MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Apr 2009

Elizabeth pernah jadi 'tunang' Tian Chua - Lokman Nor Adam



Oleh Adnil Mohd

Bukit Gantang -- Bekas Setiausaha Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam mendakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini tidak mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melepaskan jawatan disebabkan peranan penting Elizabeth kepada parti itu.

Lokman yang kini Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mendedahkan pada tahun 2003, Anwar telah menghantar pimpinan kanan PKR ke Washington DC untuk mendapatkan dana daripada George Soros bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-11 ketika itu.

Menurutnya, pertemuan itu telah diatur Tian Chua dan pimpinan PKR yang menghadap George Soros ketika itu ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

"Bagaimanapun Tian Chua tidak ada pada pertemuan itu sebaliknya beliau menghantar Elizabeth Wong untuk menguruskan pertemuan berkenaan.

"Pertemuan mereka terbongkar apabila berlaku pertengkaran di antara Azmin Ali dan Elizabeth setelah Azmin tidak membenarkan Elizabeth memasuki perbincangan tersebut kerana khuatir ada pihak luar yang mengetahui tindakan mereka menagih dana dari Soros", katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika berceramah ‘Kenapa Harus Tolak Pas’ di sini, Isnin malam.

Kata beliau lagi, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ezam semasa mesyuarat 'inner circle' mereka.

Tegas beliau hakikat berkenaan jelas membuktikan “double standard” Anwar dalam berdepan dengan krisis dalaman parti tersebut.

"Saya katakan begitu kerana apabila bekas ADUN Bukit Selambau terlibat dengan masalah moral (perempuan simpanan) beliau segera desak agar ADUN tersebut meletakkan jawatan.

"Namun bila berdepan dengan kes Elly, Anwar mempertahankan Elizabeth habis-habisan sungguhpun ADUN berkenaan didakwa menghadapi masalah ketagihan rokok, arak dan yang terkini masalah gambar bogel serta hubungan dengan pemuda Islam (Helmi)", katanya.

Lokman seterusnya menambah Anwar masih tidak mahu Elizabeth meletakkan jawatan kerana Elizabeth adalah ‘jambatan’ kepada dana yang diberikan kepada PKR dari pihak asing yang mahu mengkucar-kacirkan negara.

Pada 1997, George Soros dilabel sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan ekonomi negara merundum dan ekonomi Asia juga turut tergugat.

sumber - jomlayan.com


1 ulasan:

Unknown berkata...

Bro,

Dana tu bukan dari Soros, tetapi dari AIPAC-American Israel public affairs commitee. Directornya TOM DINE adalah kawan karib PAUL WOLFOWITZ, kawan karib ANWAR AL JUBURI( rujuk-larry franklin scandal FBI-AIPAC)

ELI adalah one of the signatory of the account, offshore Singapore.