PAS sentiasa membawakan imej yang tidak bertolak-ansur dan fundamentalis kepada bukan Muslim. Berada di belakang retorik tersebut, DEBRA CHONG menunjukkan bahawa terdapat bahagian-bahagian yang lebih terbuka dan menarik hati sesetengah ahli politik PAS.
“Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang tidak anda kenali.” Sesiapa yang biasa dengan frasa ini, yang diungkapkan oleh penulis satira Etiopia, Hama Tutu, sentiasa mendengar ungkapan tersebut ketika berlaku perubahan, iaitu ketika mereka yang memegang kuasa meramalkan satu pemberontakan.
Di Shah Alam, hampir 2,000 penganut Kristian menyedari bahawa lebih baik untuk menghampiri entiti yang tidak dikenali daripada menanggung dan menderita disebabkan oleh syaitan yang dikenali.
Pada 27 Mac, Khalid Samad menjadi ahli Parlimen Muslim yang pertama menjejaki Gereja Divine Mercy Roman Katolik sejak disiapkan pada 2005. Jemaah gereja tersebut memberikan tepuk sanjungan kepadanya.
Mungkin yang lebih menakjubkan, Khalid daripada Parti Islam se-Malaysia dan adalah yang pertama memulakan hubungan. Dan dia mententeramkan penganut Kristian yang hadir bahawa mereka boleh menggunakan perkataan “Allah” di dalam penyembahan mereka tanpa rasa takut untuk dianiaya.
Sebelum ini, kerajaan persekutuan telah melarang penganut Kristian daripada menggunakan perkataan “Allah” untuk merujuk perkataan Tuhan dalam penyembahan mereka kerana bimbang ia dapat menimbulkan keraguan kepada Muslim Melayu dan menjadikan mereka tersesat daripada Islam. Bible yang dicetak di dalam bahasa kebangsaan juga dirampas. Perkara ini telah dimansuhkan pada tahun lepas, tetapi kerosakan telah berlaku.
Khalid berkata bahawa dalam masyarakat yang bertutur menggunakan bahasa Arab, “Allah” hanya bermaksud “Tuhan”, oleh yang demikian ia tidak “unik kepada Islam.”
Sebelum ini, dia pernah sekali menghadiri gereja di Timur Tengah dan mendengar ceramah oleh paderi Kristian dalam bahasa Arab tanpa masalah.
“Bagi kita, masalahnya adalah kita bukan sebuah negara yang menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan. Oleh yang demikian, sesetengah orang mempertikaikan kenapa bukan Muslim perlu menggunakan perkataan ini apabila ianya tidak perlu. Orang ramai kemudian membuat pelbagai spekulasi tentang ideologi. Tetapi tiada sebab mengapa perkataan tersebut diharamkan daripada penyembahan Kristian. Kami agak senang sekiranya orang ramai menggunakannya.”
"Ianya bukan hanya pandangan peribadi saya tetapi ia konsisten dengan pandangan parti. Pada asasnya, ia tidak menjadi masalah. Dan saya telah menjelaskannya dengan agak terperinci kepada orang ramai di gereja pada malam itu,” jelas Khalid melalui telefon semalam.
Jemaah gereja amat tertarik dengan Khalid yang merupakan orang pertama mendekati mereka.
“Ianya merupakan inisiatifnya sendiri. Dia menghubungi paderi kami, Father Paulino Miranda, dan berkata dia mahu datang dan bercakap dengan kami” kata Joseph Victor, pengerusi majlis paderi – jemaah gereja memberitahu The Malaysian Insider , mewakili Father Paulini yang berada dalam sabatikal sehingga 18 April.
“Ini merupakan petunjuk yang baik. Semua orang berasa gembira. Inilah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS datang ke gereja Katolik. Ini menunjukkan mereka tidak menentang gereja Katolik,” tambahnya.
Inilah kali pertama seorang Ahli Parlimen Shah Alam, tanpa diminta atau dibantu, secara aktif melibatkan diri dengan masyarakat bukan Muslim di dalam perbincangan umum, berhampiran kawasan mereka sendiri, sekurang-kurangnya di bahagian, dalam semenanjung.
Ini telah mendorong seorang ahli jemaah gereja, Tony Yew, untuk menulis tentang pengalaman tersebut dalam laman webnya, http://www.muststopthis.blogspot.com
“Apa yang nyata, perkara yang diajukan disuarakan kepada mereka yang mempunyai pengaruh yang kuat, tentang banyaknya masalah yang berkaitan kerajaan tempatan dan kebimbangan dianiayai disebabkan perkara keagamaan yang tidak ketara.”
“Dengan tiada tempat untuk mengadu, Khalid telah mengambil perhatian terhadap kesemua pertanyaan dan menekankan bahawa kerajaan pakatan yang baru ditubuhkan oleh PKR-PAS-DAP adalah salah satu daripada persetujuan alam,” tulis Tony Yew.
Tetapi Khalid dengan cepat menolak pujian yang diberikan untuk langkah yang tidak dijangka ini. Dia berkata perbincangan tersebut berlaku disebabkan oleh usaha kedua-dua pihak.
“Orang-orang kamu bekerja di kawasan tersebut (Shah Alam) dan terdengar bahawa paderi jemaah berkempen untuk perubahan dalam pilihan raya dan menasihati jemaah gereja untuk menggunakan undi mereka bagi membawa perubahan,” kata Khalid.
Dia menceritakan bahawa dia mahu bercakap dengan mereka, untuk berterima kasih kepada mereka kerana memberikan mandat kepada pembangkang untuk perubahan.
“Saya cuba lakukan yang terbaik untuk menjawab kebanyakan soalan. Kami bercakap mengenai dasar-dasar kerajaan, tentang diskriminasi – sepatutnya tidak berlaku ! – penguatkuasaan dan pelaksanaan, yang mana memerlukan penjelasan yang lebih terperinci, tetapi saya hanya bercakap tentang perkara tersebut dalam masa yang singkat.”
Klip video selama 9 minit tentang dialog tersebut boleh didapati di You Tube.
AIDC menterjemah artikel The Malaysian Insider, Debra Chong . 2008. The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam. Artikel asal klik di sini
2 ulasan:
Kita perlu tolak penggunaan nama Allah pada kitab injil kerana ia bukan sahaja mengelirukan, malah jika dibenarkan, ia bererti bahawa kita rela membiarkan kitab injil yang sudah tercemar itu menjadi lebih tercemar lagi.
mase tersebar buku2 dr indonesia yg meletakkan kalimah Allah dalam buku yg diterbitkan oleh pihak gereja indonesia, bukan main lagi ceramah dr penceremah bebas dan Pas yg kutuk kerajaan kurang pemantauan la ape la..tp bile kerajaan dah buat sesuatu untuk melarang penggunaan kalimah suci Allah dlm majalah herald tu, kumpulan erdogan pas nie plak yg bg green light kate boleh pakai. pendapat bekas Imam Masjid Negara yg juga Ahli Parlimen tu, x nak plak dengar..khalid samad..udah2 la tu nak pancing undi..mane YB Zul dr PKR?..x nak cakap ape2 ke..ke dh kene kunci..
Catat Ulasan