MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Mei 2009

Hadi kekal presiden, 5 calon timbalan, 16 calon naib

Abdul Rahim Sabri | May 16, 09 12:04pm
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.


Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu.

Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.

Satu lagi kawasan - Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan - mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden.

Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.

Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasaruddin Mat Isa.

Empat lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu.

Nasaruddin, Abdul Razak, Dr Harun turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohd Sabu dan Ahmad Awang.

Sepuluh lagi calon naib presiden ialah:

1. Datuk Hasan Ali
2. Idris Ahmad
3. Datuk Kamaruddin Jaffar
4. Datuk Mahfuz Omar (ahli Parlimen Pokok Sena)
5. Nik Mohd Amar Nik Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan)
6. Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar).
7. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak)
8. Salahuddin Ayub (MP Kubang Krian)
9. Taib Azamuddin (MP Baling)
10. Datuk Ibrahim Tuan Man

sumber - malaysiakini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HAII CIK KIAH. RASA2 PUAK ERDOGEN BOLEH LEPAS KE PEMILIHAN KALI NI? TENGOK DR SENARAI PENCALONAN, BOLEH TAHAN JUGAK!. ANWAR BERDEBAR2 KAT RUMAH TUNGGU KEPUTUSAN AYAM TAMBATAN DIA SI HUSAM MASAM!. KLU HUSAM BEJAYA PAS DLM BAHAYA. KLU X ANWAR CAN SAY GUD BYE!

Unknown berkata...

Yezza Jeff...

Kalau puak Erdogan berjaya dalam PAS agak bagus jugak.Biar PAS bukak mata & minda.Jangan hanya gilakan kuasa & pangkat,matlamat perjuangan entah ke mana.Jangan nanti dikatakan hanya gunakan perkataan ISLAM untuk tarik undi Muslim.Juga jangan jadi macam Parti Keadilan Turki...Hamba Amerika!!!