MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Apr 2009

Tergempar - Faisal Tehrani



Adalah diperikan terdapat seorang raja di atas angin yang hidup bersemayam bagai Firaun, menitah orang sana sini sambil kadang-kala berjalan ia dengan kenderaan terbangnya melawat-lawat negeri di sebelah barat dunia. Sambil melawat-lawat itu ia pun selalu mengatakan, "Adapun beta ada rahsia besar, nanti beta khabarkan."

Saat ditanyai bilakah ia akan mendedahkan barang perbuatan tergempar, ia menjawab seraya seronok-suka dapat mengacah-acah, "Esok masih ada."

Bila datang esok, ia memberitahu pula, "Argh tunggu lusa."

Bila lusa tiba, ia mengkhabarkan, "Tunggu tulat."

Bila tulat tiba, ia menabur lagi keyakinan, "Bulan depan."

Adalah raja ini sifatnya selain suka temberang; sangat cepat mengantuk dan suka tertidur.

Maka bergegaslah beberapa memanda menteri mencarikan kopi untuk diminum raja agar ia segar, gempar, tidak cepat lesu dan selalu dapat cergas bekerja memanjat bukit-bukau yang ada di negerinya.

Dihebahkan berita "Ini ada pendedahan tergempar. Adalah raja mencari kopi yang satu, pekena sekali betul-betul kaw."

Dibancuh ia kopi jantan, mahu dia tapi tersipu malu. Belum memadai katanya.

Dibancuh ia kopi janda, pun mahu dia tapi berpura segan silu. Belum juga memadai, tambahnya.

Kopi cenkudu, kopi misai kucing dan segala kopi-kopi lain yang dibancuh tidak sedap belaka. Kopi-kopi itu semua tidak terasa gempar.

Hinggalah datang seorang pemuda dari ulu juga, menawar akan ia bakat; namanya Che Epal. Begitulah kalau tidak silap penglipur lara.

Setelah dibancuh kopi Che Epal, tergempar-terhunus melompat girang sang raja seraya beristighfar-istighfar ia.

"Ini kopi betul-betul kaw, sudah gempar seantero dunia termasuk di Dubai, Hong Kong dan Singapura." Tempik suka sang raja.

"Betul, tak bohong lagi dah. Aduh, sedap kopimu; patutlah mukamu seperti epal." Tambahnya lagi kesukaan benar.

Maka selepas solat asar terlalu suka ia membancuh kopi itu. Kalau lebih likat, extra keras; lebih gempar tuntutnya. Maka makin bertenaga sang raja. Enak lagi kalau dicicah biskut Marie. Terlalu lupa daratan ia.

Itulah sahaja ceritera hikayat tergempar tentang kopi yang betul-betul kaw seadanya.

Tiada dapat ditandingi mana-mana kopi di Nusantara ini akan kopinya

sumber - Faisal Tehrani


1 ulasan:

Malaysia berkata...

Sang raja itu juga suka terbang ke negeri atas angin, tak taulah gerangan sape yang membiayai penerbangan itu atau dia menaiki tikar terbang cap Uncle SAM,

adapun raja ini juga minat kepada kopi buatan starbuck atau kopi arabica Turki sambil menghirup udara segar dan menjamah sedikit roti kebab Turki...