Oleh: pochongmenulis, AIDCclub
Koran Kosmo dalam ruangan rencana seolah sedang mempromo Islam Inklusif, timbul persoalan di benak fikiran adakah Kosmo juga sudah terpengahruh dengan strategi yang dimainkan oleh Pihak Amerika untuk memecahbelahkan Islam dengan mempopularkan istilah baru di kalangan umat Islam. Memberi makna konotasi Islam Inkulif di dalam keadaan putih sebenarnya amat berbahaya kepada generasi muda Malaysia yang sebenarnya menjadi pembaca utama akhbar tersebut. Baca sini.
Timbul persoalan apa sebenarnya yang dimakudkan sebagai Islam Inklusif, sehingga difikirkan bahaya. Sekiranya kita membaca artikel tersebut seolah-olah ia ingin mengambarkan Islam Inklusif adalah selari dengan apa yang dituntut dalam Islam.
Walhal yang sebenarnya Islam Inklusif seolah-olah cuba membawa pemikiran orang islam supaya menerima keterbukaan bahawa agama lain juga adalah sama dengan agama Islam.
Bolehkan kita menerima dakwaan ini, sedangkan sejak dari kecil kita telah mula diajar kalimah dua Shahadah yang membawa maksud Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhamad adalah Pesuruh Allah.
Gus Dur dan Alwi Shibab adalah bekas pemimpin Parti Kebangkitan Bangsa Indonesia, Gusdur juga dikenali sebagai bapak Pluralisme Indonesia kerana mendokong idea-idea pluralism dan merupakan kawan baik Anwar Ibrahim dan namanya tergolong dalam Jarigan Islam Liberal (JIL) di Indonesia.
Penulis tersebut telah mengambil contoh dari kata-kata Alwi Shibab seolah-olah ingin mengatakan Islam sememangnya adalah Inklusif.
Alwi berhujah dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati."
Benarkah melalui ayat di atas telah menunjukkan islam itu Inklusif? Seharusnya kita merujuk kembali kepada zaman silam, sebelum Nabi Muhamad diutus sebagai Rasul, agama Tauhid yang dipegang oleh para nabi sebelum ini, Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS berbahasa Ibrani iaitu melalui ajaran kitab Taurat, Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS berbahasa Qibti, Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS berbahasa Suryani.
Namun selepas itu apabila datangnya Al-quran untuk umat Nabi Muhammad ia menjadi pelengkap kepada seluruh kitab suci yang pernah ada, dan secara automatik ajaran yang dibawa melalui kitab sebelum ini terhapus sama sekali kerana ia digantikan dengan Al-Quran, begitu juga dengan agama-agama yang wujud sebelum ini, ini kerana agama-agama tersebut telah diselewengkan oleh golongan agama masing-masing.
Contohnya setelah Nabi Musa wafat, isi kitab Taurat telah diubah oleh pendeta Yahudi. Sebahagian firman Allah SWT dalam kitab tersebut mereka hilangkan, sebagaimana telah diberitahu oleh Allah SWT dalam Al Quran. Surah Al-An'aam ayat 91.Maksudnya:
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya di saat mereka berkata: “Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia.” katakanlah (ya Muhammad): “Siapakah yang menurunkan kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembarann-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan (sebahagiannya) dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya, padahal telah diajarkan apa yang kamu dan bapak-bapak kamu belum ketahui.” Katakanlah: “Allah (telah menurunkannya)”. Kemudian biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
Maksudnya Nabi Muhammad disuruh meninggalkan orang-orang yang mempermainkan agama setelah menyampaikan petunjuk yang benar.
Begitu juga yng terjadi kepada kita Injil orang nasrani telah mengolahnya ke pelbagai versi sehingga tidak asli lagi seperti yang diturunkan oleh Allah sebelum itu.
Sebab itu Allah menyeru supaya umat manusia kembali kepada kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Tapi orang Yahudi dan Nasrani angkuh dan mereka menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad semata-mata Muhammad bukan berasal dari Bani Israel.
Dalam Surah Al-Maidah ayat ke 12 pula Allah berfirman maksudnya:
"Wahai Ahli Kitab, Sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, yang menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak pula yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan."
Ayat ini secara jelas memperakui kebenaran Nabi Muhamad dan ajaran kitab yang dibawanya, sekaligus menolak ajaran lama yang diselewengkan oleh ahli kitab.
Sebenarnya Islam Inklusif adalah berada dalam linkungan yang sama dengan Islam Liberal, Islam Moderat dan pelbagai istilah yang seolah-olah ingin mengajak umat islam supaya berfikiran lebih moden.
