Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Selepas sekian lama menghilangkan diri, Hilmi pemuda yang dikaitkan dengan exco kerajaan negeri Selangor dikatakan tiba-tiba muncul dan menghubungi seorang penulis politik yang dikenalinya di Taman Melewar (kemungkinan di Markaz PAS). Ahli PKR Ampang ini dikatakan telah mengaku kepada penulis tersebut bahawa dia memang mempunyai skandal dengan Elizabeth Wong.
Hilmi juga menjelaskan tindakkan dia melarikan diri ke Indonesia adalah kerana ingin menyelamatkan imej Parti dan nama baik Elizabeth sendiri. Kerana bimbang terpaksa menceritakan perkara sebenar. Sambil menolak gambar tersebut dirakam oleh beliau, beliau mengaku gambar-gambar tersebut ada terdapat dalam telefon bimbitnya yang hilang.
Munurut Hilmi yang mendakwa dirinya berada di Indonesia sekarang ini, hubungan beliau dengan Elizabeth juga telah berakhir pada bulan Febuari yang lalu, Hilmi juga memaklumkan bahawa kejadian telefonnya hilang juga telah dimaklumkan kepada pemimpin keadilan.
Di sini timbul persoalan jika benar pemanggil itu adalah Hilmi, timbul beberapa persoalan kenapa Hilmi takut sangat dengan pendedahannya akan menyebabkan imej parti PKR akan teruk. Kalau benar begitu maknanya tentu ada benda lain yang lebih teruk lagi dalam PKR yang cuba disembunyikan oleh Anwar Ibrahim dan Azizah.
Persoalan lain yang timbgul ialah jika gambar tersebut bukan diambil oleh dirinya, mengapa Hilmi mengakui gambar tersebut ada didalam telefonnya. Adakah ini membawa maksud tabiat mengambil dan menyebarkan gambar wanita berbogel dalam PKR merupakan perkara biasa dan diretui oleh pimpinan parti?
Memandangkan Hilmi pernah menjadi Pembantu kepada ahli Parlimen PKR, adakah ini contoh imej ahli PKR lain dalam PKR. Sekiranya begitu dakwaan yang mengatakan PKR memang terbuka dan Liberal ada kewajarannya, kerana mereka boleh berskandal tanpa ikatan dan juga mewujudkan hubungan antara muslim dan bukan muslim hingga ke bilik tidur.
Mungkin kenyataan Hilmi ini sudah tidak menjadi kejutan kepada ahli PKR kerana tradisi mereka memang begitu, ditambah lagi dengan adanyan sokongan dari Ulama yang Pro Husam yang seolah-olah menyokong tindakan Elizabeth mengadakan hubungan dengan sesiapa, memandangkan dia berbogel dalam rumah rumah dia.
Sekiranya begitu apalah sangat dengan dosa membuka aurat rambut jika berbogel dan berskandal antara lelaki beragama islam dengan bukan muhrim dari bukan islam telah diterima oleh puak Husam Musa dalam PAS.
sumber - tomyampoktek
2 ulasan:
salam semua,
kes in dah jadi semakin berat dah, begitu lama juga budak tu cari tempat nak reka alasan.., pulak tu sampai ke batam indonesia,.. apa kat Malaysia tak de tempat ke nak cari ilham untuk menipu rakyat, kat bawah pokok pun ada maaaa...apa mau jauh,jauh...
Kalau betul h/phone dia hilang, adakah dia sudah buat laporan polis? Atau camne dia boleh masuk bilik si eliz tu? Ada pegang kunci pendua ke?...supaya senang keluar masuk nak buat projek mega... Ada ke dalam sejarah orang tido pakai cermin mata?...apa dia mau supaya terang dia nampak tangga PutraJaya dalam mimpi dia???
Kalau ikut dalam gambar tu..dia tido atas sofa..penat kot..tinjau projek..buat projek...macam-macam projek lah tu...fuhhhh letih kira nya tu..sampai perut boroi begitu tak sedar kena capture...
Kalau BN/UMNO yang terkena masalah macam itu, bukan main lagi bising mereka tu nak masuk campur...sampai berani desak dan tekan orang BN/UMNO supaya pecat/gugur/ambik tindakkan orang itu orang ini...
Tapi sekarang dah kena ke atas batang hidung mereka sendiri, kenapa ambil masa begitu lama untuk ambik tindakkan...itupun bila dah tapi tindakkan dah dijangka "melindung pesalah".
Sekian Terima Kasih.
TU LE MSLH PAS NI. BENDA BESA MCM KES SI ELI PUN BUAT2 X NMPK!. KES TAK PAKAI TUDUNG YG DIORANG GEMBAR GEMBURKAN..APE DAAAAA..JENIS X TETAP PENDIRIAN BTUL LA U'LALA'MAK PAS NI HEHEHEH
Catat Ulasan