MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Mei 2009

Bekas Keadilan tawar diri calon bebas di Penanti



PULAU PINANG, 9 Mei -- Aminah Abdullah, yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, menolak tanggapan bahawa calon yang tidak mewakili sebarang parti politik tidak boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

Beliau berkata perkhidmatan kepada masyarakat memerlukan keikhlasan serta kesungguhan dan bukan dibuat secara terpaksa, mencari populariti atau mahukan nama.

Ketika ditemui Bernama di sini hari ini, beliau berkata wakil rakyat seharusnya berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat, bukan menggunakan status itu untuk mencari populariti dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Ditanya apakah beliau boleh memikul tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk Penanti memandangkan beliau bukan berasal dari kawasan itu, Aminah, 56, anak kelahiran Air Itam di sini berkata itu bukan alasan untuk beliau tidak memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

"Saya mempunyai ramai kenalan dan saudara di sana dan mereka juga sudah mengenali saya ketika saya aktif sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) negeri. Kekurangan sumber juga bukan satu halangan bagi saya sebab saya dah biasa berjuang melalui NGO, yang sememangnya dalam keadaan serba kekurangan," katanya.

Ibu kepada empat puteri berumur antara 13 tahun dan 25 tahun itu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2007 setelah merasakan perjuangan parti itu tersasar jauh daripada landasan awal penubuhannya sekitar tahun 2000.

Sebagai orang yang menjadi antara pengasas dan pejuang KeAdilan di Pulau Pinang, beliau melihat perjalanan PKR kini sudah tidak lagi sama seperti dahulu dan kunci utama parti itu iaitu keadilan sudah tidak ada lagi dalam parti berkenaan.

"Kalau keAdilan masih ada dalam parti itu maka pilihan raya kecil ini tidak akan berlaku," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan setelah wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu pada 16 April lepas kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mei sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei ini untuk pengundian jika terdapat pertandingan.

sumber - bernama

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SY SETUJU KLU KITA ANTAR CIK KIAH JD CALON DI PENANTI SB CIK KIAH TEGAS, BERKALIBER PULAK TU..ADA CIRI2 SEMANGAT SERIKANDI TUN TEJA HEHE..AMCM CIK KIAH?..ADA BRANI? :-D

Unknown berkata...

Adoiii..sabor je la..hihi

Masalahnya cik kiah ni tak cukup umur lagi nak bertanding

Insyaallah kalau dah cukup umur nanti, akan keluarlah nama cik kiah

Orang pertama yang mesti undi saudara Jeffri...amacam ada setuju ka??

ladybird berkata...

Hahahhaha Jeffry...setuju...setuju...

Pelik ek, dulu jadi orang kuat anuwar sekarang nak jadi calon bebas lawan calon pilihan anuwar....ape kes ni? Sapa boley jawab?

Tanpa Nama berkata...

ALA CIK KIAH NI. ZAMAN SKRG NK BERTANDING TAK PAYAH PAKAI2 UMO LG. JANJI PETAH, GARANG DAN JGN LUPA BWK SPRAY PEMEDIH MATA. HEHEH

KLU KES PSL LWN BALIK BOS LAMA TU BAGUS JUGAK LADY. ITU LA NAMANYA DEMOKRASI HEHE. INI SEMUA KES TAK PUAS HATI LA NI. BOS BUAT PERANGAI MENGATAL SAPE BLH TAHAN??..KASI LWN SAMA DIAAA!! HUHUHU (SB TU NK SGT TENGOK CIK KIAH LIBAS TENGKOK ANWAR)

Unknown berkata...

Iskh..iskh..kena ikut peraturan nanti tak pasal2 si proksi anwar menang tanpa bertanding di atas sebab2 teknikal. Rugi tu..

Haa Jeffry,bukan setakat nak libas tengkok anwar jer,nak libas 'anu' nya sekali kasi putus.Jangan dok sosedap ati nak liwat punggung orang pastu tak nak mengaku.Cantas bagi tak tumbuh seumur hidup baru dia tau seksanya...

Tanpa Nama berkata...

HUHUHU CANTAS CIK KIAH JGN X CANTASS. KLU DI BIARKAN BLH MENDATANGKAN PENYAKIT MERBAHAYA NANTI. BLUM PUN H1N1 ABIS DAH TIMBUL LG SATU BALA PULAK! HEHEHE