MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Mei 2009

Ezam tidak terkejut dakwaan Aminah..

Ketika PKR terus ding dong pasal dakwaan tawarkan habuan wang ringgit dan jawatan kepada calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, bekas orang kuat parti itu, Ezam Mohd Nor tidak terkejut jika cerita itu benar.

Malah beliau mendakwa perbuatan itu sudah jadi budaya dalam PKR dan stail Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bebas hukuman penjara dan kembali memimpin parti itu.

“Tawar duit, tawar pangkat..itu cara Anwar. Itu (dakwaan Aminah) hanya contoh kecil sedangkan banyak lagi perkara serupa dia buat untuk capai tujuannya,” kata bekas Ketua Pemuda Keadilan itu kepada Agendadaily Selasa.

Senang cakap kata Ezam, cara itu bukan asing pada Anwar malah sejak dulu lagi ketika berjawatan dalam kerajaan beliau dikatakan sudah bersikap demikian.

“Cuma dulu kalau bagi dia kata reward bukannya rasuah. Saya percaya mereka akan nafikan dakwaan calon Bebas tersebut dengan macam-macam helah,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar menolak parti yang sanggup jual prinsip dengan membeli maruah orang lain seperti didakwa Aminah

sumber - agendadaily.com


2 ulasan:

Cheguman berkata...

penyokong PKR kat bawah-bawah tak tau...

acap berkata...

ak pon x terkejut kalu ezam x terkejut hal nih. ezam = freak