MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Mei 2009

Anak Nik Aziz tewas jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan



KOTA BHARU 9 Mei - Anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Nik Abduh yang juga penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan mendapat 56 undi manakala Abdul Latiff yang juga bekas Naib Ketua Pemuda memperoleh 78 undi pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-50 di sini hari ini.

Pada muktamar itu, ADUN Pasir Tumboh, Ahamad Baihaki Atiqullah menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda manakala Ketua Pemuda Pas Kawasan Tanah Merah, Hisham Fauzi menewaskan dua pencabar untuk menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda.

Dalam pada itu, Nik Abduh ketika ucapan penangguhan muktamar itu berkata, beliau gembira dengan keputusan itu walaupun tewas kerana ia diputuskan oleh 112 perwakilan yang hadir.

"Saya terima kekalahan ini dengan gembira kerana saya telah 'dihukum' oleh semua perwakilan dan saya ucapkan tahniah kepada Ustaz Latiff.

"Sejak dua tahun lalu saya beria-ia tidak bertanding sekiranya Ustaz Latiff mahu bertanding, tetapi atas sebab tertentu saya menawarkan diri, sesiapa yang mahu tahu sebabnya jumpa saya sendiri dan saya tidak mahu panjangkan di sini," katanya.

Menurut beliau, sejak awal lagi beliau mengetahui akan tewas pada pemilihan tersebut kerana tulisan dalam blognya yang bertajuk Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas baru-baru ini.

Bagaimanapun, tegasnya, artikel tersebut perlu ditulis bagi meluahkan rasa marahnya terhadap pembantu-pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan mengalihkan pandangan negatif pihak tertentu dalam Pas terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya membuat teguran paling besar yang saya cetuskan dalam hidup, apabila saya melihat ayah saya yang telah tua dan memberi kepercayaan kepada anak buahnya. Tetapi saya melihat unsur penipuan yang tidak jelas berlaku, maka saya terpaksa minta kepada Allah ketika ayah di Mekah untuk tunjukkan saya nasihat berguna.

"Sehingga saya mahu didengar di seluruh Malaysia, kalau cerita Kelantan saya yakin saya tidak akan menulis kerana saya tahu saya hilang undi hari ini dan saya tulis kerana saya yakin saya benar dan mahu menyelamatkan ayah saya.

"Tulisan ini juga bagi mengalih perhatian pihak tertentu yang menyalahkan Tok Guru Haji Hadi, saya mahu semua orang melihat kepada saya dan menyalahkan saya sehingga Presiden tidak disalahkan lagi, saya berjaya apabila saya mula dibenci," katanya.

sumber - Utusan Malaysia


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ADOIYAII BAGAIKAN JATUH DI TIMPA TANGGA PULAK NASIB NIK ABDUH..HAI CIK KIAH..NK BUAT LAGU MANA NI? HEHEHE

Unknown berkata...

Nak buat camner Jeffry...kita redha je,dah orang Kelantan nak yang tak berjanggut. Tak apalah kalah Nik Abduh,tak semestinya yang menang itu tetap akan menang.Yang penting saya salute kat Nik Abduh pasai berani nyatakan kebenaran.Itu yang dicari, sebenarnya anda telah menang dihati Muslim yang inginkan kebenaran.Andalah sebenarnya hero!!! Tak gitu Jeffrey...

Tanpa Nama berkata...

BETUI2 CKP CIK KIAH TU. KLU LA BYK ORG YG MCM NIK ABDUH TU DLM PAS BAGUIH JUGAK NAAA. SEKURANG2NYA SUARA PEMBAHARUAN BERGEMA2 DLM KEPALA ULAMA2 MI CELUP TU. TAKPE2..YG PATAH AKAN TUMBUH BERGANTI. KLU GG PATAH PAKAI JE GG PALSU HEHEHE