MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Apr 2009

Batang Ai : bekas penyokong Jawah dedah rahsia

’Janji tinggal janji’’. Itulah ungkapan yang dilafazkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Iban, Tuai Rumah Aja Anak Jemut di majlis sidang media oleh bekas penyokong Jawah Gerang dari lima buah rumah panjang di Pusat Barisan Nasional di sini petang ini.

‘’Semasa Jawah Gerang menjadi wakil rakyat kami, beliau pernah memberitahu penduduk di Rumah Aja bahawa dia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16,000 untuk projek rumah panjang kami di Kompleks Sukan Lubok Antu ketika merasmikan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Iban pada tahun 1999.

‘’ Namun sehingga sekarang rumah panjang kami tidak menerima sebarang peruntukkan tersebut yang telah dijanjikannnya,’’ tambah beliau lagi.

Aja menjelaskan lagi bahawa dia terpaksa menyatakan perkara sebenar kerana khuatir rumah panjang beliau akan dianggap telah menerima peruntukkan tersebut walaupun pada hakikatnya belum ditunaikan lagi.

Beliau juga turut menyatakan surat susulan kedua bertarikh 2 Februari 2007 juga telah pun dihantar kepada Jawah.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah ADUN Bukit Begunan, Mong Dagang, Wakikota Kapit, Philimon Nuing dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wilson Ugak Kumbong.

sumber - sarawak update


Tiada ulasan: