MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Mei 2009

'Anwar pengaruhi pemilihan Pas' - bekas rakan Anwar



KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba mempengaruhi keputusan pemilihan Muktamar Pas, bulan depan dengan menyokong kumpulan tertentu yang cenderung kepada pemikiran politiknya.

Bekas rakan Anwar yang juga Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam, Datuk Zulkifli Mohamad, berkata Anwar berusaha mempengaruhi dan memenangkan pemimpin tertentu Pas yang menyokong kepada ideologinya.

"Apa yang saya tahu, Anwar sudah 'menanam' pemimpin kanan tertentu dalam parti Pas untuk memanjangkan agenda perjua-ngannya, selain menjadi perantara antara Pas dan Anwar.

"Pemimpin Pas ini disokong Anwar untuk menyebarkan pengaruhnya di kalangan orang Pas yang pro-Endorgan, yang menyokong Anwar dengan menentang sebarang usaha perpaduan dengan Umno," katanya kepada Berita Harian.

Zulkifli berkata, Anwar akan menghalalkan apa saja strategi bagi memastikan cita-cita politiknya berhasil tanpa mengambil kira prinsip asal perjuangan partinya.

"Dia begitu terdesak untuk menjadi pemimpin nombor satu negara, sehingga sanggup menggugat kestabilan parti sekutunya, Pas," katanya.

Beliau mengulas mengenai persaingan sengit antara dua kumpulan kepimpinan Pas terutama menjelang pemilihan dan muktamar ke-55 Pas yang membabitkan tiga sayap utama parti iaitu Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini dijangka menyaksikan perebutan sengit bagi jawatan timbalan presiden parti itu apabila beberapa tokoh kanannya dicalonkan untuk bertanding mengisi kerusi berkenaan.

Malah, wujud kemungkinan jawatan Presiden juga dipertandingkan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dicalonkan untuk mencabar penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zulkifli yang mengenali Anwar sebelum zaman universiti dan pernah ditahan bersama dalam penjara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kecewa dengan sikap rakannya itu yang memperjudikan nasib umat Islam dan kepentingan Melayu semata-mata 'gilakan kuasa'.

"Dulu perjuangan Pas demi kepentingan agama, golongan Ulama nak buat hudud, kini semakin liberal, tidak ada hala tuju konkrit dan tidak tahu apa akan jadi sekiranya orang Anwar menguasai parti itu nanti.

"Sekarang Pas terbahagi kepada dua kem, satu kem Haji Hadi dan Nasharuddin Md Isa - Timbalan Presiden), dan satu lagi Nik Aziz dan Datuk Husam Musa (Naib Presiden).

sumber - berita harian


Tiada ulasan: