MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Mei 2009

Anwar rancang ramai lagi ADUN PKR letak jawatan

JIKA mengikut perancangan Anwar Ibrahim yang sudah dibocorkan beberapa blog, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang enam lagi pilihan raya kecil melibatkan Adunnya yang akan meletakkan jawatan.

Mereka ini menarik diri kerana pelbagai sebab yang diatur oleh Anwar termasuk dimalukan secara berterusan seperti Elizabeth Wong selain dituduh gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Adun dan didapati mengkhianati parti.

Menurut rahsia dibocorkan itu antara yang bakal terlibat adalah Adun Sri Muda, Bakar Arang dan Lunas. Terbaru pula laporan dari Rembau memetik Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan sebagai berkata BN mempunyai maklumat dua wakil rakyat PKR iaitu Adun Sikamat dan Adun Ampangan juga bakal meletakkan jawatan.

Mengenai Elizabeth Wong, kita tidak perlu sangsi lagi betapa rendahnya moral Adun ini berikutan kerana kes gambar separuh bogel dan penyiaran gambar-gambar lucah selanjutnya oleh blogawan terkemuka beberapa minggu lalu.

Walaupun PKR, Anwar dan pemimpin Pas Nik Aziz Nik Mat cuba melindunginya, namun hakikatnya adalah seorang lelaki Melayu dibenarkan Elli masuk ke rumahnya. Perbuatannya itu menimbulkan pelbagai prasangka dan persoalan mengenai akhlaknya.

Apakah pula dosa dan kesalahan Adun lain hingga mahu dikorbankan Anwar tidak diperjelaskan namun semuanya tetap bakal dipinggirkan PKR.`

Tindakan melulu Anwar itu tidak syak lagi ingin mencapai muslihatnya. Seboleh-bolehnya mahu Umno-BN bertanding di semua DUN dianggap kubu PKR hingga calon-calon BN kalah bagi menaikkan imej pembangkang terutama Anwar sendiri sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Namun sebagaimana dinyatakan oleh pemimpin Umno-BN, ia tidak akan terjebak dengan permainan politik kotor pembangkang yang bertujuan menaikkan imej mereka dengan mengadakan pilihan raya kecil di kubu kuat pembangkang.

Kini terbukti keengganan BN meletakkan calon pada pilihan raya kecil N.12 Penanti membuat Anwar bukan saja kecewa malah juga terlalu marah hingga melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian termasuk ia menandakan permulaan zaman kejatuhan BN.

PKR dalam ulasannya disiarkan Suara Keadilan online menuduh Umno-BN sebagai dayus dan pemimpinnya kehilangan maruah diri selain takut kalah terus dalam siri pilihan raya kecil diadakan sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu.

Anwar sendiri seperti mati akal apabila BN tidak bertanding di Penanti kelak. Kempen ceramah di lubuk Pas itu seolah-olah terhenti dan lemah longlai tanpa pertandingan dinanti-nantikan Anwar mungkin untuk terus menimbulkan senarai apa dianggapnya sebagai kelemahan kerajaan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Kini harapan Anwar untuk terus mempersalahkan kerajaan dalam setiap langkah diambil dan mungkin memperjuangkan nasib kaum India dan Hindraf,dengan dakwaan kononnya tidak tercapai.

Anwar Ibrahim kini semakin buntu. Dia sebenarnya mahu rakyat terus memperkatakan tentang dirinya lebih-lebih lagi kes liwatnya akan dibicarakan tidak lama lagi.

Tanpa tentangan hebat pada pilihan raya kecil di lima hingga tujuh kawasan DUN baik di Negeri Sembilan, Selangor mahupun Kedah, apatah lagi di Penanti, Anwar tergamam dan mungkin akan masuk ‘dalam bungkusan tong sampah sejarah saja’.

Beliau kini harus sedar Umno-BN tidak akan sama sekali mengikut rentak tarian sewelnya.

sumber - malaysiaaktif

1 ulasan:

ladybird berkata...

Rantak tari anwar memang sentiasa sumbang sejak dari dulu...