MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Apr 2009

PAS sudah tidak mampu lagi tutup kemelut dalaman..



Email pemerhati politik

“ Diam-diam ubi berisi rupanya”, itulah cakap-cakap yang terkeluar dari pendukung gerakan Islam mengenai gerak kerja sesetengah pemimpin golongan Profesional didalam Parti.

Siapa sangka rupa-rupanya ada perancangan rapi dilakukan oleh pemimpin ini untuk mengambil alih kepimpinan parti PAS dan mengenepikan golongan ulamak sebagai pemimpin.


Semenjak tahun 1982 apabila kepimpinan PAS telah mempopularkan Konsep Kepimpinan Ulama, gerak kerja PAS telah berbeza sewaktu PAS di Zaman Dato Asri. Sebagai sebuah Parti Politik prestasi PAS ada turun naiknya dan ada juga pergeseran dalaman sama seperti yang dialami oleh kelompok Parti lain.

Sesetengah ahli PAS berkata, pertandingan merupakan perkara lumrah di dalam PAS kerana PAS mengamalkan sikap terbuka. Keterbukaan inilah yang menjadikan PAS kuat. Sekiranya wujud pertandingan ia berbeza dengan apa yang berlaku kepada parti lain. Tetapi ramai yang sudah keliru apa yang sebenarnya menyebabkan wujudnya pertembungan di dalam PAS.

Dan benarkah konflik dalaman PAS adalah kecil sekecil jarum peniti, atau sudah merebak umpama penyakit barah tetapi belum kronik.

Suatu ketika dahulu saat awal pakatan rakyat dibentuk telah wujud pertentangan pendapat bila ada suara yang ingin mengadakan perbincangan dengan UMNO, satu pihak telah menentang idea tersebut. Akhirnya pada masa itu kelihatan PAS berpecah dua kelompok namun kepimpinan PAS pantas menafikan PAS terbelah dua. Bagi melenyapkan cakap-cakap tersebut telah diadakan retret di Langkawi untuk merapatkan kembali saf kepimpinan, akhirnya media diwawarkan bahawa PAS tidak berpecah seperti digembar gemburkan.

Bagi mengelakkan rahsia jamaah tersebar ke luar, semua pihak telah diminta supaya tidak menjadikan medium internet sebagai saluran mengkritik dan mendedahkan rahsia parti, umum maklum ketika itu blog Antihusam muncul untuk mengkritik kepimpinan Husam Musa dan kumpulannya yang dikenali sebagai Kem Erdorgan ( menurut laman ini Husam Musa berkiblatkan Anwar Ibrahim), manakala blog Malaysia Wawes ditulis oleh Tulang Besi untuk menghentam kepimpinan Ulama sehinggalah sekarang.

Selepas saranan itu masalah dalaman PAS seakan reda sedikit sehingga ia memuncak kembali di waktu sekarang disebabkan pencalonan PAS kawasan terhadap pucuk pimpinan parti sempena Muktamar yang akan datang.

Trend pencalonan semasa menunjukkan seolah-olah ada usaha dijalankan bagi melagakan Haji Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz. Tidak logik apabila Tok Guru Nik Aziz telah dicalonkan untuk bertaanding jawatan Presiden. Begitu juga apabila orang-orang yang rapat dengan Presiden telah kalah mengejut dibeberapa kawasan. Ustaz Nasahrudin juga digambarkan tidak layak menduduki posisi itu hingga ada usaha untuk mengangkat Husam sebagai Timbalan Presiden. PAS juga telah dijangkiti sindrom mencari yang popular apabila apabila banyak kawasan telah mencalonkan Nizar sebagai naib Presiden dan mengenepikan beberapa tokoh lain yang lebih lama berjuang dalam parti.

Cadangan pembentukkan kerajaan perpaduan dan Muqabalah telah digunakan sebaik mungkin oleh pihak ini untuk mencemarkan imej Hadi Awang. Seolah-olah Hadi Awang telah membuat kesilapan besar, sehingga dihentam sebegitu rupa oleh kelompok ini di dalam PAS.

Ulamak juga dilabelkan sebagai golongan yang gila kuasa, gila jawatan dan lembab membuat keputusan, begitulah buruknya perangai kumpulan ini yang rata-ratanya terpengaruh dengan idea Anwar Ibrahim.

Rupa-rupanya apabila Ustaz Nik Abduh bersuara barulah kita mengetahui cerita sebenar. Disebabkan mempunyai kepentingan sendiri kumpulan ini telah berusaha sebaik mungkin untuk melaga-lagakan dua tok Guru yang dihormati ahli parti.

Sebenarnya yang pincang dan bermasalah dalam parti adalah kumpulan ini kerana telah mengambil kesempatan untuk memburukkan Presiden Parti. Salahkah Hadi Awang sebagai Presiden untuk mengemukakan idea untuk dibahaskan, sebagai Presiden beliau memang berhak untuk mengemukakan idea tetapi belum sempat diterangkan konsep kerajaan tersebut, kumpulan ini telah mengunakan Tok Guru Nik Aziz untuk memperlekehkan cadangan Tuan Guru Presiden.

Siapa sebenarnya kelompok yang suka mengadu-dumba ini? Kata Ustaz Nik Abduh mereka ialah para Wazir yang berada di pejabat Menteri Besar, kenapa begitu tergamak mereka berbuat demikian. Apakah niat sebenar kumpulan ini sehingga sampai sanggup berbuat demikian. Adakah mereka sudah alpa dengan sedikit kemenangan yang diberikan oleh Allah Taala dan teruja benar ingin memerintah Malaysia hingga sanggup mengenepikan hala tuju dan susur- galur perjuangan parti.

Wujud tanda tanya siapa sebenarnya yang mengarahkan para wazir tersebut untuk melakukan tindakan sedemikian. Adakah wujud campur tangan dan pengaruh Husam Musa ke atas Anuar Bakri Harun? Kerana adalah mustahil para wazir tingkat satu tersebut berani bertindak sendirian jika tidak ada suara lain.

Kenyataan ustaz Nik Abduh ini diharap membersihkan imej Hadi Awang dikalangan pendukung gerakan islam, kerana tidak mungkin beliau cuba merosakkan parti yang dijaga sebaik mungkin olehnya.

Seharusnya ahli ahli PAS kena ada perasaan sayang pada kedua dua Tok Guru tersebut, dan tidak timbul perkataan “benci” kepada cara Tok Guru Presiden mengendalikan parti kerana kedua Tok guru telah lama berkecimpung dalam perjuangan. Janganlah ada pihak cuba menjadi hero untuk kepentingan diri akhirnya parti yang hilang kekuatan.






1 ulasan:

GOMO berkata...

PAS TERPECAH DUA
TEAM ULAMAK YANG MANA PAS TULEN vs TEAM EDROGAM YANG MANA TEAM ANWAR AL-JUBURI

EKSLUSIF BUAT PAS http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ekslusif-pertemuan-kami-dengan-pemimpin.html