MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Mei 2009

Bersediakah Perak diperintah DAP ?

SEMASA Anwar Ibrahim memujuk Ahli Parlimen BN untuk lompat parti pada September 16 2008 bagi menubuhkan kerajaan baru kononnya, itu tidak mengapa, kononnya negara ini demokrasi dan sesiapa sahaja berhak untuk memilih, apabila ADUN Bota, Nasaruddin lHashim melompat ke PKR, mereka kata lompatan itu tidak salah dari segi undang-undang tetapi apabila 3 wakil rakyat mereka lompat bersama ADUN Bota yang kembali semula kepada UMNO tiba-tiba mereka mahu bubarkan Dewan Undangan Negeri dan menuntut supaya diadakan semula piliharaya dan mempersoalkan serta menuding bahawa wakil rakyat tersebut melanggar etika parti dan tidak sepatutnya menikam parti dari belakang.

Krisis politik di negeri Perak tidak akan jadi begini jika pakatan pembangkang adalah kumpulan ahli politik yang bersifat berani dan matang. Apabila mereka menyedari sudah tidak lagi mempunyai majoriti untuk memrintah negeri, sepatutnya dengan berlapang dada mereka mengundurkan diri secara terhormat dan tidaklah perlu menipu rakyat negeri dengan mengatakan tidak tahu bahawa tiga wakil rakyat mereka sudah tidak lagi menyokong kerajaan yang sedia ada.

Namun malangnya bila semua ini gagal dan penipuan mereka terbongkar . mereka memilih untuk memberontak, menderhaka kepada Sultan, menghina mahkamah,dan memecat sesiapa sahaja dengan sewenang wenangnya. Tindak tanduk dan asas hujah Pakatan Pembangkang Perak penuh diwarnai dengan tipu helah, putarbelit fakta dan permainan persepsi yang tidak konsisten dari satu masa ke satu masa. Perbuatan buruk mereka ini perlu didedahkan untuk difahami dan diyakini oleh orang ramai, ahli UMNO dan rakyat Malaysia tentang usaha DAP yang sebenarnya dilihat mahu meng`republik’ kan Malaysia.

Kemelut di negeri Perak berlaku kerana pihak Pakatan Rakyat terutama DAPnya dan Nizar berdegil dan enggan menerima realiti bahawa bila hilang majoriti hilanglah kuasa memerintah. Dalam amalan politik demokrasi, kuasa memerintah diberikan kepada pihak yang mempunyai paling banyak kerusi di Dewan Perundangan, tak kira Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kedudukkan Nizar sebagai Menteri Besar yang dilantik Sultan. Bila menang, tentu mereka bersorak. Tetapi bila kalah, pelbagai helah, bangkangan dan tuduhan mereka akan buat.

Elok kita rungkaikan dulu penipuan besar pihak pembangkang berkenaan persidangan DUN Perak pada Mei 7hb Khamis lalu. Kata mereka, prinsip pengasingan kuasa antara cabang-cabang kerajaan - Eksekutif, Penggubal Undang-Undangdan Mahkamah - dan Institusi Raja dalam semangat Perlembagaan Persekutuan harus dihormati.

Jika diamati betul-betul, bukankah saman Nizar terhadap Zambry adalah satu tindakan meminta mahkamah mencampuri bidang kuasa DYMM Sultan Perak dalam hal-hal pembubaran DUN dan perlantikan MB?

Dalam perkara ini, boleh pula mereka akui peranan mahkamah dalam mengadili persoalan-persoalan Perlembagaan. Samada keputusan mahkamah dihormati itu tidak pasti. Apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka, mereka selalunya akan berdegil dan engkar dengan keputusan mahkamah seperti Sivakumar yang menghalang Zambry dan beberapa orang ADUN untuk berada dalam DUN walaupun mahkamah memutuskan mereka layak menghadiri sidang DUN.

Mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar menggantung MB yang dilantik Sultan dan 6 orang Exco serta 3 ADUN bebas, mereka berhelah pula mengatakan keputusan mahkamah tidak wajib dihormati. Semasa DUN bersidang pada Mei 7hb, Speaker tidak langsung mempedulikan keputusan mahkamah. Sivakumar menghina mahkamah tapi mahkamah buta dan langsung tidak mengambil tindakan.

