MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Apr 2009

Pengguguran Dr Mansor daripada senarai calon senator atas permintaan presiden PKR

PULAU PINANG 28 April — Pengguguran nama Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman daripada senarai calon Anggota Dewan Negara yang dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam dibuat atas permintaan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pemimpin PKR itu menghantar surat kepada beliau untuk membatalkan pencalonan Mansor dan menggantikannya dengan Setiausaha Perhubungan Negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri.


“Tiada sebarang sebab dinyatakan dalam surat itu tetapi saya tahu kenapa,” katanya sambil tersenyum pada persidangan akhbar di Kota Cornwallis, di sini hari ini.


Walaupun umum boleh menjangkakan kemungkinan Mansor dipilih sebagai calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, namun Lim enggan mengesahkannya dan meminta wartawan bersabar menunggu pengumuman mengenai perkara itu oleh penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman malam ini.

Sumber - Utusan Malaysia


1 ulasan:

rahman,ahchong,muniandy berkata...

LIHAT SENDIRI NASIB KETURUNAN KITA DI SELATAN THAI, SELATAN FILIPINA WAIMA DI SINGAPURA NEGARA YANG MAJU DAN LIBERAL ITU. DI MANAKAH KEDUDUKAN ORANG MELAYU? BOLEH MINTAK JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI KAH MEREKA? KITA BUKAN HENDAK MENINDAS BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA KITA CUMA HENDAK MENJAGA HAK KITA SEBAGAI PENDUDUK PERIBUMI…..

ALLAH HU AKBAR!!!!!!