MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Mei 2009

Dr. Mohd. Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam



Oleh ZIEMAN, Mstar, online

MOGOK lapar selama 72 jam yang bermula semalam, menurut bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, bertujuan menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak (mengundi) dikembalikan kepada rakyat.

Dr. Mohd Asri ketika ditanya apakah hukumnya bagi seorang muslim yang menyertai mogok lapar menjawab:

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.


"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya Dr. Mohd Asri yang kini berada di Lampeter, United Kingdom menerusi emel.

sumber - mstar


4 ulasan:

ladybird berkata...

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

Nizar...nizar...nama je ada Ir. tapi tak cerdik rupenya...

shahsin berkata...

Dari Melayu Baru ke Malaysia Baru sekarang dah Melayu di hina Islam di pijak kerana ikut nafsu inging bersama DAP

NORA berkata...

salam semua,

dari awal2 lagi memang sudah ketara nampak ketidakcerdikan nizar. dari dia menandatangani PP2 demi tunduk pada DAP, hinggalah pelbagai kontroversi yang ditimbulkan dari hari ke hari ... seronok cina2 totok berMBkan Melayu bodoh yang boleh dipijak2 sesuka hati mereka. Kasihan Nizar... yang pastinya org2 Cina bertepuk tangan dan bersorak ..tanah dapat, jawatan dapat, tak perlu nak baring2 atas jalan, tak perlu nak mogok lapar, goyang kaki. Baca surah tak betul pon mereka tepuk tangan macam monyet sarkas. Yang bodoh Nizar dan pengikut2 Melayu Islamnya. iskkk iskk iskkk

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Aduh... laparnya perut. Ni baru 57 jam 50 minit. Nak mogok lapar 72 jam... Tak boleh makan lagi ni. Belum masuk WAKTU lagi....