Oleh: Gelagat Anwar
Blog Anwar mengemukakan dengan panjang lebar tulisan ‘fiction’ seorang penulis upahan Mat Salleh bernama Ian Buruma. Ian Buruma – ironinya menggunakan tajuk buku Tun Mahathir, ‘The Malay Dilemma’ sebagai artikel memberi puji-pujian (puja-pujaan) kepada Anwar Ibrahim. Anwar digambarkan sebagai ‘penyelesai masalah’ kepada dilema Melayu yang dihadapi selama ini.
Ian Buruma mengemukakan pandangan bagaimana Tun Mahathir berdendam dengan Anwar dalam kes penyelesaian krisis ekonomi 1997/8. Sementara Tun Mahathir lebih gemar mencari jalan sendiri, termasuk dengan memperkenalkan ‘capital control mechanism’; Anwar lebih gemar ‘kaedah Washington’ yang lebih mempercepatkan dia dapat duduk di kerusi Perdana Menteri. Anwar nak jual semua benda. Hentikan sebarang jua ‘mekanisme pembantu’ kepada pembangunan ekonomi orang Melayu. MARA, UDA – semuanya dianggap sebagai ‘hindrance’ kepada penyelesaian masalah.
Ada yang bangang dan bengap, menjadi jurucakap Anwar dalam menyerang Tun Mahathir. Kronisme, nepotisme dijadikan sebagai asas untuk mengutuk dan mencerca PM pada ketika itu. Akhirnya, apabila diselidik, diri sendiri lebih banyak mendapat manfaat. Habis terbuka segala cerita.
Ian Buruma menggambarkan Anwar sebagai seorang ‘Melayu liberal’ dan seseorang yang mempunyai ‘impeccable’ (lebih kurang maksum) nilai Islami. Tak tahu berapa ratus ribu wartawan ini dibayar; kalau seorang yang bobrok seperti Anwar diangkat sebagai ‘impeccable’ – tidak tahu siapa lagi yang layak bergelar ulama’ di atas muka bumi ini. Memang benar, ‘upbringing’ Anwar adalah sedikit nilai Islam; tetapi apakah nilai sama KEKAL hingga ke hari ini, Wallahu’Alam.
Liberal-nya Anwar inilah yang menjadi dilema baru Melayu pada ketika ini. Anwar sudah meracuni minda orang Malaysia, khususnya bangsa Cina dan India – Melayu PKR dan Melayu PAS adalah kalangan mereka yang sangat ‘terbuka’ dan bersedia menerima ‘nilai baru’ kebersamaan di bumi bernama Malaysia ini. Anwar sudah membuka lembaran baru politik yang menyebabkan orang Melayu akan terus dimamah oleh ‘rasa keyakinan’, tetapi akhirnya tersadung di halaman persaingan sendiri.
Anwar inilah yang menyebabkan orang Melayu yang berpendapatan rendah, ‘kelompok nothing to lose’ kata Soekarno sebagai kalangan yang bersedia memberontak atas cita longgar yang sebenarnya menuju kegagalan. Orang Melayu PKR dan PAS percaya bahawa kita ini SUDAH MAMPU keluar daripada kepompong protection dan bersaing di medan yang terbuka. Anwar sudah melondehkan hak Melayu, sehingga kita boleh ditekan dan dihenyak oleh orang lain tanpa rasa bersalah.
Anwar juga orang yang sama yang menyuntik ‘elemen distortion of history’ di dalam pemahaman politiknya. Peristiwa 13 Mei sudah tidak penting kepada Anwar walau dia pernah mempertahan DEB sepenuh jiwa dan raga pada suatu ketika. Anwar seakan-akan sudah bersedia dengan ‘pelampung’ buat orang Melayu sekiranya mereka tidak lagi punya sebarang ’social safety net’. Anwar tidak sabar untuk melondehkan kepentingan bangsanya sendiri.
Kemaruk Anwar kerana dia sudah tidak punya apa-apa lagi untuk dipertahankan sebagai orang Melayu. Anwar sudah tidak berfikir dan bertindak sebagai orang Melayu lagi. Fikrah Anwar sudah menjadi sangat ‘Malaysiana’ dan membayangkan semuanya dalam bentuk ‘Malaysia’ semata-mata. Agaknya, Anwar sudah bersedia menjadikan Malaysia sebagai the modern ‘convivencia’ yang disebutkan dalam buku Renaissance nya.
Anwar tidak perlu rasanya berselindung di sebalik ‘The Malay Dilemma’ dan memusatkan kesalahan kepada Tun Mahathir semata-mata. Anwar pada hakikatnya adalah seorang ‘dilemma Melayu’ yang moden. Seorang yang tidak tahu mahu membezakan antara kepentingan bangsa dan kelangsungan perjuangan politik peribadi.
Anwar hari ini, tidak lagi berfikir sebagaimana dia vokal mempertahan rakyat Melayu yang miskin sekitar 1974. Anwar hari ini sudah tidak punya ‘fikrah Melayu’ sepertimana dia di tarik masuk ke kabinet sekitar 1983. Cita pendidikan Anwar tidak sepertimana yang pernah dia perjuangkan sekitar 1986 selaku Menteri Pendidikan. Kecaman Anwar kepada sekolah Cina; hinaan Anwar kepada Sekolah Cina – kata dua Anwar kepada sekolah cina – sudah tidak kedengaran lagi.
Anwar membuka ‘dilemma baru orang Melayu’. Anwar sudah tidak punya apa-apa untuk hilang. He has nothing to lose. Makanya, jika perlu membayar penulis upahan seperti Ian Buruma juga, Anwar akan lakukan.
Islam Anwar ‘impeccable’; bagaimana dengan ‘Melayu’ seorang bernama Anwar. Impeccable atau hancur lebur? Anwar maksum dan manusia Melayu pasca-moden yang diharapkan dunia? Apakah dunia kita dan Anwar masih sama? Atau Anwar lebih mahu membuka ruang baru untuk cita-cita politiknya.
Anwar peduli apa…asal dia mampu berkuasa.
sumber: Gelagat Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan