MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Apr 2009

Isu Elizabeth : Perlukah Zulkifli Nordin menyalak bukit ?



Anggota Parlimen PKR (Kulim - Bandar Baru) nampaknya keseorangan dalam Pakatan Rakyat dalam berpegang kepada nilai-nilai moral Melayu dan Islam sedangkan rakan separti dari kalangan Islam termasuk wanita dan juga pemimpin Pas telah dapat menyesuaikan fahaman mereka dengan nilai-nilai baru yang diperlukan untuk survival politik


Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid meminta Elizabeth Wong yang terdedah berbogel dan terlibat dengan skendal supaya kembali meneruskan khidmatnya ternyatalah kepada umum beliau lebih mengutamakan nilai politik daripada nilai moral sekalipun beliau menegaskan keutamaannya kepada nilai moral.

Kenyataan Khalid bahawa penyiasatan polis yang belum selesai dan masih meragukan bagi menjastifikasikan keengganannya membenarkan Elizabeth melepaskan jawatannya sukar untuk diterima oleh orang ramai kerana Elizabeth sendiri telah mengakui perbuatannya.

Sebenarnya yang meyakinkan Khalid untuk tidak menyingkirkan Elizabeth ialah masyarakat Cina tidak menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral, malah mereka telah menunjukan sokongan dan simpati kepada Elizabeth kerana hak perbadinya telah diceroboh.

Bukan sahaja masyarakat Cina mempertahankannya malah wanita Islam PKR yang berkelubung juga turut menjadi juara mempertahankan hak individu, sesuai dengan nilai antarabangsa dan hak-hak asasi manusia. Mungkin ada di antara wanita PKR ini yang nilai moral mereka yang sebenarnya juga berselindung di sebalik kain kelubung.

Lebih menarik lagi ialah wakil Pas, Haji Hassan Ali juga turut hadir dalam sidang Menteri Besar Selangor bagi menyokong keputusan memohon Elizabeth untuk kembali semula berkhidmat kepada rakyat.

Maka itu adalah nampak benar canggung apabila Zulikifli Noordin yang pernah menimbulkan kontroversi dalam soal mempertahankan maruah Islam untuk sekadarkan mencari publisiti murah sekarang merasakan tidak wajar pula bagi Menteri Besar Selangor tidak membenarkan wakil Dewan Undangan Negeri dari Lanjan itu berhenti.

Dia menegaskan pendiriannya itu bukan sahaja kerana menghormati keputusan yang dibuat oleh Elizabeth tetapi juga kerana akan mendatangkan tekanan kepada komponen Pakatan Rakyat (PKR, Pas dan DAP).

Zulkifli seharusnya menyedari nilai moral yang berbeza antara orang Islam dan bukan Islam dan bahawa masa depan Pakatan Rakyat tidak lagi bergantung kepada nilai moral atau sokongan orang Islam, tetapi daripada bukan Melayu dan bukan Islam.

Pemimpin PKR tidak lagi mampu untuk tidak bertolak ansur dengan bukan Melayu sekalipun terpaksa mengorbankan kepentingan maruah Islam dan Melayu. Tekanan daripada parti parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan berlaku kerana Pas juga telah berkongsi nilai yang sama dengan bukan Islam.

Apa yang semakin jelas ialah Zulkifli Noordin semakin jauh ketinggalan dari arus aliran parti politik yang dianutinya.


sumber - malaysiaaktif

Tiada ulasan: