MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Apr 2009

Kaum Dayak menolak parti Anwar Ibrahim



LUBOK ANTU, Sarawak - Pemimpin de-facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tergesa-gesa ke kawasan pilihan raya kecil Batang Ai semalam. Beliau mahu berceramah di Lubok Antu tapi tidak diberikan permit, lalu pada malamnya berucap di Kampung Kutai, berhampiran pekan ini.

Anwar tidak hadir pada hari penamaan calon. Dia hanya mewakilkan Menteri Besar Selangor, Tan SriKhalid Ibrahim yang juga Naib Presiden PKR. Ketiadaan Anwar menimbulkan tanda tanya sama ada beliau benar-benar serius mahukan PKR kukuh di Sarawak.

Tapi Anwar bergegas datang ke Sarawak bukan sekadar kerana isu ketiadaannya pada hari penamaan calon. Faktor yang lebih besar ialah peluang PKR yang pada mulanya diberikan gambaran sebagai cerah untuk menang di Batang Ai, kini mulai goyah.

Peluang ini kelihatan goyah setelah sebahagian besar daripada 16 ahli Jawatankuasa Pusat SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak) berikrar menyokong BN dan calonnya Malsolm Mussen Jawah. Mereka ialah Timbalan Presiden, Ting Ling Kiew dan 12 lagi ahli jawatankuasa tersebut.

Kelmarin Ting dan wakil-wakil kumpulan tersebut menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya untuk menyuarakan sokongan kepada BN.

Perpecahan berlaku dalam SNAP ekoran perebutan kuasa dan akhirnya parti itu dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. SNAP telah mengemukakan tuntutan di mahkamah supaya pmbubaran itu dibatalkan dan kes berkenaan menunggu perbicaraan.

SNAP sebelum Ting dan kumpulannya berikrar menyokong BN, secara terbuka menyokong PKR. Berikutan pengisytiharan Ting, kini hanya tinggal Presidennya Edwin Dundang bersama Setiausaha dan Bendahari parti yang menyokong PKR di peringkat pucuk pimpanan parti.

Satu lagi perkembangan yang dilihat memberikan tamparan kepada PKR ialah keputusan tiga orang Tuai (Ketua) rumah-rumah panjang mengisytiharkan mereka tidak lagi menyokong calon PKR, Jawah Gerang kerana beliau tidak lagi berada dalam BN.

Tuai mempunyai pengaruh ke atas penduduk rumah panjang yang mereka ketuai. Dengan semakin hampir hari mengundi pada 7 April, persaingan untuk mendapatkan sokongan seberapa banyak Tuai menjadi satu faktor penting dalam pilihan raya kecil Batang Ai.

Kira-kira 95% daripada 8,006, pengundi Batang Ai adalah orang Iban yang menduduki 280 rumah panjang.

sumber - Malaysiaaktif

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hahaha...kesiannya tengok muka anwar. Muka orang frust pun ada..sedih..bengang & hanya anwar yang tahu gelodak perasaannya ketika itu.

Paling kelakar, hanya ada 3 orang sahaja yang ikut anwar.Mana pergi penyokong-penyokong PKR yang lain?

Bukankah selalunya kalau anwar turun berceramah, berpuluh ribu orang datang mendengarnya? Takkan 3orang ni sahaja. Kesian & memalukan betul.

Nampaknya peluang anwar & PKR nak menang di sini sukar kalaulah begini momentumnya.