MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Mei 2009

Elak Tuan Guru Ustaz Haji Hadi jadi Presiden boneka kumpulan Erdogan

Oleh: ROSLAN BIAN

Banyak pihak terus buat andaian kumpulan ulama bakal meneruskan kesinambungan kepimpinan dalam PAS sebaik sahaja Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan Presiden parti itu.

Hadi disahkan menang tanpa bertanding apabila mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan PAS yang selesai bermesyuarat dan ianya adalah penggal ketiga berturut-turut Hadi dipilih ke jawatan itu.

Namun dikalangan pemimpin dan ahli PAS, mereka semakin bimbang kerana percaya keputusan itu yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali, Sabtu tidak menggambarkan andaian kemenangan kumpulan ulama.

Ini kerana sudah ada desas desus bahawa Hadi memang sengaja dikekalkan manakala jawatan-jawatan lain akan menyaksikan perebutan sengit dengan adanya usaha mengenepikan kumpulan pemimpin ulama yang dilihat rapat dengan presiden parti itu.

Sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa dalam senarai ahli jawatankuasa PAS Pusat ketika ini, sebilangan mereka bukanlah kumpulan yang dilihat dapat bekerjasama dengan Hadi.

Sumber PAS memberitahu Agendadaily, ini dapat dilihat apabila Hadi jarang dapat membuat keputusan berkaitan parti kerana kurang sokongan diperingkat jawatankuasa.

Dalam erti kata lain, beliau sukar menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan kerana ada anasir lain yang dikatakan turut mempengaruhi jawatankuasa ini.

Sebagai contoh, sebagai Presiden beliau sepatutnya boleh membuat keputusan meneruskan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO ataupun Barisan Nasional (BN) tetapi tanpa sokongan peringkat jawatankuasa, Hadi seperti diawang-awangan.

Walaupun timbalannya Nasharudin Mat Isa dikatakan orang kuatnya serta beberapa pemimpin ulama yang lain dilihat menyokong cadangan kerajaan perpaduan, tetapi kuasa mereka berdua tidak boleh melaksanakan usaha itu.

Ada ahli jawatankuasa Pas Pusat ini bukan semuanya memahami hasrat Hadi atau konsep wala’ yakni patuh pada pemimpin sebaliknya mereka dikatakan sudah diresapi pengaruh kumpulan Erdogan yang pro-Anwar.

Sebab itulah, walaupun Hadi kekal sebagai Presiden, kedudukan sama ada kumpulan ulama terus menerajui PAS bergantung kepada barisan timbalan, naib presiden dan jawatankuasa yang akan dipilih perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS ke 55 , awal Jun ini.

Tumpuan pasti kepada Nasharudin yang akan mempertahankan kedudukan dan bakal berdepan dengan empat tokoh PAS yang ada pengaruh dan kekuatan masing-masing.

Mereka ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din, dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, pertarungan sebenar dikatakan antara Nasharudin dengan Husam yang sudah mengakui bersahabat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menumbangkan UMNO walaupun beliau menafikan pro-Anwar.

Menurut sumber itu lagi dengan 70 pencalonan timbalan presiden PAS itu jelas masih mendapat sokongan berbanding calon-calon yang tawar diri termasuk Husam.

Malah, sehingga kini Husam belum membuat kata putus untuk bertanding atau tidak kerana masih menunggu ‘signal’ boleh menang atau tidak jika masuk gelanggang.

Selain Nasharudin, pemimpin dan ahli PAS yang mahu parti itu terus dikuasai kumpulan ulama boleh bergantung harap kepada Dr Harun dan Azizan jika keputusan tidak memihak kepada Nasharudin.

Di peringkat naib presiden pula, ianya merupakan sejarah apabila 16 lagi layak bertanding jawatan itu termasuk tiga penyandang jawatan Ahmad Awang, Mohamad Sabu, dan Husam Musa.

Tiga belas calon lain ialah Azizan, Datuk Dr Harun Taib, Datuk Dr Hassan Mohd Ali, Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Amar.

Turut dicalonkan Mujahid Yusof Rawa, Nasharudin Mat Isa, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Taib Azamuddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jika Husam tidak melompat untuk ke jawatan timbalan, beliau dijangka menang mudah mengekalkan kedudukan tetapi Ahmad Awang dan Mohamad Sabu terpaksa melalui saingan getir.

Pencabarnya pasti Ir Mohamad Nizar, Kamaruddin, Salahuddin dan Mahfuz.

Sekiranya ahli mahupun kumpulan ulama kekal, Dr Hassan, Tuan Ibrahim, Taib Azamuddin dan Nik Mohamad Amar serta Salahuddin dilihat lebih berpeluang.

Walaupun Mohamad Nizar dikatakan calon popular, beliau dijangka menarik diri kerana sedang berdepan kes-kes mahkamah ekoran krisis Perak yang dilihat akan memberi kesan berterusan kepada PAS.

Lagipun ada cakap-cakap beliau bukanlah pemimpin yang satu barisan dengan Hadi malah lebih banyak merujuk kepada Husam.

Beliau sepatutnya bertanding di peringkat jawatankuasa sahaja tanpa perlu terus melompat ke jawatan lebih tinggi berdasarkan popularitinya.

Bagaimanapun, tumpuan juga kepada Nik Mohamad Amar yang disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Jika sebelum ini, Mursyidul Am PAS itu kerap merujuk kepada kepimpinan ulama profesional, pemimpin dan ahli PAS melihat kenyataan terarah kepada Nik Mohamad Amar yang berpendidikan tinggi pengajian Islam.

Dalam pada itu, seramai 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Apapun perwakilan PAS pasti cukup bijak dalam menentukan hala tuju perjuangan parti itu yang dilihat banyak pihak sudah mulai terpesong sebaik sahaja menjalinkan hubungan dengan PKR dan DAP.

Mereka harus menolak kumpulan Erdogan daripada menguasai parti yang kelak akan menjadikan Hadi hanya sebagai Presiden ‘boneka’ kumpulan terbabit.

Dalam pada itu, seramai 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara dan bagaimanapun 137 kawasan yang menghantar pencalonan bagi semua jawatan tertinggi dalam parti.

Kira-kira 1000 hingga 1100 perwakilan akan menghadiri muktamar berkenaan.

sumber: Agenda Daily

Tiada ulasan: