MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Apr 2009

Anwar usaha pujuk MP BN untuk bubar Parlimen



SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa berusaha memburu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memberikan persetujuan kepadanya agar dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kegiatan itu dedahkan bekas Exco Selangor, Datuk Fuad Hassan dalam blognya yang menceritakan pengalaman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dipujuk oleh Anwar.

Menurutnya, walaupun tarikh keramat 16 September tahun lalu, yang dikhabarkan berlakunya peralihan kuasa telah berlalu, Anwar masih lagi menjalankan kegiatannya mencari sokongan.

“Perkara ini didedahkan beliau (Mohd Puad) ketika menghadiri program Sembang Petang anjuran UMNO Bahagian Gombak, Ahad lalu.

“Mohd Puad menyatakan Anwar menghantar orangnya iaitu Dr Abdul Rahim Ghaus untuk memujuk dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.

“Abdul Rahim menunjukkan surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri, untuk menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu,” katanya.

Fuad berkata, Anwar dalam surat itu menyatakan Abdullah telah hilang sokongan oleh Ahli Parlimen termasuk dari BN sendiri.

Menurutnya, untuk meyakinkan Mohd Puad, satu panggilan telefon telah dibuat terhadap Anwar bagi membolehkan mereka berdua berbincang mengenainya.

“Mohd Puad menceritakan dalam perbualannya itu, Anwar meminta beliau menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada BN, dan berjanji akan merahsiakan tandatangan itu kecuali tatapan Yang di-Pertuan Agong.

“Anwar cuba meyakinkan Mohd Puad dengan memberitahu empat sultan telah menyatakan sokongan, termasuk Yang di-Pertuan Agong, tetapi Mohd Puad telah menguatkan pendiriannya.

“Mohd Puad meminta tempoh bagi mendapat petunjuk daripada Allah SWT dan keesokan harinya, Abdul Rahim menelefon dan bertanyakan tentang pendiriannya.

“Jawapan diberikan Mohd Puad ketika itu adalah, kalau saya tandatangan surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara, kalau saya tandatangan, saya akan dihalau oleh sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO dinobatkan,” katanya.

Sebelum mengakhiri Sembang Petang itu, Mohd Puad berkata, jawatan itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk bangsa dan agama dan beliau berharap akan istiqamah dengan perjuangan.

Fuad berkata, Anwar masih lagi tidak berpuas hati dan melakukan perkara sama dengan terus memujuk Ahli Parlimen dan difahamkan, ramai telah ditemui wakil beliau berhubung dengan perkara itu.


sumber - sinar harian

Tiada ulasan: