MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Mei 2009

Anwar burukkan Malaysia di luar negara

WASHINGTON: Menteri Luar Datuk Anifah Aman membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

"Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apaapa," katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di sini,semalam.

Sebelum ini, Anwar telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 Sept lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.

"Dia cuba memujuk ahliahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) timbalan perdana menteri.

"Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya.

Anifah berkata kerajaan Malaysia amat bimbang dengan tindakan Anwar merosakkan imej negara ketika berada di luar negara.

"Dia memberi gambaran salah secara berterusan dan menuduh semua pegawai kerajaan sebagai rasuah," katanya.

sumber: mStar Online


3 ulasan:

Jeffry berkata...

ALAHAI NUAR. KNP LA KO MEROYAN TAK BERENTI2? ANAK BINI PULAK IKUT MEROYAN. TU BELUM TIMANG CUCU LG!. JGN PULAK CUCU IKUT MEROYAN SUDA HUHUHU..CIK KIAH KENA LA SIAP SEDIA JAGA CUCU NUAR. BKN APA TAKUT CUCU PUN TERIKUT2 PERANGAI BIOL ATUKNYE HEHEHE

cik kiah berkata...

Hua..hua..Jefffff..tak rela cheq nak jaga cucu anwar.Tak sanggup kalau anwar turunkan baka tut***nya kat mana2 cucu dia nanti.Lebih baik cheq bela kucing daripada jaga cucu nuar liwat

ladybird berkata...

Kesian Anwar makin hari makin tersepit.

Nak buat camana kalau hari-hari dok tipu orang, lama-lama makan diri weh!