Dengan kata lain kesemua Islam jenis ini membawa maksud ingin mengajak umat Islam menerima kepelbagaian agama dan berfikiran terbuka seterusnya mengalakkan Pluralisme dikalangan masyarakat seperti yang cuba diusahakan oleh Anwar Ibrahim sekarang. klik sini .
Golongan ini biasanya akan menterjemah Al-quran mengikut kepentingan mereka dan mengenepikan tafsir sebenar Al-Quran. Dengan mendapat pembiayaan oleh pihak berkepentingan aliran ini kian berkembang pesat hari ini dan mencengkam pemikiran umat Islam khusuhnya di Indonesia, sehingga menimbulkan pendebatan.
Timbul persoalan kenapa wujud aliran sebegini, adakah benar ia dimulakan oleh umat Islam atau ada tangan lain yang cuba mengalakkan perkembangan aliran ini?
David E. Kaplan menulis dalam artikelnya, "Hearts, Minds, and Dollars", baca sini ketika ini menurut penulis tersebut, “Washington is plowing tens of millions of dollars into a campaign to influence not only Muslim societies but Islam itself…"
Jika kita mengambil kata penulis ini adalah jelas negara Uncle Sam tersebut ingin mengubah agama Islam, modus operandi mereka menurut penulis tersebut ialah melalui memberi suntikan dana puluhan juta dollar dalam perancangan propagandanya untuk bukan hanya mengubah masyarakat Muslim tetapi juga untuk mengubah Islam itu sendiri.
Menurut Kaplan juga , buat pertama kalinya White House telah bersetuju melalui strategi rahsia, Amerika mempunyai kepentingan nasional untuk mempengaruhi apa yang berlaku di dalam Islam.
Sekurang-kurangnya di 24 buah negara Muslim, Amerika secara rahsia telah menaja radio Islam, program TV, kursus-kursus di Pusat Pengajian Islam, pusat-pusat Penyelidikan, bengkel politik, dan program-program lain yang mempromosi Islam moderat.
Amerika mempunyai motif demikian agar orang Islam tidak lagi menjadi ancaman bagi hegemoni peradaban mereka. Kerana itu, mereka menjadikan umat Islam sebagai umat yang moderat di dalam versi mereka.
Selain itu, menurut Kaplan mereka juga telah membiayai sebegitu banyak Pertubuhan Islam dan mahasiswa Islam agar memiliki pemikiran dan sikap hidup yang sesuai dengan kehendak Amerika.
Di dalam konsep mereka, Islam moderat adalah Islam yang tidak meyakini kebenaran agamanya sendiri, Islam yang jinak tidak peduli dengan penderitaan dan penindasan yang dialami oleh saudara-saudaranya sesama Islam.
Kalau kita merujuk dalam bahasa latin perkataan moderate itu sendiri membwa maksud mengawal sebab itu tidak hairan ia digunakan oleh Amerika.
Sebenarnya Pihak Barat telah mencipta pelbagai istilah-istilah yang indah dan yang buruk, untuk memecahbelahkan umat Islam.
Istilah “Islam moderat” dilagakan dengan istilah “Islam radikal”, “Islam militan”, “Islam fundamentalis”, Islam Inklusif dengan Islam eklusif dan sebagainya, yang maknanya tidak didefinisikan dengan jelas. Walaupun yang hakikatnya Islam hanya ada satu, Islam tidak ada istilah lain seperti didendangkan oleh pihak barat.
Kita berharap,semua pihak sama ada media cetak, para tokoh dan cendekiawan Islam dapat lebih berhati-hati dalam mengadaptasi satu istilah yang bukan berasal dari khazanah Islam.
Jangan sampai mereka hanya menerima istilah tanpa diberikan definisi yang jelas, dan menjadi saluran untuk mempopularkan satu istilah yang maknanya sudah diprogram secara sistematik sesuai dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan umat Islam.
Saban hari golongan ini akan cuba mempengaruhi golongan muda supaya memahami agenda mereka dan yang menyedihkan ada parti politik seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR yang terlibat sama memberikan ruang untuk aliran ini bergerak dengan menghantar ahlinya untuk menerima kefahaman mengenai aliran ini baca sini .
Adakah umat Islam hari ini sudah terdesak sebegitu rupa hinga mahu berubah tanpa meneliti ke mana arah yang ingin dibawa oleh agen perubahan tersebut.
sumber - pochongmenulis
1 ulasan:
Banyak betul takrifan mengenai Islam. Tapi semua sudah diputar belitkan oleh golongan moderat.
Dari segi nama nampak lembut dan halus sekali. Tapi jangan disangka air yg tenang tiada buaya.
Di Malaysia, Anwar adalah tangan-tangan yg memoderatkan Islam. Tapi yg kesalnya org belah sana masih tak nampak lagi.
Catat Ulasan