Oleh Gelagat Anwar
Apa yang berlaku sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ketika ini sebenarnya melukakan hati Anwar sedalam-dalamnya. Anwar masih lagi bermimpi bahawa suatu hari nanti, dia mampu kembali semula ke lipatan UMNO. Gunalah apa cara sekalipun. Hakikatnya Anwar masih merindui UMNO dan percaya parti itu sahajalah yang mampu membawanya ke Seri Perdana.
Mungkin ramai yang tidak percaya, tetapi inilah hakikatnya. Anwar sudah terlalu terbiasa dan mangli dengan budaya UMNO. Anwar suka dipuja-puja. Anwar suka dipuji-puji. Ucapan Anwar sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Wanita & Pemuda sentiasa disediakan dengan bersungguh dan lengkap dengan pasukan penulis upahan.
Anwar hanya mampu memerhati dari jauh saat Pak Lah mendakap Najib sebagai penggantinya. Banyak kali Anwar mengungkap perkataan, ‘i am the one who should be there’ di hadapan sanak keluarga dan rakan terdekat. Azmin banyak kali menasihati Anwar agar tidak terlepas dengan frasa tersebut di hadapan khalayak asing. Takut, ujar Azmin - orang akan menganggap kita tidak setia kepada parti.
Anwar sememangnya ‘reformis’ dalam UMNO pada suatu ketika. Daripada bersih, Anwar ‘reform’ UMNO untuk menjadi syurga wang kepada ahlinya. Daripada amal politik akal budi - Anwar ‘reform’ UMNO menjadi parti yang kurang ajar dengan warga veterannya (Kes Pak Ghafar). Daripada sebuah parti yang tidak pandai fitnah; Anwar bawa fitnah ke dalam UMNO. Semuanya dimulakan Anwar. Anwar yang banyak rosakkan UMNO.
Dalam banyak siri ‘Asian Renaissance’ - ternampaklah muka broker-broker Anwar di hotel-hotel. Semua ini hanya bermula di bawah Anwar.
Jauh di sudut hati Anwar, UMNO masih menjadi pilihannya. UMNO ada segalanya. UMNO ada kekuatan. UMNO ada machinery. Anwar tidak boleh lihat UMNO senang. Melihat Perhimpunan Agung UMNO sahaja - mata Anwar akan berkaca. Terbayang betapa dekat dirinya dengan ‘puncak’ parti pada suatu ketika. Sekelip mata, Anwar dihancurkan oleh cita-cita songsangnya sendiri.
Tidak beberapa lama lagi Anwar akan menyaksikan peralihan kuasa. Hati Anwar makin pedih. Kecewanya tidak boleh ditapis lagi. Anwar sedih kerana tidak beberapa lama lagi, dua orang sudah mengambil tempat yang sepatutnya dihuninya sekitar 1998 lagi.
Perhimpunan Agung UMNO kali ini …. pastinya membawa ‘deja-vu’ kepada Anwar. Hatinya pasti remuk redam.
sumber - gelagatanwar
1 ulasan:
Khabarnya, Jumaat ini tok Najib angkat sumpah. Sekalung tahniah buat tok Najib.
Catat Ulasan