MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Mei 2009

Anwar gagal faham erti demokrasi ?



Oleh Gelagat Anwar

Apa yang berlaku di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sememangnya suatu sejarah ‘tragis lagi ngeri’ di dalam amalan demokrasi di Malaysia. Di pihak pembangkang, khususnya di dalam Facebook – heboh mereka mengutuk kerajaan BN di atas tindak tanduk mereka mengambil kerajaan dari belakang. Sedang sewaktu Anwar mengumumkan bakal menubuh kerajaan ‘belakang’ juga menjadi HALAL pada suatu ketika.


Rakyat Malaysia perlu terus hidup di bawah ‘double standard’ demokrasi ciptaan Anwar Ibrahim. Apa yang mendatangkan advantage politik untuknya akan dijadikan modal. Apa yang tidak memberi kelebihan kepadanya juga dijadikan modal. Anwar mahu senantiasa berada di pihak yang menang.

Rakyat Malaysia jangan sesekali GAGAL mencari ‘nasab/perkaitan’ apa yang berlaku semalam dengan budaya dan amalan politik Anwar Ibrahim. Jangan anggap Anwar maksum dan TIDAK terkait langsung dengan himpunan setengah masak ‘One Black Malaysia’ dan kekurangajaran wakil rakyat PR di Perak. Nak kata bodoh – mereka semua wakil rakyat. Tapi asas demokrasi – yang mempunyai majoriti akan senantiasa menang – pun GAGAL difahami oleh mereka. 31 berbanding 28. 31 menang. Tak kira demokrasi terjemahan Locke, Rousseau, Montesqiue atau siapa sahaja. Ini asasnya.

Anwar memainkan peranan di dalam apa yang berlaku semalam. Walaupun mungkin tidak secara langsung – tetapi hulubalang politik Anwar merata di seluruh Ipoh bagi menentukan usaha SABOTAJ dapat dilakukan dengan berkesan dan baik. Kalangan wakil rakyat pembangkang di arah oleh Anwar untuk membuat ‘chaos’ di dalam Dewan.

Anwar sesungguhnya sudah hilang hormat kepada institusi Raja dan hukum. Kepada Anwar – jalan politik tidak semestinya berlaku secara mengikut arah. Kalau perlu diterbalikkan suasana – maka itu jugalah yang perlu dilakukan. Memang tidak bertanggungjawab dan dangkal, tetapi inilah cara Anwar.

Blog ini cukup yakin, Anwar adalah penasihat ‘unggul’ kepada apa yang berlaku di Ipoh. Setiap inci apa yang berlaku semalam telah di’rehearse’ dan dilatih oleh seluruh penghulu politik Anwar di Kuala Lumpur. Semuanya dirancang bagi memastikan sidang semalam GAGAL dan tidak dapat dilaksanakan. Anwar sebenarnya mengharapkan DYTM Raja Muda pulang dan tidak menyampaikan ucapan. Dengan itu bolehlah dia mendendangkan lagu bahawa Sidang tidak sah.

Anwar memang seorang pemain politik yang licik dan sangat berhati-hati. Dalam episod apa yang berlaku di Perak, Anwar telah berjaya keseluruhannya ‘detached’ dirinya dengan kemelut ini. Anwar tidak boleh terlalu kelihatan kerana dialah sebenarnya ‘Bapa Backdoor Government’ di Malaysia ini. Kalau ikut plan Anwar – dia sudah menjadi PM September 2008.

Anwar GAGAL semalam. Pertamanya, GAGAL menyebabkan Sidang tertangguh tanpa ucapan DYTM Raja Muda. GAGAL dalam perancangannya memastikan Sidang jadi kacau bilau. Wakil rakyat pembangkang GAGAL melaksanakan usaha ‘chaotic’ seperti yang Anwar harapkan. Anwar harapkan kerusi berterbangan. Anwar harapkan ada kalangan wakil rakyat yang mengalami luka-luka kecil.

Anwar lupa bahawa sejauh mana dia merancang; pelaksanaan perancangan Allah SWT jua yang berlaku. DYTM Raja Muda, sesuai dengan kebijaksanaan dan hemah politiknya – sanggup menunggu hingga 5 jam bagi melaksanakan proses demokrasi berjalan lancar.

sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YG NYATA ANWAR DH GAGAL. DAP DH GAGAL. SEKALIGUS PAKATAN DH GAGAL CUBAAN NK MENUMBANGKAN KERAJAAN MELALUI JLN BELAKANG..SYUKRAN2