MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Apr 2009

Kenapa Anwar cemas di Bukit Selambau ?

Oleh: Gelagat Anwar

Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar sebenarnya berada di dalam keadaan cukup cemas dengan perkembangan terkini di Bukit Selambau. Selama inipun, di dalam mesyuarat koordinasi, sering Anwar katakan bagaimana DUN Selambau ini adalah ‘terlalu penting’ kepada perjuangan politiknya. DUN Selambau akan menjadi penentu samada dia akan menjadi relevan atau tidak, dalam suasana rakyat Malaysia berada di dalam ‘feel good factor’ selepas mendapat PM baru.

Anwar seringkali ungkapkan di dalam mesyuarat koordinasi pilihanraya DUN Selambau, bahawa inilah suatu pilihanraya kecil terpenting yang perlu dihadapinya. Jika kalah, tegas Anwar lagi - kerajaan akan mempunyai ‘dalil’ untuk menidakkan perjuangannya dalam masa yang terdekat ini.

Sumber dalaman juga memberitahu, wajah Anwar memang nampak kusam dan tidak ceria akhir-akhir ini. Apabila disebutkan bahawa Tun Dr Mahathir akan hadir di Selambau, bagi menyertai kempen BN - Anwar lebih cemas. Dia tidak tahu apa yang akan diperkatakan oleh Tun M. Anwar memang cukup gentar, kerana banyak lagi isu dalam kain yang belum Tun M kemukakan selama ini. Dalam keadaan, Tun ‘has nothing to lose’ - dia akan memperkatakan apa sahaja yang merosakkan imej warak dan kerakyatan Anwar selama ini.

Kehadiran Tun Dr Mahathir di Selambau semalam mempunyai atmosphere politik luar biasa. Rakyat Kedah, secara umumnya melihat Tun M sebagai ‘ikon politik’. Sebagai ‘rujukan bergerak’ kepada segala signal politik yang mungkin ada. Tun M tidak perlu cakap berdegar-degar, menjerit sini dan sana, menghina dan sebagainya - cukup sebagai ‘orang lama’, beliau memberikan pandangan yang ikhlas dan jujur tentang masa depan kita sebagai sebuah bangsa. Anwar cukup letih - dan sedar bahawa Tun M masih punya sentuhan yang luar biasa.

Berhadapan dengan Tun M bukanlah suatu ‘battle’ yang Anwar gemari. Anwar ada ‘tulah’ sedikit dengan Tun M. Almaklum, Tun M kenal Anwar luar dan dalam. Tun M selama inipun banyak mengenepikan pandangan orang terhadap Anwar.

Kita juga sebenarnya boleh mengisbatkan (mengaitkan) bahawa kemenangan besar PR di dalam PRU yang lalu, adalah terkesan daripada sikap Tun M yang kritikal kepada kepimpinan lama. Tun M tidak mahu memberikan signal kepada usaha memberikan kemenangan kepada BN - kerana ’si dia’ akan menggunakannya sebagai referendum peribadi yang melampau. Ini juga sekaligus memberi kesan kepada jentera PR di seluruh Negara.

Gandingan ketat ‘Najib - Muhyiddin - Mahathir’ adalah suatu suasana kegetiran politik kepada Anwar. Anwar maklum dan faham bahawa dia sedang berhadapan dengan cabaran yang amat besar. Anwar faham bahawa ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi.

Jika tidak ada sebarang perubahan ‘mood’ yang besar di Selambau, BN akan menang di DUN ini. Sekadar ramalan awal. Selepas kehadiran Tun M semalam, wave kemenangan seakan memihak kepada BN. Anwar sedang merasai ini. Waima apapun jua keputusan pengundi di Selambau, Anwar sudah tidak boleh lagi bergantung kepada ‘keresahan, ketidaksetujuan dan kebencian’ rakyat kepada pimpinan lama.

Suasana sudah berubah dan Anwar sudah mula menuju ke suasana ‘politik baru’ yang menyakitkan dirinya. Selambau bukan referendum buat Najib, tetapi lebih kepada referendum buat Anwar dan canang politiknya yang kosong dan kian longlai. Jika 5 Ketua Bahagian PKR di Kedah sendiri sudah tidak percaya kepada Anwar - pengundi perlu memahami mesej jelas ini.

Pengundi di Selambau perlu memberikan ’signal’ jelas kepada Anwar. Selamat mengundi!

sumber - gelagat anwar


8 ulasan:

Sedingin Salju berkata...