Sivakumar mengatakan kuasa Speaker adalah absolut dan mutlak hingga tidak boleh dipersoalkan langsung. Mana pula kata mereka selaman ini yang sering mewar-warkan mengenai perlu ada "check and balance" dalam sistem kerajaan? Adakah memberi kuasa mutlak tanpa "check and balance" itu selari dengan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Yang pastinya, Speaker tidak memahami ruang kuasanya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Sivakumar juga tidak memahami dimana kedudukkannya dalam struktur kerajaan negeri Perak.

Kuasa Speaker hanya khusus dalam memastikan perjalanan persidangan itu dijalankan dengan aman dan lancar menurut peraturan dan undang-undang seperti yang ditugaskan oleh DYMM Sultan Perak.

Terfikirkah, jika Speaker tidak langsung percaya mahkamah boleh masuk campur dalam hal DUN, mengapa perlu pihaknya menghantar sepasukan Peguam untuk menjawab tuntutan pihak MB, 6 exco dan 3 ADUN bebas untuk mengetepikan keputusannya?

Ini menunjukkan mahkamah ada peranan dalam menginterpretasi dan membuat keputusan dalam perbezaan pendapat (dispute). Keputusan mahkamah sebagai pihak yang berkelayakkan haruslah dihormati dan diakur.

Tetapi tidak, pihak anarkis ini hanya menghormati keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka. Manakala apabila keputusan mahkamah tidak berpihak, mereka engkari. Lebih teruk lagi, mahkamah dihina, dicerca dan dituduh berat sebelah.

Kalaulah betullah pengasingan kuasa dari cabang-cabang kuasa itu mutlak, kenapa untuk Nizar dilantik MB, perlu terpilih jadi ADUN? Bukankah itu mencampuraduk Eksekutif dan Penggubal Undang-Undang yang bermakna melanggari semangat Perlembagaan Persekutuan?

PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU

Memang PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia?

Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam sama seperti ahli PAS (langsung tidak berbeda), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Cina dan sedikit Melayu Celup serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama? Apakah ini mengambarkan kebijaksanaan PAS dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat Melayu dan Islam dalam negara ini?

PAS seharusnya dapat melihat sikap chauvinis dan perkauman yang sebenar diperjuangkan oleh DAP sejak tertubuhnya parti ini. Sehingga ke hari ini perjuangan DAP itu berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan Perak, walaupun di Perak Menteri Besarnya dari PAS. namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS menjadi boneka atau patung semata-mata.

Kalau PAS melihat Melayu dan Islam itu lebih penting kepada perjuangan mereka, alangkah indahnya andai timbuil kesedaran dalam diri pimpinan PAS yang mengaku Melayu dan Islam ini bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tini sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut.

Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang secara terang memusuhi Islam dan memperkecil serta memperlekehkan hudud. Yang selama ini juga berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini,merendah-rendahkan mratabat bangsa Melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?

Atau mungkinkah PAS telah berpatah arang, berkerat rotan dengan UMNO? Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil Melayu boleh kecundang dalam kancah politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, kini Melayu menggigit jari dinegeri tersebut. Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan tetapi malangnya kan sebarang makna kepada kesinambungan kuasa tamadun Melayu dalam negara ini kerana bukan Nizar yang menang tetapi DAP.

PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.

Dimana bijaksananya kepimpinan PAS dalam soalseperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka bagaikan tidak peduli tentangkesan buruk yang bakal menimpa bangsa dan agama mereka. Mereka seperti rela menjadi yang menang sorak tapi biarkan kampung tergadai.

Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang dimaksudkan diatas dan merelakannya demi kepentingan kuasa politik yang dinikmati bertahun-tahun.

Beliau benar-benar menganggap DAP adalah rakan baik di Perak tanpa menyedari bahawa Perak bakal jatuh ketangan DAP jika DUN dibubarkan dan diadakan Pilihanraya semula.

Adakah PAS sedar, DAP telah berjaya mempunyai wakil Melayu? Jika pilihanraya diadakan semula dan andaikata majoriti kerusi DAP memenangi lebih daripada PRU12 yang berpihak kepada DAP, adakah Nizar diperlukan lagi dengan adanya wakil Melayu yang berpaksikan DAP? .

sumber - malaysia hari-ini

Tiada ulasan: