukarkan ulama?

“Sekiranya ia ditukar Pas akan jadi sama dengan parti lain yang dikuasai oleh golongan profesional. Tidak bermakna golongan profesional tidak menerajui Pas. Sebenarnya sudah ada campuran dalam kepimpinan Pas.

“Kita lihat dua daripada tiga pemegang jawatan Naib Presiden adalah bukan ulama. Ini telah membuktikan Pas juga diterajui oleh golongan profesional. Cuma jawatan Presiden dan Timbalannya sahaja perlu diterajui oleh golongan ulama,” katanya.




2 ulasan:

Cheguman berkata...

Bukankah dulu PAS mendakwa ulama' lebih berhak menjadi pemimpin? Jika ulama' nak digandingkan dengan umara' maka UMNO sudah lama melaksanakannya!

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Apa sudah jadi dengan Puak Laknattullah ini? Sesat dan jahilnya mereka.

Apabila selesai jenazah dimandikan maka ketika hampir siap untuk dikafankan jenazah ini, bangunlah seorang muslimah PAS pergi ke arah mayat dan memasukkan sesuatu berbentuk syiling 50 sen dan berlogo PAS ke dalam mulut mayat dan diletakkan dibawah lidah.

Selepas memasukkan benda itu, dia terus berucap dihadapan seluruh muslimin dan muslimat di depannya sambil memberitahu bahawa mayat ini tidak akan disoal oleh mungkar-nangkir tetapi akan terus dibawa Allah ke syurgaNya kerana mayat itu semasa hidupnya mengundi PAS dan logo di dalam mulut mayat tadi sebagai bukti dan penjaminnya.

Mengucap panjang Pak R dan sedih dia melihat orang PAS sudah sesat seteruk itu.

Dia mengakui bahawa Nik Azizlah bapa segala kesesatan ini.