KUALA LUMPUR: Menurut satu kajian pendapat umum yang dijalankan oleh Gallop Polls Malaysia (GPM) di Lembah Kelang semenjak 3 bulan lepas menunjukkan pengaruh Anwar Ibrahim telah semakin berkurangan.
Keadaan tersebut dapat dilihat kepada jumlah keahlian PKR yang semakin merosot mutakhir ini terutama selepas kejatuhan Kerajaan PR di Perak. Nizar dikatakan telah terlalu overkills peranan PR dan PAS di negeri tersebut dengan sikap kasar, bongkak dan terburu-buru, dan tindakan bodoh menganjurkan siri demonstrasi jalanan, kekecohan di DUN dan ceramah politik (road show) mengutuk kerajaan BN di seluruh negara.
Rakyat telah mula menerima hakikat bahawa PR di Perak cuma menguasai 28 kerusi berbanding UMNO 27, MCA 1 dan Bebas 3 (jumlah 31) seterusnya diperkenankan oleh DYMM Sultan membentuk kerajaan baru berkuatkuasa Februari 2009. Semasa kerajaan PR yang terdahulu, PAS ada 6 kerusi DUN, sementara PKR 7 dan DAP 18.
Selepas peralihan kuasa, kerusi yang dimiliki PKR telah berkurang menjadi 5 dan DAP pula tinggal 17. Jelas yang terdesak dan tertekan bukan UMNO-BN tetapi PAS, PKR dan DAP, kenapa Nizar tergamak ke jalan-jalan raya memperalatkan ahli-ahli PAS? Benarlah bahawa Nizar Boneka DAP dah jadi sasau...!
Kajian menunjukkan Anwar 'tiket' DAP, PKR dan PAS untuk berkuasa dan bertakhta di Putrajaya semakin meleset selepas kegagalan Projek 916. Kecuali Zaid Ibrahim, Anwar ternyata berbohong apabila tidak seorang pun MP dari UMNO dan BN yang diwawarkan melompat parti menyokong PR.
Jika perkara sebesar ini pun Anwar boleh bercakap bohong, jangan harap PR mampu melaksanakan Manifesto Pilihanraya 2008 yang dianggap sebagai penipuan terbesar terhadap pengundi (golongan elektorat) di Malaysia. BN kekal dengan 140 majoriti di Dewan Rakyat dengan UMNO secara solo menguasai 89 kerusi MP berbanding gabungan PR yang diwakili oleh 72 orang MP 'clowns' dan pandit politik seperti Anwar sendiri, anaknya Ezah, Karpal Singh and Son, Gorbind Singh Deo dan Lim Kit Siang and Son, Lim Guan Eng.
Kita tunggu keputusan PRK di Manik Urai Julai 14 2009. Jika BN menang atau berjaya menambah bilangan undi, PR perlu segera ditalkinkan kerana perkongsian tidak bijak antara PKR, DAP dan PAS itu sebenarnya hanya tambah mencelarukan suasana politik dan tambah merugikan kepentingan orang Melayu.
Jalan keluar paling selamat untuk tidak terus berpolimik ialah PAS segera bergabung dalam BN, bukan sebagai penumpang tetapi selaku rakan kongsi utama. Jika mahu mereka boleh terus memerintah Kelantan dan Kedah jika rakyat masih mahu!
sumber - demokratgroupmalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan