MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Mei 2009

Anwar mahu saman Menteri Luar

SEPANG: Datuk Anifah Aman menegaskan beliau sedia disaman berhubung kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai umpan melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Bercakap kepada pemberita sekembalinya dari New York, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pagi ini, Menteri Luar itu berkata, beliau tetap berpegang dengan kenyataannya itu meskipun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu beliau menariknya semula atau menghadapi saman.

Semalam, peguam S N Nair yang mewakili Anwar, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.

Nair berkata, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya menteri luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington, Khamis lalu, Anifah berkata, beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar.

sumber: Berita Harian

2 ulasan:

Unknown berkata...

Ini baru gentleman..anwar nak saman..rilek jer.Tak macam anwar berkokok satu dunia!!!

ladybird berkata...

Betul tu Cik Kiah...

Anwar tu...bukan setakat saman, Saiful baru je buat laporan Polis dah terus dia memecut ke Kedutaan Tukri...kenapa nak takut sangat, saiful bukannye nak pergi tembak dia pon....heran aku...