Orang yang penuh hasad dengki dan kotor hatinya, inilah yang akan berlaku. orang yang ikhlas dan jujur, akan tenang saja.

Widuri3z berkata...

Anwar takut sangat kat Tun. Takut kalau Tun buka rahsianya lagi. Semakin lama semakin benci dengan Anwar. Cakap besar jer, tapi hasilnya tak dak. Ego betul Anwar niii...

x-pkr berkata...

webmaster AIDC,

pinjam bbrp video ke blog saya aa...

AnWAr dok kelam kabut habih la nie, dia mmg tgh risau di Bkt Selambau, Johari Abdul katanya kena marah tadi coz kenderaan PKR tak byk spt duit yg telah dibayar kpd Johari,,,

x-pkr
http://x-pkr.com

AIDC berkata...

silakan x-pkr..diizinkan dengan penuh hormat..

memang video2 diterbitakan untuk tujuan sebaran

AIDC

KOPSAS berkata...

takut tak takut tapi dah menang dah pun...hai nape maken lama maken ramai yang tak tahu kebenarannye...
so better next time jangan letak artikel camnie la..wat sakit atik jew tgk...artikel berapi tapi kalah gak bn..hmmm..ada hikmah semua ni..
harap semua amek teladan terhadap ape yang terjadi terutamanya admin2 disini.. takut jadi cam peribahasa "mengharapkan kapal terbang sampai ke malaysia, tak sampai ke malaysia udah terhempas"
jangan putus asa
perjuangan belum selesai kerana ia takkan selesai..
harap jgn ada yang kecil ati ngan komen saya nie.. :D

Sedingin Salju berkata...

Tapi dia menang jugak o. Tak apa, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

acap berkata...

ak tau hikmah disebalik kemenangan anwar.
1. anwar tetap relevan sampai bila2
2. lepas ni AIDC akan trus wujud untuk mghentam anwar, wlaupun artkelnya sngat bohong2 belaka(merujuk kpd artkel ini)
3. kalu karier politik anwar terkubur, cmner EZAM, NALLA, nak cari makan sbb x der dah cramah nak hentam anwar lpas tu.
4. kalu karier politik anwar terkubur, AIDC ngan BN dah x der modal nak melaga-lagakan PR ngan anwar. sp nak caya beb?

NORA berkata...

Salam semua....

Alhamdulillah, hari ni diberi kelapangan untuk memberi pandangan selepas PRK semalam. Tahniah kepada BN yang menang di Batang Ai, PR yang menang di 2 Bukit. Menang dikubu masing-masing bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Saya mempunyai beberapa persoalan disini. Yang pertama, mengapa kemenangan 2 bukit dikatakan kemenagang kepada Anwar. Jika dibukit selambau, ya kita faham sebab PKR yang menang, tapi di Bukit Gantang, walaupun Ir Nizar yang menang, tapi masih dilaung2kan oleh penyokong2 Anwar bahawa itu adalah kemenangan Anwar. Adakah ini bermakna PAS sudah tenggelam disebalik nama Anwar dan DAP walaupun kekuatan sebenar PR adalah atas tiket PAS.

Persoalan kedua, mengenai kenyataan kempen PAS... saya orang Islam..saya wajib undi PAS ... boleh ditafsirkan secara yang berbeza.. Paling bahaya jika ia memberi gambaran bahawa jika seseorang itu bukan Islam jika tidak mengundi PAS. Saya harap, agama tidak akan terus dipolitikkan hanya semata2 untuk mengaut undi.

Persoalan ketiga... saya perhatikan penyokong2 PR terus-terusan mengkafirkan penyokong2 UMNO sebagai ahli neraka sedangkan mereka tahu bahawa soal iman dan syurga neraka bukan terletak ditangan mereka. Apakah PR tidak sedar kenyataan2 mereka bisa memesongkan pegangan mereka sendiri.

Persoalan ke empat, artikel2 dan video2 dalam blog ini diambil dari sumber yang sahih, relevant, namun tetap dikatakan fitnah. Adakah segala persoalan mengenai anwar dianggap tidak benar dan hanya bertujuan melaga-lagakan anwar dan PR. Atau sudah tertutupkah minda mereka untuk melihat perkara ini dari pelbagai perspektif dan kemungkinan.

itu sahaja setakat ini. jumpa dilain masa. salammm