MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Mei 2009

Azmin Ali hina wanita atas dasar akidah PKR


KHALID ABDULLAH, malaysia aktif

Akidah songsang PKR membuat kepimpinan mereka terasa lebih suci daripada semua yang lain. Akidah perjuangan PKR jelas terpampang dengan terpaculnya kata-kata menghina dari mulut Timbalan Presiden parti tersebut, Azmin Ali yang sanggup melupai adab Melayu apabila ada sesiapa berani mendedahkan kesalahan dan kesilapan mereka.

Apakah akidah perjuangan PKR? Akidah mereka mudah: ‘`Kami tak pernah salah.'’

Mereka berpegang terhadap tunjang kepercayaan ini tanpa kompromi dan ia dijadikan satu elemen wajib, satu rukun kepada khutbah politik mereka. Malah adalah wajib kepada setiap penceramah PKR untuk menyatakan apa saja pendedahan keburukan dan pekung parti adalah mainan politik kotor Barisan Nasional.

Berlandaskan akidah ini, Azmin Ali telah menghina dan mencerca Aminah Abdullah, calon bebas pilihanraya kecil DUN Penanti, dengan melabel beliau sebagai ‘wanita ronggeng’.

Apakah bukti Azmin bahawa Aminah mempunyai akhlak yang rendah dan suka berpoya-poya dengan lelaki?

Mengapa pihak Dewan Muslimah PAS, Wanita PKR dan DAP tidak melompat marah apabila mendengar Azmin menghina seorang perempuan yang berani menegakkan kebenaran?

Jawapan kepada kedua-dua solan itu adalah mudah: `‘Kami tak pernah salah.''

Sikap yang sama dipamerkan ketika berbincang permasalahan di Perak – Kata mereka menggulingkan kerajaan persekutuan dengan cara lompat parti adalah cara yang betul tetapi apabila tiga wakil mereka berubah fikiran maka segala perkataan kotor dilemparkan ke arah mereka bersma dengan tuduhan mainan politik kotor BN.

Tindakan refleks mereka apabila berdepan dengan kelemahan ialah menuding jari, seolah-olah ia mampu menghalau hantu.

Inilah pentingnya kita menggariskan akidah perjuangan yang betul sebelum masuk ke medan perang.

Jika akidah perjuangan PKR benar-benar untuk menegakkan keadilan, sudah tentu mereka berterima kasih kepad Aminah kerana memberi amaran awal terhadap kanser korupsi dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan ahli dan kepimpinan mereka.

Tetapi jika akidah perjuangan mereka adalah ‘kami tak pernah salah’, maka sudah tentu menjadi tanggungjawab setiap ahli dan pemimpin mereka untuk memaki hamun dan mencerca setiap individu atau kumpulan yang berani menyatakan terdapat kekurangan dan kepincangan dalam PKR. Mereka yang mendedahkan pekung PKR dianggap sebagai menyerang akidah perjuangan parti.

Berbekalkan akidah tersebut, maka Azmin percaya beliau bertindak betul dan berani sebagai pejuang yang mempertahankan akidah parti.

Akidah ini menjanjikan satu kerajaan yang tidak akan mendengar sebarang kritikan dan pembangkang.

Sebagai parti yang baru setahun jagung, akidah ini sudah tentu akan merosakkan mereka dan masa depan sistem dua parti negara ini.

sumber- malaysiaaktif


5 ulasan:

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Kita dituntut agar sentiasa bertaubat kerana dgn taubat itu kita akan sentiasa ingat siapa kita, dimana kita berada dan apa tugas kita di dunia ini.

Walau sealim mana sekalipun kita, kita harus akur bahawa kita bukannya maksum untuk terlepas dari godaan dan hasutan syaitan dan iblis.....Harus diingat bahawa si iblis laknatullah itu diusir keluar dari syurga hanyalah kerana sikap ego,sombong dan bangga dirinya. Jauhilah kita dari sikap2 ini.

Wallahu'alam.

Truth prevails berkata...

Seperti anak yang baru dilahirkan, ibu bapa yg mencorakkan warna2 kehidupan kanak2 tersebut, begitulah juga dgn sesebuah pertubuhan atau party politics, kepimpinan melalui teladan..now,apakah contoh kepimpinan yang boleh dikatakan bagus dari party pembangkang, khasnya lately...yang boleh dijadikan contoh teladan?? ZERO..well, don't get me wrong,lain2 party pun buat silap dan seharusnya spt kata saudara kita diatas td bahawa manusia tak lepas dr membuat kesilapan, namun MEMPERAKUI akan kesilapan dan CUBA MEMPERBAIKI apabila ditegur adalah sifat2 yang dituntut..bukannya melenting dan menyalahkan ornag lain apabila pekung dibuka.....

~~apples don't fall far from it's tree....:)

Unknown berkata...

Azmin lagi teruk jual bini kasi bro Anwar main di Bangsar. Tilam ke mahkamah untuk membuktikan DNA diman air mani Anwar dan air puki Shamsidar bertemu di atas tilam. Azmin cuba menafikan kerana kejar harta dan kekayaan di dunia. Tengok diri sendiri sebelum mengaib orang lain

Unknown berkata...

Azmin lagi teruk jual bini kasi bro Anwar main di Bangsar. Tilam ke mahkamah untuk membuktikan DNA diman air mani Anwar dan air puki Shamsidar bertemu di atas tilam. Azmin cuba menafikan kerana kejar harta dan kekayaan di dunia. Tengok diri sendiri sebelum mengaib orang lain

Shah berkata...

Gambar Azmin & Shamsidar adalah satu kepuraan macam tak ada apa. Rakyat dah tau isteri kena main dengan Bro Nuar pun tak tahu malu nak keluar dalam akhbar tersenyum macam kambing baru kenyang. Allah swt sahaja yang mengetahui