MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Apr 2009

Zulkifli Nordin tidak setuju keputusan MB Selangor sambung tugas Elizabeth

KENYATAAN MEDIA OLEH
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BB

Salam 2 all.

YAB Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan kenyataan hari ini untuk mengekalkan YB Elizabeth Wong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ADUN Bukit Lanjan.

Keputusan ini dibuat walaupun YB Eli telah meletakkan jawatan bagi kedua-dua kedudukan tersebut bersabit daripada isu gambar yang terbongkar baru-baru ini.

Keputusan dibuat berdasarkan 2 sebab utama iaitu kegagalan pihak polis menyelesaikan siasatan dan kerana menghormati hak peribadi YB Eli.

Saya mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan YAB & Kerajaan Negeri Selangor dan mengambil keputusan memufaraqah dan memisahkan diri saya daripada keputusan tersebut.

Saya mengambil pendirian ini kerana saya menghormati keputusan YB Eli yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN Bukit Lanjan. Surat perletakkan kedua-dua jawatan tersebut telahpun beliau kemukakan.

YB Eli telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau!

Saya yakin YB Eli mengetahui & memahami benar masalah yang beliau hadapi. Sebab itu YB Eli memilih untuk meletakan jawatan sebagai Ahli Exco & ADUN. Itu adalah hak beliau untuk berbuat sedemikian.

Saya cukup yakin beliau telah menimbang keadaan sekeliling dan pebagai faktor lain sebelum membuat keputusan tersebut.

Keputusan YAB MB & Kerajaan Negeri Selangor memaksa YB untuk terus mengekalkan kedudukan beliau sebagai Exco dan ADUN memberi gambaran seolah-olah YAB MB & Kerajaan Negeri tidak menghormati keputusan YB Eli untuk meletak jawatan.

Keputusan YAB MB & Kerajaan Negeri Selangor juga akan menambahkan tekanan terhadap YB Eli. Sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadap YB Eli.

Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi untuk YAB MB & Kerajaan Negeri memutuskan isu ini dengan menyalahkan pasukan polis. Kita semua tahu dan sedar bahawa siasatan polis dilengahkan kerana tiada kerjasama orang yang disyaki yang memilih untuk tidak bekerjasama sehingga ke hari ini.

Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh YAB MB & Exco Kerajaan Negeri Selangor apabila YB Eli sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau.

Saya sangat bersimpati dengan YB Eli dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang-petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadi YB Eli.

Soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza.

Saya berharap YAB Menteri Besar & Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula keputusan mereka dan menghormati keputusan YB Eli yang telah memilih untuk meletakkan kedua-kedua jawatan beliau sebagai Exco & ADUN Bukit Lanjan.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu
Rabu 19 Rabi'ul Akhir 1430

###################

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR SELANGOR
KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG

SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.

Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.

Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Rabu 15 April 2009

sumber - zul4kulim

Tiada ulasan: