MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Apr 2009

Mohamad Sabu tanding timbalan presiden PAS

Jimadie Shah Othman | Apr 22, 09 6:07pm
Pemilihan pucuk pimpinan PAS Jun ini bakal menyaksikan perebutan sengit bagi jawatan timbalan presiden apabila beberapa tokoh parti itu dicalonkan bertanding jawatan tersebut.

Dan hari ini, Naib Presiden, Mohamad Sabu mengisytiharkan kesediaannya bertanding jawatan tersebut yang kini disandang oleh Nasharuddin Md Isa.

Turut dicalonkan bertanding jawatan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa.

Husam bagaimanapun dilaporkan berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding jawatan timbalan presiden PAS pada muktamar kali ini.

Sementara itu, Mohamad Sabu memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu dibuat bagi memenuhi banyak permintaan akar undi PAS yang mendesaknya bertanding jawatan nombor dua PAS itu.

"Saya ingin berkhidmat membantu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Ini berdasarkan pengalaman saya berhubung dengan masyarakat bukan Islam, kumpulan NGO berasaskan Islam dan DAP," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila ditanya sama ada Nasharuddin tidak cukup bagus bagi jawatan tersebut.

Cukup pencalonan

“Orang lain, saya tidak mahu komen,” katanya yang pertama kali menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.

Pemilihan PAS tahun ini dijangka menyaksikan pertembungan hebat dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

Mohamad Sabu bagaimanapun dilihat tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan.

Ketika ditanya sama ada beliau mampu menarik sokongan dari kedua-dua kumpulan terbabit, sambil ketawa kecil, beliau berkata: “(Saya) Jalur (aliran) PAS”.

Malaysiakini difahamkamkan, Mohamad yang sudah dua penggal menjadi naib presiden, telah mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Selain beliau dan Husam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden.

Muktamar PAS ke-55 yang bakal menyaksi pemilihan pucuk pimpinan parti itu, akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama -bermula awal bulan sehingga hujung bulan depan.

sumber - Malaysiakini


Tiada ulasan: