MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Apr 2009

Bank Islam tuntut RM66 juta dari MB Selangor

KUALA LUMPUR: Bank Islam sedang mendapatkan penghakiman muktamad terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas tuduhan kegagalan membayar kembali (default) kemudahan pinjaman Islam berjumlah AS$18.5 juta (RM66.6 juta) yang dibuat pada 1998 bagi membeli saham dalam Kumpulan Guthrie Bhd (KGB).


Permohonan didengari oleh Hakim Rohana Yusof dari Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur yang mana telah menetapkan 27 Mei ini sebagai tarikh mengeluarkan keputusan penghakiman berkenaan.

Jika Bank Islam berjaya mendapatkan penghakiman itu, ini bererti Khalid adalah bertanggungjawab terhadap pinjaman sejumlah AS$18.5 tersebut.

Bagaimanapun, seandainya hakim tidak bersetuju dengan tuntutan pihak bank, perkara berkenaan akan diteruskan dalam bentuk perbicaraan.

Bank Islam diwakili oleh Tommy Thomas dan Ganesan Nethi manakala Khalid diwakili oleh Malek Imtiaz dan Thomas Philip.

Dalam pernyataan tuntutannya, Bank Islam menyatakan Khalid pada April 1998 telah memeterai kemudahan pembiayaan berjumlah AS$66.3 juta untuk membeli saham KGB. Saham berkenaan merupakan sebahagian daripada opsyen pembelian 200 juta saham atau mewakli 20 peratus saham KGB yang diberikan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada 1994 kepada Khalid yang ketika itu merupakan Pengerusi KGB. Khalid juga adalah Ketua Pegawai Ekekutif KGB antara 1995 hingga 2003.

Antara 1994 dan 1998, Khalid telah menyempurnakan 32.5% daripada opsyen berkenaan yang terdiri daripada 65 juta saham KGB. Dia telah mencagar 30 juta saham berkenaan kepada Pacific Bank (yang kini digabungkan dengan Malayan Banking Bhd) pada 1995. Pada 1998 Khalid bercadang menebus saham berkenaan dan menyempurnakan opsyen itu untuk membeli saham tambahan dalam KGB.

Untuk itu, Bank Islam bersetuju membiayai Khalid sejumlah AS$66.3 juta. Khalid sepatutnya melunaskan pembiayaan berkenaan dalam 10 peringkat tetapi gagal berbuat demikian, kata Bank Islam.
Pada Disember 1998, kemudahan kedua bernilai AS$$11.75 juta dimeterai dengan Khalid di mana Bank Islam bersetuju membeli saham KGB berkenaan dan menjualnya semula kepada Khalid.
Menurut kenyataan Bank Islam, tiada pembayaran balik dibuat dan kedua-dua kemudahan pembiayaan berkenaan telah disusun semula pada 2001. Bank itu juga mendakwa Khalid sekali lagi gagal membuat sebarang pembayaran.

Pada 2005, Bank Islam membuat perisytiharan kegagalan pembayaran balik dan kemudiannya menjual semua saham KGB yang dipegangnya sebagai cagaran pinjaman berkenaan. Ia berkata selepas itu, sejumlah AS$18.5 juta masih belum dijelaskan sehingga 31 Disember 2006.

Khalid, dalam kenyataannya, mendakwa bahawa akaun berkenaan telah diketagorikan sebagai “performing” dan “up to date” oleh Bank Islam sehingga Disember 2004.
Katanya lagi atas sebab ianya adalah kontrak bercagaran, pihak defenden tidak terikat untuk membuat sebarang bayaran secara tunai kepada plaintif.
Khalid juga menegaskan dia tidak perlu membuat bayaran sehingga sekurang-kurangnya sepuluh [10] tahun dari tarikh pinjaman ataupun pada persetujuan penjualan saham KGB apabila ada penambahan nilai saham tersebut untuk dijual di pasaran terbuka.

Menurut beliau, Bank Islam tidak ada hak secara legal menjual saham saham KGB itu dan beliau tidak pernah dimaklumkan diatas penjualan saham saham tersebut. Katanya lagi, penjualan saham saham KGB itu dibuat tanpa bijaksana kerana berlaku pada jangkamasa nilainya terlalu rendah berbanding nilai sepatutnya.

Seterusnya beliau mendakwa syarat syarat didalam kemudahan pinjaman Islamik itu berat sebelah dan prejudis kepadanya, oleh itu ianya tidak berlaku adil sepertimana yang diperuntukan dalam undang undang islam.

Dialih bahasa daripada artikel asal yang disiarkan oleh The Edge Financial Daily, 23 April, untuk bacaan, sila klik sini.

sumber - medan info kita




Tiada ulasan: