MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Apr 2009

Timbalan Presiden : Husam dan Azizan calon popular di Kedah

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak disebut-sebut antara tokoh popular yang bakal mendapat pencalonan terbanyak dari PAS kawasan di Kedah bagi jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, berkemungkinan menolak pencalonan tersebut kerana mahu menumpukan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri dan PAS negeri.

Seorang pemimpin akar umbi PAS memberitahu Malaysiakini, penyandang jawatan itu sekarang, Nasharuddin Md Isa tidak lagi popular di negeri itu kerana didakwa "tidak banyak membantu presiden" menjalankan tugasnya.

Setiausaha PAS kawasan Alor Setar, Adnan Saad berkata, tindakan Nasharuddin yang cenderung mengadakan kerjasama dengan Umno atau 'pro-muqabalah' dilihat menimbulkan perasaan tidak selesa di peringkat akar umbi di negeri itu.

Sehubungan itu, tambah beliau, Husam sebagai tokoh dari kem alternatif dilihat semakin mendapat sokongan.

Persidangan tahun ini diramal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama - bermula awal bulan dan akan berakhir hujung bulan depan.

Mahfuz dicalon naib

Mengulas lanjut pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, Adnan berkata, Azizan pula dilihat tidak tergolong dalam mana-mana kem.

Menurut beliau lagi, Mohamad Sabu pula dijangka dicalon mengekalkan jawatan naib presiden sebagai "jalan tengah" bagi mendamaikan kedua kumpulan berkenaan.

Untuk jawatan naib presiden pula, Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Mahfuz Omar; Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dijangka dicalonkan.

Adnan berkata, pencalonan Mahfuz dilihat agak menarik kerana dikatakan kepimpinannya diterima kedua-dua pihak - sama ada kumpulan pro-muqabalah ataupun kumpulan Erdogan.

"Beliau dijangka mendapat sokongan besar," tambahnya.

Menurut pemerhatiannya, Adnan berkata, PAS Jerlun dan Padang Terap dipercayai penyokong kuat Husam manakala di Kuala Kedah pula, masih 50-50. Alor Star pula dijangka mencalonkan Mohamad Sabu.

'Mahu wakil Kedah'

Difahamkan, semua PAS kawasan di Kedah akan mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengekalkan jawatan presiden.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kedah, Muhamad Yusof Husin ketika dihubungi Malaysiakini yakin Abdul Hadi akan mendapat pencalonan 100 peratus dari Kedah.

Beliau yang ahli Dewan Negara itu menegaskan bahawa PAS Kedah "tidak ada masalah" dengan kepimpinan sedia ada.

"Mereka cuma mahukan seorang wakil Kedah dalam kepimpinan peringkat tertinggi PAS pusat," katanya, sambil mengakui Mahfuz merupakan calon pilihan hampir keseluruhan kawasan di Kedah untuk bertanding jawatan naib presiden..

Setakat ini, hanya tiga daripada 15 PAS kawasan di Kedah - Sungai Petani, Baling dan Kuala Kedah -- yang telah mengadakan menyuarat agung masing-masing.

Ketiga-tiga kawasan tersebut bagaimanapun tidak membuat sebarang pencalonan untuk jawatan tertinggi parti, sebaliknya menyerahkan kepada jawatankuasa masing-masing bagi membuat keputusan.

sumber - Malaysiakini

Tiada ulasan: