MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Apr 2009

Pas Selangor sokong penuh Hadi



SHAH ALAM – Pas Selangor memberikan sokongan 100 peratus kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus mempertahankan jawatan dalam pemilihan jawatankuasa Pas pusat pada muktamar Jun depan.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pas negeri bersepakat untuk mencalonkan Abdul Hadi bagi mengekalkan jawatan yang disandang beliau ketika ini.

Menurutnya, selain Selangor, Kedah juga mengeluarkan kenyataan yang sama iaitu untuk menyokong pencalonan Abdul Hadi.

“Saya tidak dengar pula kenyataan dari negeri-negeri yang tidak membuat sebarang pencalonan menjelang muktamar Pas kali ini dan jika ada yang berhasrat untuk menggantikan tempat ulama seperti beliau (Abdul Hadi), individu itu perlulah setaraf dengannya.

“Ketika ini, beliau yang dilihat paling layak menyandang jawatan itu, melainkan beliau sendiri yang enggan meneruskannya, barulah calon baru yang difikirkan layak akan dinaikkan. Tetapi beliau sendiri sudah membuat kenyataan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya,” beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan tujuh kawasan Pas Wilayah Persekutuan yang tidak membuat sebarang pencalonan dalam mesyuarat agung masing-masing bagi tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu Jun depan.

Roslan berkata, terdapat lebih 100 kawasan Pas dan jika hanya tujuh kawasan sahaja yang tidak mencalonkan beliau, ia tidak memberikan apa-apa kesan.

“Mungkin terdapat masalah di peringkat kepimpinan kawasan itu atau kenyataan tersebut sebenarnya bertujuan meraih populariti semata,” katanya.

Beliau turut menafikan tindakan dua pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan cadangan untuk membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan terdapat kawasan yang enggan mencalonkan pimpinan utama.

“Itu tak benar, beliau (Abdul Hadi) sebenarnya mencadangkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dan bukannya kerajaan campuran Pas dan Barisan Nasional (BN).

“Istilah dalam sains politik, ia bermaksud mengajak semua pemimpin daripada semua pihak agar bersatu.

“Dalam kerajaan perpaduan, struktur pentadbiran juga akan berubah dan Perdana Menteri juga akan bertukar,” katanya.

Roslan juga menyambut baik sekiranya ada pencalonan dari golongan muda dari Pas Selangor untuk menyertai jawatankuasa Pas pusat.

sumber - sinar harian

Tiada ulasan: